Pagi minggu 13 Jun 2021..Tidak banyak bezanya dengan rutin harian weekday.Sejak lebih setahun lalu,hujung minggu bukanlah hari yang sangat dinantikan seperti dulu.Weekend sekarang sekadar hari tidak bekerja bagi kebanyakan orang,tetapi bukan lagi hari untuk berlibur.
Juga turut diiringi sepiring ikan pekasam goreng yang sejak subuh tadi sudah menusuk hidung penghuni perumahan ini..Hihihi,maaflah kepada jiran yang tidak menyukai aroma ikan pekasam goreng.Kepada peminat ikan pekasam juga,mohon maaf kerana hanya menyebarkan bauan yang mungkin mengkecurkan liur peminat ikan pekasam.
Juga Kopi O panas.Pastinya kopi O cap gantang.
Usai menyiapkan bekalan anakanda bujang sebelum subuh tadi,nasi beserta lauk.Kemudian,terus menyambung kerja mengukus pulut,menggoreng ikan pekasam & menyediakan kelapa serta kopi 0.Tidaklah bekalkan pulut kepadanya kerana pulut lebih sesuai sarapan di rumah jika tidak bekerja.Selepas makan pulut biasanya mata akan mengantuk & ubat yang paling mujarab ialah bantal....Hihihi
Orang bujang tu kerja ke, hari ahad? Hurmmm.. terbau aroma pulut sampai ke Johor ni
ReplyDeleteYup kerojer..Kadang cuti kadang kerja.Mai la berpulut kopi O sini..hihihi
DeleteTengok entri ni auto telan air liur n perut lapo.bancuh kopi kapal api bercicah biskut tawar Jacob tuk alas perut dulu sambil mikir apa menu heavy nak masak ni.syukur anak bujang masih boleh kerja sementara org lain dilock downkan tanpa gaji huhuhu.marilah kita sama2 berdoa mohon Allah hapuskan covid di muka bumi ini
ReplyDeleteHihihi..ubat mengantuk ni.Biasanya pulut akan memang kesan mengantuknya walau kopi O dikatakan penaham mengantuk tetap kalah.Hihihi
DeleteAlhamdulillah,itulah juga yang selalu saya katakan supaya lebih bersyukur walau bukan mewah tapi masih ada rezeki.Semoga yang terkesan diluar sana juga Allah limpahkan rezeki mereka dari sumber yang tak disangka & hindari kita semua dari segala penyakit bahaya serta melindungi negara kita dari perkara yang tak diingini.