Semalam tak masak lauk.Lunch nasi goreng petai.Dah lewat petang baru masuk dapur semula
CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP
2 tongkol jagung- hiris ambil isi sahaja
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu gula
½ sudu kecil garam
minyak
1.Isi jagung digaul teoung gandum & tepung jagung.
2. Tambah gula & garam
3. Pecahkan telur & gaul rata.
4. Panaskan minyak & sudukan adunan menipis dari tebing kuali macam buat rempeyek.
5. Balik-balikkan hingga garing rangup
Idea yang bagus,lain dari orang lain.Tapi tu la susah nak goreng,panjang sangat.Hihihi
Time PKP ni asyik keluar masuk dapur aje kan
ReplyDeleteTu la..Macam nak k na tutup sempadan dapur jer ni...hihihi
Deleterajinnyer makk.. 😅
ReplyDeleteHeeeee...orang lain jaga badan takut gemuks..Mak jaga perut takut lapar..Hihihihi
Deletetak penah lh mkn @ buat cucur
ReplyDeletejagung he hee manerik nampaknya ni mesti sedapp
Bagi yang selera suka manis memang ngam la sebab manis & rangup.Buat versi pegedil pun sedap.Tukar2 selera kan...
DeleteSedappp ni makan panas panas.
ReplyDeleteBetul3...makan panas-panas memang aum
DeleteMemang sedap kudap-kudapan jagung. Mama Cella tak rasa enguh lutu ke makan jagung hihihihiiii.
ReplyDeleteSoalan cepumas 🤣🤣🤣
DeleteDah hujung 4 siries ni, tak makan jagung pun kadang lenguh lutut macam berkawad 1 padang.Jadi,baik makan ja...Hihihi
Syyyyyyy🤣