Minggu menyambal..Serius sepanjang minggu lepas & minggu ni tiada hari tanpa sambal..
TEMPOYAK PETAI BEKU
1 mangkuk petai beku
1 cawan tempoyak
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 helai daun kunyit
minyak
Bahan Blend kasar:
1 mangkuk cili padi merah
2 batang serai
1 ketul kunyit segar(jika tiada gantikan 2 sudu serbuk kunyit)
1 mangkuk bilis bersih
1 bawang besar
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend.Tambah garam,gula & asam keping.(jika tempoyak baru tak perlu gula).Masak hingga naik minyak
2. Masukkan tempoyak & gaul rata.Jika perlu tambah air & masak hingga pekat naik minyak semula.
3. Masukkan petai beku.
4. Masukkan pula daun kunyit hiris & sesuaikan rasa.
Sedap sgt2 menu lunch akak hr ni..wfh buat saya selalu lapar..Insha Allah ptg ni nak keluar cari tempoyak..harap2 jumpa udang segar sekali..hahahha..
ReplyDeleteSaya keluar tadi ke Tesco Ampang tadi..udangnya segar..hihihi
Deleteklu area sy ni kak pasar borong klang la tempat nak cari brg2 basah yg segar..tp time pkp ni konpim dah tutup klu ptg..klu guna udang kering agak2 apa rasa ye kak..hahaha..
DeleteYang saya masak ni saya guna bilis sahaja..tak guna udang pun🤭
DeleteHari ini kita pun bertempoyak juga. Dan hari ini juga hari pedas sedunia sebab lauk-pauk kita semuanya ada rasa pedas cili! Jangan lupa sedia minuman panas untuk redakan kepedasan hihihiiii!
ReplyDeleteHahaha..Hari tempoyak sedonia...
DeleteMaaf dua2 wak tak makan
ReplyDeletetak makan petai
tak makan tempoyak
Wak takyah makan tempoyak dah sebab durian sepanjang tahun...hihihi
DeleteTapi petai rugi kalau tak makan wak...hihihi
Aduh sedapnya.saya hari ni msk sambal bilis n petai je.
ReplyDeletePun sedap tu..
DeleteSekarang bekalan petai dah mula sampai kot merata masak petai ni...hihihi
Jom..jom..geng tempoyak
ReplyDelete