Tuesday, 8 June 2021

JERING SAMBAL BERLADO ALA PADANG

 Masa membeli jering tua  di kedai Acheh tu ,sudah plan nak masak sambal jering bersama ikan bilis.

Tapi kemudian plan bertukar menjadi jering sambal berlado ala Padang.Teringat makan nasi beraneka lauk minang ketika ke Padang & Bukit Tinggi beberapa tahun yang lalu.Sempat juga merasa pakaian pengantin Minang di Rumah Gadang walaupun bersanding sorang...hihihi.

Rendang jengkol & sambal berlado juga menjadi ingatan di deria rasa.Selain itu paling menyesal sebab tidak merasa gulai perut tembusu berisi telur & gulai kekel.Tengok pramusaji dia angkat lauk bersusun piring atas tangan,kita yang seriau takut jatuh...!

hihihi


Masaklah Jering Berlado aka Jengkol Berlado.Kita panggil jering,depa panggil jengkol.Teringat masa melepasi imigrasi ketika pemeriksaan passport tu pegawai imigrasi tu kemain garang.Cakapnya memang serius tanpa secalit senyum pun.Suaranya macam petir menyebut "jempolnya..!!!"

Saya kebingungan kerana tidak faham walaupun kebanyakan perkataan lain saya faham.Dalam hati berkata betapa sombongnya mereka sedangkan kita datang sebagai tetamu ke tempat mereka..Hihihi dia peduli apa kan...!

Ketika itulah ada seseorang membisikkan supaya mengimbas ibu jari tangan pada mesin pengimbas..Oh....jempol tu ibu jari..

Sejak tu asal  nak buat urusan apa-apa yang memerlukan cap jari saya akan teringat peristiwa "jempolnya..!!"

Ni sebut jengkol pun teringat jempol jugak..hihihi


Jengkol berlado.Makan dengan nasi panas-panas.Ya ampun..enak banget !!!


JERING SAMBAL BERLADO.

20 biji jering yang cukup tua(rebus 1 jam)

5helai daun limau purut

1sudu garam.

1 sudu teh gula perang

¼ cawan minyak.


Bahan Blend Kasar.

1 cawan cili padi merah.

5 cili merah.

1 bawang besar.

5 bawang putih.

Sejemput bilis bersih.


1. Jering yang sudah direbus,ditubuk pecah-pecah.

2. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak.

3. Tambah,garam,gula & daun limau purut.

4. Masukkan jering rebus yang sudah ditumbuk pecah-pecah & masak beberapa minit supaya sambalnya meresap.


5. Sesuaikan rasa.


Jering ni zaman dulu kat kampung tak jadi duit pun.Sesapa sahaja boleh kait kat pokok yang tumbuh dipinggir hutan & kebun getah.Jika teringin nak mengulam,kaitlah sendiri.Kalau tak ada buah,pucuk jering yang bewarna maroon tu pun kami petik jadikan ulam.Sedap..Sekarang buah jering jual timbang dengan kulitnya sekali & harga boleh tahan.Tangkainya memang liat & jika dibiarkan lama-lama pun,buah jering hanya  akan pecah & bijinya gugur  sendiri ke tanah.Namun tangkai buahnya tetap melekat kemas pada dahan pokok jering,tak akan gugurnya tangkai  dia.Sebab tu lah timbulnya peribahasa "tangkai jering" yang memaksudkan orang yang kedekut....Hihihi

Ni la rupa tangkai buah jering yang melekat kuat pada dahan & ranting tu.Ni pic dari MENGAIT JERING... di pokok jering tepi rumah mak di kampung.


Nak buat sambal kena guna jering yang cukup tua baru sedap.Kalau nak buat ulam lebih sedap jering muda yang masih lembut.Tapi jering tua ni kalau buat jering cambah pun sedap.Jering tua ditimbuskan dalam pasir beberapa hari hingga nampak berakar, terbelah dua & isinya jadi hijau tu sedap & rangup bila dijadikan ulam.Bau dia ...aum la jugak..hihihi


Kalau nak masak sambal,berlado,gulai & rendang jering,sebaiknya jering yang sudah coklat kulit arinya.Sebab jering tua isinya padat & bila rebus isinya empuk sedap.


Saya rebus lebih kurang 1 jam.Rebus dalam rice cooker sahaja.


Lebih kurang 1 jam,isi jering sudah empuk & kulit arinya pun dah tanggal.Ada la sikit bau jering,tapi tak lah sekuat bau petai.


Tapis,buang kulitnya & biar sejuk sikit.Kemudian tumbuk-tumbukkan  dengan alu lesung supaya  pecah-pecah agar sambal meresap dalam jering nanti.

Ni kalau kat Kelantan famous juga ni jering rebus dimakan bersama kelapa parut putih +gula &sikit garam macam cicah ubi rebus tu.Saya memang suka.Dah takdak rasa jering.Rasanya lebih sedap dari ubi rebus!

Ni sambil basuh pun sekeping dua masuk mulut saya..Hihihi..

Sambalnya dah pecah minyak,masukkan jering.Orang jaga kesihatan akan urut dada tengok minyak berlinang.Orang jaga perut,akan gaul minyak tu dengan nasi panas...Hihihi....raikan perbezaan...! 


Walaupun nampak ladonya macam api membara,tapi bila dah makan,takdo la podeh bonar..Asikkkkk..!


10 comments:

  1. sedap ni pn, tapi nak buat renyah bnyk la..hihihi..kat area rumah saya ni ada jual rm 1 utk 3 keping..tp selalunya saya beli je klu nk mkn..yg masih mentah sekilo rm 8 kt psr mlm area klang nih..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada jual siap.masak,baik beli la elyda...Saya beli yang mentah ni pun sebiji jering 25sen....4 biji singgit.Lagi economic beli yang dah siap masak la.Tempat saya takdak jual.Jering pun dapat kat kedai Acheh dekat tempat kerja nun...hihihi

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. sy x pandai mkn jering kak.. tp tgk berlado akak teringin ikan keli berlado pulak.. dapnyee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun makan syok sendiri ja ni.Anak-anak tak mau cuba kecuali anak bongsu tu makan jugak la sekeping dua.Tapi saya suka ja depa tak makan.Boleh makan banyak..hahahaha

      Delete
  3. Walaweii.. sedapnya tengok sambai diaaaa.. tak mo lauk lain dah, cukup.. cukuppp

    ReplyDelete
  4. Malam tadi cerita kat Encik Suami nak cari jering sebab teringat masakan Padang yang macam-macam tu. Semuanya sedap, jengkol belado sedap, masak lemak pun sedap...aiiisshhh semua sedap! Encik Suami kata mana ada jering di pasar. Kalau nak nantilah cari di rumah adik ipar, boleh petik dari pokok. Di pasar LD memang macam tak pernah jumpa jering. Selalunya kami beli di Tawau.
    Gulai tembusu tu, alahai menyesal saya tak makan sewaktu di Bukit Tinggi. Ada jew idsajikan sepiring, tapi ada kawan kata yang sedap di dengar. Kami pun tak jadi makan. Jahat betul kawan satu tu bersangka buruk tentang masakan itu heheheee. Entah bila nak merasa gulai tembusu itu lagi. Nampak gaya kena pergi lagilah ke Bukit Tinggi.

    ReplyDelete
  5. typo # kawan kata yang tak sedap di dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..walauoun typo tapi dah boleh agak maksudnya..
      Kan..gulai tembusu tu memang sedap.Tiap kali qurban plan nak buat,nak isikan telur dalam perut tu,tapi tak pernah terlaksana.Sama la mak saya pun tak makan perut tembusu tu.Rasanya sama kes macam kawan cikgu tu la...Kalau mak cuci habis mak kikis buang isi dalamnya sampai dah hilang rasa "lemak" nya..hihihi

      Saya tunggu gulai jering cikgu pulak lepas ni.Semoga pokok jering kat rumah adik ipar tu berbuah lebat la hendaknya...

      Delete