Masak nasi sesiap untuk lunch anak-anak.Pastu rasa macam nak masak mee.Tu yang goreng juga mee.Guna yee mee kering & apa yang ada dalam pati ais.
YEE MEE GORENG
1 pack yee mee (5 ketul)
10 biji bebola daging- belah 4
1 batang carrot -hiris halus
1 keping tauhu-dadu kecil
1 pokok daun sup
1 cili merah.
2 sudu cili blend
3 sudu kicap lemak manis
1 sudu bawang blend
Garam,gula,minyak
1. Jerang air untuk celur mee.
2.Panaskan minyak anggaran 4 sudu & masukkan secubit garam untuk elakkan tauhu melekat.Masukkan tauhu & goreng hingga garing.
3. Terus tambahkan bebola daging & goreng sekejap.
4. Tambah bawang blend & bila harum tambah pula cili blend.Masak bersama tauhu & bebola daging hingga naik minyak.Masukkan cili hiris,garam,secubit gula,& carrot.
5.Sementara itu,celur mee dalak air mendidih.Bila mee mula lerai,terus cedok dengan penyepit & terus masukkan dalam bahan yang sedang dimasak dalam kuali.Tak perlu toskan.
6. Gaul rata sambil renjis kicap.
7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup.
Rupanya,anak-anak semua tak jamah nasi pun.Semua makan yee mee goreng ni.
Sampai jer rumah semalam,Adah tengah panaskan baki yee mee goreng.Baru saya terasa lapar.Minta dia goreng telur sebiji.Basuh 3,4 batang bendi,patah-patahkan.Ya Allah,nikmatnya makan bila benar-benar lapar!
Sebenarnya perasaan emak2 sgt bimbang kalau kita jatuh sakit camne urusan kuarga tapi automatik anak2 tau ambik peranan masing2 terutama yg kita dah latih sblm ni.InsaAllah diaorg take care ibu mereka sebaiknya
ReplyDeleteBetul...kadang terlebih risau hingga mengganggu kesihatan.
DeleteKadang terlupa bahawa Allah telah mengatur rezeki,ajal,maut & takdir..
dah dpt vaksin
ReplyDeletealhamdulillah
Alhamdulillah dipermudah urusan walaupun asalnya saya bercadang untuk tidak menerima vaksin.
Delete