Sambal Kering Tempe..
3 keping tempe (tempe plastik saiz selebar tapak tangan dewasa)
½ cawan bilis bersih
¼ cawan cili blend
2 sudu bawang blend.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
2 sudu air asam jawa pekat
Minyak
1. Tempe dikerat 4 dan hiris nipis.Goreng garing.
2. Bilis bersih dibasuh & gaul sikit garam supaya rangup.
3. Panaskan minyak anggaran 4 sudu .Tumis bawang blend & tambah cili blend & sikit air.Masukkan juga,air asam,garam & gula perang.
4. Masak hingga naik minyak & sedikit gelap.Sesuaikan rasa & matikan api
5. Bila sambal sudah sejuk suhu bilik,masukkan tempe & bilis goreng.Gaul rata & siap.
1 biji terung panjang
( kerat 4 dan belah 8)
2 sudu tepung Bestari
2 sudu tepung beras
Air & minyak
1. Tepung Bestari + tepung beras dibancuh macam tepung goreng pisang.tak perlu tambah garan sebab tepung Bestari dah masin.
2. Panaskan minyak yang banyak.
3. Celup terung dalam adunan tepung & goreng seperti menggoreng pisang.
terung celup tepung bestari tu suka..nanti nk beli terung la
ReplyDeleteBetul3...terung goreng sedap
DeleteNi ratah2 pun dah sedap sangat ni
ReplyDeleteCicah sambal kicap mac pisang goreng pun sedap wak..
DeleteDua-duanya sedap ni!
ReplyDeleteAdeeeehhh! Terlioq!!!!
Tempe is all time favourite kan...sedap
Delete