Thursday, 17 June 2021

CABARAN ANAK-ANAK ONLINE CLASSS DALAM PKP

 Pukul 10.20 pagi.Saya dah hampir siap masak.


Menjenguk sekejap ke meja anakanda yang sedang online class.


Ya Allah,begini rupanya antara cabaran anak-anak zaman Covid beronline class.Bila kelas bertindih dah macam pasar malam bunyinya.Satu kelas by handphone.Satu lagi kelas by laptop.Kejap kuatkan  handphone untuk dengar lecture & perlahankan laptop. Kejap kuatkan laptop untuk dengar arahan tugasan & perlahankan handphone untuk fokus yang lebih utama.Ini yang nampak depan mata,anak sendiri . Alhamdulillah,hampir lengkap kemudahan.Sebut sahaja perlukan apa,in sha Allah ada yang membantu mendapatkannyakannya.Tiada di kedai atau disekitar,belian online jadi altenatif..Tak perlu fikir hal lain,cuma fokus untuk belajar & siapkan tugasan.Hanya perlu kekuatan mental untuk mengharungi.

Terfikir sejenak,bagaimana nasib segelintir  anak-anak di luar sana  yang terpaksa berjuang dalam serba kekurangan.Peranti yang seadanya,line yang sekejap timbul sekejap hilang.Kalau pakai prepaid pula top up rm10 belum tentu dapat cover 1 kelas online.Sehari,seminggu,sebulan punya kos???
Belum lagi nak layari internet untuk buat rujukan.Apapun hanya Allah sebaik-baik perancang & hanya Dia  yang lebih mengetahui.

Ya,Allah mudahkanlah urusan anak-anak yang sedang belajar.Luaskanlah jalan mereka yang sedang mencari berusaha mencari rezeki yang halal.Berkatilah kami semua.



2 comments:

  1. Kelas online ini sebenarnya letihnya pada mata dan otak. Lepas tu sakit pula bahagian bahu. Walaupun kelas waktu pagi, tapi kerja yang perlu dibuat seterusnya sehingga jauh malam. Saya sendiri banyak sangat laporan perlu dibuat. Arahan pula diterima tak kirawaktu. Contohnya malam tadi dekat pukul 11 malan ada arahan terkini dari JPN, dan perlu dihantarsebelum pukul 10 pagi. Saya pun tak cukup guna PC, buka lapotop, pakai HP lagi. HP tu kadang-kadang terpaksa pegang waktu masak, bawa masuk bilik air pun pernah. Bawa juga time ke pasar kalau dah terpaksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaaaaa....PC,lappyzhahandphone sekali jalan.Semalam masak dah dapur kiri kanan...
      Nak pantau anak lagi...
      Semoga Allah mudahkan urusan kita semua & ada hikmah disebalik musibah Covid ini.

      Delete