Tiba-tiba rasa nak makan sesuatu yang manis.Tapi tak mau la makan gula pasir tu.Hihihi...
WAJIK GULA PUTIH BERKILAUAN
1kg pulut
1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)
1kg gula pasir putih
3 ketul gula batu (anggran sebesar ibu jari kaki) 🤣
1 sudu teh garam
3 helai pandan
bunga rose/melur ( jika suka)
1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam
2. Kukus pulut hingga masak. Setelah masak biar sejuk
3. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.
4. Masukkan pulut kukus kacau sebati.
**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut
5.Bila sudah kental, . Masa mengacau bergantung kepada jumlah pulut.Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.Biar sejuk sebelum tutup Untuk haruman asli ,tabor bunga kesukaan & tutup beberapa jam untuk haruman diserap kuih.
6. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...
***Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau .
tiba tiba teringat arwah mak
ReplyDeletebiasa raya mesti mlm baru kacau wajib gula merah
akak suka mkn yg lbaru masak tu
Sedapkan ....
DeleteSaya dulu tak suka wajik.Mungkin sebab mak selalu sangat buat.Bila dah mak tak mau buat lagi dah,baru rasa teringin nak makan...kena la buat sendiri...hihihihi
Dah lamanya tak jumpa wajik
ReplyDeleteTak ramaindah orang nak buat.
DeleteNampak cantik berkilat. Oooo...rupanya gula batu boleh bagi kilat!
ReplyDeleteIa cikgu...Itulah antara tips nya..Semoga bermanfaat
DeleteTetiba teringat arwah nenek..dia suka buat wajik ni..tapi guna gula melaka la...akak kureng skit wajik sebab x suka manis
ReplyDeleteSA tak perlu makan manisndah sebab sudah cukup manis..hahaha cia cia cia...
Delete