Thursday, 24 June 2021

MASAK LEMAK CILI API AYAM DAUN LIMAU PURUT

 Semalam tak menyambal..Asyik makan cabai ja...Tukar selera masak lauk berkuah pulak..

Masak lemak cili api ayam..Hihihi lari dari takmau makan cabai,kita masak guna cili api pulak..kikikiki


Masak versi tambah penggunaan daun limau purut.Masak dengan cara masuk semua bahan dalam periuk kecuali santan .Tenggek atas dapur ,biar mendih sampai semua empuk.Masukkan santan & kacau biar mendidih kejap..tu jer

MASAK LEMAK CILI API AYAM DAUN LIMAU PURUT

½ ekor ayam

5helai daun limau purut

3 biji kentang

1 batang serai

1 asam keping

1 kotak santan

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula


Bahan Tumbuk:

10 cili padi merah

1 ketul kunyit segar


1. Semua bahan masukkan dalam periuk kecuali santan.Tambah air dalam 3 cawan untuk empukkan ayam & kentang.

2. Tambah santan & biar mendidih sekejap.Sesuaikan rasa.


Bau dia macam masak minang pulak..


Cuma sebab lepas mask terus makan,kuah takdan nak pekat sangat.


Kaki ayam ...Bagusnya dalam rumah ni takdak sapa suka kaki ayam.So,dua-dua mak punya.Makan pepanas masa baru angkat macam tak berapa pekat pulak.Tapi rasa dia sedap.Ke sebab masak dalam takdak mood.

8 comments:

  1. Aroma daun limau purut tu yang buat tak sabar nak makan ayam lemak cili api. Sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..saya pun suka bau daun limau purut..segar...

      Delete
  2. Sy masak ayam masak lemak pun campur daun limau purut.. baunya harum semerbak seluruh rumah.. masak kurma pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Syok layan bau macam masak tomyam pulak kan...

      Delete
  3. Kita dah teringin-ingin nak makan ayam lemak cili api ni. Suka jugak letak daun limau purut, sedap aromanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat aroma limau purut kan..termasuk saya.
      Masak sirap pun letak daun limau purut.Tapi insha Allah tak jadi tomyam aih...hihihi

      Delete
  4. Nak masak lauk ni la arini..anak bujang suka jugak ni.tq kak..dah dapat idea nak masak ape untuk lunch nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...suka Ahnaff nanti mak dia masak ayam.

      Delete