Monday, 7 June 2021

TURUN KE BUMI MENCARI BEKALAN

 Cerita semalam.Setelah seminggu genap bertapa atas kayangan.Tibalah masa turun ke bumi mencari bekalan untuk di bawa naik ke kayangan .

Misi pertama hendak ke pasar.Aduh,ramainya..

Tak jadi masuk pasar.Terus ke Hero..Eh,macam sunyi pulak.Parking pun ada kosong.Kenapa ek,tak ramai orang???

Cuak la pula..Dah la beberapa hari lepas, baca dalam group komuniti kata ada si gelang pink masuk Hero.Ada yang call KKM & tak tahu apa kesudahan sebab baca tak habis.Minggu lepas sebekum lockdown pun dengar cerita sama..Tak jadi jugak la masuk Hero..

Tempat ramai pun takut.Tempat tak ada orang pun cuak la pula.Dah la seminggu tak turun ke bumi memang tak tahu perkembangan sekitar..


Ajak Adah terus ke medan selera nak cari roti canai...Malangnya hanya 1 kedai roti canai yang buka & baru sahaja habis..
Sebab nak juga makan roti canai tapi taknak mamak,terus Adah drive ke erea belakang PRIMA tu & Alhamdulillah rezeki masih ada roti canai Pak Omar.Beli 10 keping RM12.
Singgah isi minyak kereta sesiap kasi penuh.Takut apa apa kecemasan,petrol pump hanya buka sampai 8 malam sahaja kan..
Singgah Speedmart dekat Petronas tu beli beras,megi,telur,mee kering,pasta,sardin,pad,
gula,susu,santan & sikit sayur.Ops,beli 2 potong ikan pari.

Singgah kedai Acheh sebelah AJ..Nampak ada jering...Tak dapat petai,dapat jering pun jadik..



Yesssssss....visi mencari pisang.Tak berani masuk pasar,dapat pisang ni kat kedai Acheh.Walaupun benyek,boleh lahhh...Dah lama teringin pisang goreng.
Balik rumah,mandi sesiap.Susun kemas barang bekalan yang dibawa dari bumi...
Kita isi perut dulu..


Nak buat teh tarik.Susu nostalgia zaman kanak-kanak.Itupun bukan selalu mak  beli.Kalau beli pun mak tuang susu tu sikit sahaja & maniskan dengan gula.Teh susu cair-cair sahaja.Selebihnya ,setiap hari memang teh 0 atau kopi 0..Susu pekat memang jarang.Kalau mak beli pun hanya ini susu pekat yang saya kenal.Tapi tin dia rendah sikit.Ada juga jual susu cap ni dalam sachet.1 sachet tu 15sen.Kemudian naik 30sen.Kemudian dah tak jumpa dah..hihihi

Buat teh susu kasi kaw sikit..Makan roti canai cicah kuah kari  & teh panas.Lama betul tak makan roti canai..Eh,yer ke lama..Bukan minggu lepas dah makan ke..Kes roti canai berlubang tu...Hihihihi


8 comments:

  1. Heheheeee... tergelak sendiri saya terkenang 2 keping roti canay berlubang tu! Pisang tu ... sedap betul dibuat pengat atau sira! Goreng pun sodap. Makan panas-panas bertemankan secawan minuman panas juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..memang sekarang tiap kali makan roti canai akan teringat..deep

      Delete
  2. Panjang cerita orang kayangan bila dah turun ke bumi ya. Agak2 apa kejadian pisang di kayangan ni nanti???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terlanggar pantang suddah.Karang tak dapat balik kayangan,jadilah pungguk rindukan bulan..hihihihi

      Delete
  3. hati2
    kat bumi dah banyak kawasan tak selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...
      Bila turun ke bumi banyak perkhabaran membimbangkan.Tapi kalau tak turun takut kebuluran...hihihi

      Delete
  4. kenapa sy x jumpa akak semasa turun ke bumi semalam.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..turun ke bumi banyak pantang larangnya.Kena cepat & tak boleh berbual.Kalau langgar pantang alamatnya tak dapat balik kayangan lagi...hihihi

      Delete