Masak awal,siap awal & boleh rehat awal.Memang sekarang terasa banyak masa pun.Banyak masa dapat dijimatkan.Zaman belum Covid lain cerita,masa masih terasa panjang.Ni cerita zaman Covid,dah lain benar.Kalau kebiasaan hari kerja,bangun pukul 4.30 pagi.Buat tu buat ni,pukul 5.45 dah kena siap.Pukul 6.00 pagi dah kena pakai kasut.Jalan sentiasa berubah-ubah.Kejap sana buka,sini tutup,sana u- tern.Semalam jalan lain,hari ni boleh berubah ke jalan lain.Kalau subuh lambat,solat kat tempat kerja adalah altenatif.Sekarang boleh katakan semua gomen WFH,kecuali yang tertentu sahaja.So,memang banyak masa saya dapat jimatkan.Itu mungkin bagi saya yang tiada anak kecil & tiada anak sekolah rendah.Apapun setiap kita ada kekangan & ada masalah tersendiri.Lapang sini,sesak sana.Ok sani,sini tak ok.Semoga semuanya dalam rahmat Allah.
Akhirnya masak sambal bebola ayam lagi..Lauk yang bukan taste sendiri tapi boleh memenuhi selera tiga anak semut tu.Hihihi
SAMBAL BEBOLA AYAM
1/2 paket (30 biji) bebola ayam Ramly
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh gula perang
1 cawan cili blend + bawang blend.
1 batang serai - ketuk
1 bawang besar
1/2 cawan minyak
1. Panaskan minyak & goreng bebola hingga nampak berubah warna.Tambah serai ketuk
2. Terus masukkan bawang & cili blend.
3.Masukkan garam, gula dan masak hingga naik minyak.
4. Tambah bawang besar & cili padi. Sesuaikan rasa.
Sedapnya sayur tauge tu.. kalerful pulak tu.. makan panas2 sedap.. tp xmo layu sangat.. hehehe
ReplyDeleteKan.saya pun suka kalau teugeh tak layu sangat .krup krup gitu.Kalau dah overcook,tak syok nak makan.
DeleteTabik spring kat Mama Cella. Kasih sayang terhadap anak-anak mengatasi segalanya. Tak pernah jemu menyediakan bekal makan. Semoga kasih membawa ke syurga. Aamiin.
ReplyDeleteAmiinn..
DeleteMak mak lain pun lagi hebat,cuma saya ni suka cerita kat sini🙈🙈🙈🙈
Goreng telur pun cerita...hihihi..
Betul, masa makin banyak dapat dijimatkan, syukur tiada anak yg pdpr, jadi fokus utk diri sendiri aje.
ReplyDeleteTengok lauk tu, rasanya kena masak nasi banyak sikit ni...
Hahaha...tu la pasal ni.
Deletepagi-pagi dah makan nasi..hihihi
Nampak menyelerakan lauk taugeh dan sambal bebola tu :)
ReplyDeleteSaya pun dah lama rasanya tak makan sayur taugeh.Malas nak beli sebab nak simpan payah kena rendam bagai makan ruang dalam petai ais..hihihi
Delete