Sunday, 23 March 2014

BUAH GAJUS & BUAH KUNDANG...

Kalau tuan pergi membajak,
Jangan lupa pakai seluar,   (ada ke yang gi membajak lupa nak pakai seluar?..hahaha)
Kalau tuan orang yang bijak ,
Buah apakah bijinya di luar...?

Haaaaa..tu la pantun dari mak aku hari petang Jumaat hari tu..masa kat kampung....
Ada sebab mak aku pantun....
Sebab masa tu mak aku ada petik buah yang bijinya diluar ni....
Buah Gajus la....
Ni first time aku tengok buah gajus secara life..hahahaha..
betul...sebelum ni hanya makan biji buah gajus..dalam bahasa inggeris sebut cashew nut.....
Pokok Gajus memang aku selalu tengok sebab kat tepi rumah nenek memang ada Pokok gajus ...nenek selalu petik pucuknya buat ulam...
 Yang tinggi sebatang tu pokok pinang..Yang sebelah pokok pinang tu la pokok gajus...tapi gambar dia x jelas

Ni aku close-up skit pokok dia....
Tapi buah yang mak aku amik ni bukan dari pokok ni..Pokok yang ni banyak bunga je,tapi belum jadi buah...Ada lagi pokok kat belakang rumah nenek..Mak aku kata pokok yang tu rendah je...tapi aku xde amik gambar pokok tu...

Selalu balik kampung bukan pada musim Buah Gajus ni...Kali ni kena pada musim tapi Gajus belum masak..Kebanyakan baru berbunga..Mak aku kata buah yang belum masak ni rasa dia kelat.
Yang kat bahagian tangkai Buah Gajus tu adalah bunganya...masih belum jadi buah. Walaupun yang ni belum masak tapi mak aku petik untuk tunjukkan pada aku ngan Haikal..Tapi Haikal kata dia dah x hairan sebab selalu tengok..huhuhuhu..aku je la yang ketinggalan..
Bersebelahan Buah Gajus tu  adalah Buah Kundang...Mak aku kata kat kampung orang panggil Buah Remia..Buag Ghemia & ada yang panggil Buah Gemia..sama la tu...sebutan je lain-lain..
Buah Remia ni belum masak..Warna hijau & masam sangat..
Kalau dah masak mak aku kata warnanya oren & masam Manis rasanya..Masa on the way balik kampung hari tu kakak ada beli Buah Remia Siam untuk nenek..Tapi saiz dia lagi besar la..Rupanya sama je & rasanya pun mak aku kata sama je denga Buah Remia Kampung ni..Cuma saiz Buah Remia Siam lagi besar ..hampir 4x ganda..& harganya pun mahal sangat...Kakak beli masa benti kat R&R Bukit Gantang harganya RM30 sekilo..
Nenek ada tanam pokok Remia Siam kat depan halaman tapi belum berbuah...
Remia Kampung ni mak aku kata lebat buahnya kat pokok dalam kebun getah tepi rumah nenek...Tapi sayangnya mak aku gi sesorang je...x ajak aku pun...
Mak aku kata biasanya kalau musim kemarau,pokok getah akan gugur daunnya.Dan bila sesekali hujan akan turun tapi x lebat ..itu tandanya pokok getah yang dah gugur daun akan berpucuk & berbunga.Jika pokok getah dah berbunga ,biasanya pokok Remia dan pokok gajus  juga akan berbunga juga & akan mengeluarkan buah..Maknyanya hujan tu Allah turunkan walaupun  x lebat untuk menyuburkan pucuk pokok,menyiram bunga yang bakal mengeluarkan buah...Bila buah sudah mula membesar,hujan akan turun lagi untuk membantu buah tersebut masak & buah gajus akan menjadi lebih kembang & beriar..& sedia untuk dipetik dan dimakan..Kata mak aku setiap tahun itulah perkara yang berlaku & selalunya orang-orang kampung dahulu sudah memahaminya hanya berpandukan hujan & cuaca..
Buah Remia yang muda biasanya dimakan dengan colek dan yang masak dimakan begitu sahaja.Buah Gajus pula kata mak aku boleh dimakan begitu sahaja tetapi harus berhati-hati kerana jika airnya..jusnya terkena pada pakaian akan meninggalkan kesan kebiruan & sukar dihilangkan.Buah gajus juga boleh dijadikan kerabu @ dimasak gulai atau masak lemak bersama ikan kering masin..Tapi aku belum pernah makan..Mak aku cakap itu adalah makan nostalgia...yang menggamit kenangan...
Hmmmmm.....mak aku memang cenggitu...suka guna bahasa -bahasa cam tu..Mungkin sebab mak aku tu suka sangat dengar Radio Klasik...Menggamit Kenangan....
Kalau mak aku drive..pastu pasang chanel Radio Klasik...hmmm aku ngan kakak akan tidor la jawabnya...hahahahaa

2 comments:

  1. Kampung cik ada tanam Pokok Buah Gajus ni ?
    Kalau tidak keberatan, boleh saya tahu kampung cik di mana ?

    ReplyDelete
  2. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete