Monday, 7 June 2021

PERCUBAAN BUAT TAPAI UBI

 Saya suka makan tapai pulut & boleh buat tapai pulut.Tapi tapai ubi ni saya baru sahaja lagi masuk kelab peminat tapai ubi.Hihihi

Sebelum ni memang saya dah cuba makan tapai ubi tapi cannot go.Hinggalah pada sekali tu masa ke Pasar Tani saya teringin nak mencuba untuk kesekian kalinya.Saya beli 1 pack tapai ubi yang dipack dalam plasti ada dalam 4@5 ketul tapainya.Nampak menarik sebab guna ubi kayu kuning.Suapan pertama tekak tetap tak boleh terima.Saya simpan dalam peti ais.Beberapa hari kemudian,saya cuba lagi.Boleh telan.Cuba lagi &tiba-tiba saya rasa suka.Sejak tu kalau ke Pasar Tani Permaisuri,saya akan beli tapai ubi yang dijual oleh penjual sayur kampung tu.Tapi saya setakat ni saya hanya beli tapai ubi kat Pasar Tani Permaisuri tu sahaja.Kat Hero memang ada banyak jual tapai ubi ni,tapi saya cuak nak beli sebab saya takut yang buat tu .. ca ya nun alif ..Kadang benda lain pun banyak jer ca ya nun alif yang buat,boleh sahaja terima.Mai tang tapai ubi,dia jadi ingat macam-macam.Dah banyak kali nak beli tapi bila pegang bekas tu,hati terdetik..JANGAN..!


Ni percubaan pertama saya buat tapai ubi beberapa hari yang lepas 


Bau dia macam dah menjadi.Rasa dia pun ada la rasa tapai ubi.


Punca rasa nak try tu masa posting entri REZEKI DARI KEBUN ROSE tu Wak Warisan Petani tu tinggalkan komen katanya ada ubi & ragi bolehlah buat tapai.Eh,tetiba rasa nak buat tapai ubi..Hihihi


Bukan buat banyak pun,sebab baru 1st trial.Guna 2 ketul ubi yang kiri kanan tu sahaja.Yang 2 ketul tengah tu yang buat getuk hari tu la.

Ubi yang dah rebus empuk tu saya pecahkan .
Tabur ragi yang dihaluskan & simpan dalam bekas bertutup.

Ni hasilnya selepas 2 hari 2 malam.Bau tapai dah ada.Rasa ketapaian dia pun ada.Bila cucuk dengan garfu tu ada macam bunyi berair  Cuma yang saya perasan dia tak nampak berair sangat macam yang beli..Saya membayangkan tapai ubi kayu kuning yang beli kat pasar tani tu macam lebih berair & lebih manis berbanding hasil percubaan saya ni..
Belum lulus dengan cemerlang lagi la rasanya saya buat tapai ubi.Perlu belajar lagi.Mungkin bukan kepakaran saya...hihihi
Nanti saya nak cuba buat tapai pulut yang lama sudah saya tinggalkan.Semoga skill menapai  kembali ...hihihi

11 comments:

  1. Assalam puan, alhamdulillah puan punya tapai ubi tu mcm menjadi, sy bnyk kali buat x pernah menjadi, rasanya sbb ragi jgk kot..pernah dulu beli ragi kat sorang makcik yg meniaga tapai ubi manis kt Pekan Tjg. Karang, makcik tu siap ajar lagi cara2 buat tapai..sudahnya percubaan saya gagal lagi..last2 klu nak mkn tapai sy beli je yg dah siap org jual..sy dah putus asa..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ceritanya memangbkita kena beli la tapai ubi tu yer..hihihi
      Tapai ubinyang saya beli kat pasar tani tu pun katanya datang dari belah sana juga .Tak ingat Tanjung Karang @ Sungai Besar.Memang kepakaran depa belah sana la tapai ubi ni

      Delete
  2. Tapai ubi memang sudah menjadi makanan keluarga kami sejak lahir. Kalau Bonda nak buat tapai ubi, sibuklah kami tolong kikis ubi kayu. Setiap kali Bonda buat tapai ubi kami tak pernah tertinggal ikuti proses dari awal sampai akhir, tutup bekas tapai dengan kain dan ikat. Waktu buka ikatan pun, kami ngadap Bonda buat kerja tu. Kemudian kami makan sama-sama.
    Sayang sekali, saya tak pernah cuba buat tapai ubi sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubi tu kena kikis ke cikgu...Saya memang tak pernah tengok proses penyediaannya sebab mak saya memang tak pernah buat.Tapai pulut pernah tengok mak & mak sedara buat.Tu yang tahu...

      Delete
    2. Bonda saya buat begitulah. Lepas kupas, kikis bahagian luar ubi tu, katanya supaya hilang lendir ubi. Saya pun lupa-lupa ingat tapi pernah bantu kikis gunakan sudu besi...dulu-dulu pakai sudu pendek, sudu ayan ke apa tu.

      Delete
    3. Owh...kena berguru dulu la...hihihi..
      Ya..ya...sudu tu ingat...kami panggi camca Siam..Sebab dulu- dulu orang Siam makan nasi guna sudu tu..cedok kuah memang tak tumpah & sesuai nak kikis ubi & korek isi kelapa muda..hihihi

      Delete
  3. akak peminat tapai ubi dan pulut
    ha haa pantang jumpa
    tp ubi tak penah try buat lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan tapai.makan sejuk-sejuk pula..Sekarang lockdown ni memang terhad la pergerakan nak cari makanan.Dulu paling tak,ada pasar malam...huhuhu

      Delete
  4. Apam bakar Kelantan saya pernah la makan.Adakah sama sebab bau dia ada masam-masam skit.Ooo..ubinya rebus 1/2 matang jer ker...Hihihi..saya main belasah jer buat tanpa ilmu..Memang kena berguru dulu la

    ReplyDelete
  5. Sama macam sayalah, selalu rasa nak sangat beli tapai ubi tapi hati cuak akhirnya tak jadi beli

    ReplyDelete