SUSAH, SESAK DAN MISKIN? AMALKAN DOA NABI SAW INI
عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ertinya: Ali RA menceritakan seorang hamba Makatib (hamba yang mahu menebus diri daripada tuannya dengan jumlah harta tertentu) datang bertemunya dan mengadu: “Aku tak mampu (mencari harta untuk) menebus diriku, maka bantulah aku!” Ali berkata: “Mahukah aku ajar padamu beberapa patah perkataan (doa) yang pernah Rasulullah SAW ajarkan padaku, yang mana jika kamu miliki hutang sebesar bukit Sir (sebuah bukit di Yaman berhampiran perkampungan kabilah Tay’) Allah pasti akan selesaikannya.
Bacalah!
– YA ALLAH CUKUPKAN AKU DENGAN (REZEKI-MU) YANG HALAL BERBANDING HARTA YANG HARAM (PADA SISI-MU) DAN CUKUPKAN BAGIKU DENGAN KURNIAAN-MU YANG (LUAS, HALAL DAN BERSIH) BERBANDING YANG SELAIN-MU (tidak mengharap bantuan kepada selain dari Allah)
(Sunan al-Tirmidhi, 3486).
Elakkan yang haram terutama sekali urusan hutang yang melibatkan riba kerana ia dosa besar yang diancam perang oleh Allah dan Rasulullah sendiri (al-Baqarah 2:279),
#dipanjangkanDariTazkirahUstazKamarulHafidz
No comments:
Post a Comment