Kisah dua hari sebelum lockdown.
Sanitasi rumah oleh pihak berkenaan.Beberapa hari sebelum tu dapat whatsApp daripada ketua tingkat tentang makluman sanitasi rumah pada masa & tarikh yang dinyatakan.Perumahan kami sudah ada kes +ve Covid 19 & lebih kurang 1 km dari perumahan kami adalah kawasan PKPD kerana kes sudah melebihi 70 & melibatkan kematian.Mereka dikenakan PKPD bermula 28Mei 2021.
Dua hari sebelum lockdown ,saya & Adah melakukan panic buying @H*&# & pasar basah setelah hampir 2 minggu tidak belanja barang dapur.Alasan saya ialah,untuk keselamatan,biarlah mereka yang bakal PKPD tu selesai buat pembelian dahulu.Kita buat pembelian selepas 28 Mei la kerana taknak bertembung dengan mereka yang bakal PKPD.28 Mei diumumkan seluruh negara pula akan lockdown bermula.1 Jun.Maka 29 Mei baru kelam kabut panic buying dengan Adah. Pergi H*&# peliks sebab tak ramai orang.Masa dah balik,tengah parking kereta ,ada jiran beritahu H*&# tu baru buka hari ni sebab semalam sanitasi kerana ada staff +ve & juga ada kes pelanggan bergelang pink datang buat pembelian.Allahu.....
Patut laaaa...
Sebelum keluar,sudah berpesan kepada Cella yang sedang beronline class supaya jika ada orang sanitasi datang,call & kami akan balik.Sesambil tu sempat la gulung & lipat semua karpet & tutup semua makanan.Sebab Adah kata tahun lepas masa sanitasi kat tempat kerjanya diSentol tu bau asap tu busuk macam nak muntah.Taknak la nanti bau tu diserap karpet.Kalau langsir tak apa lagi boleh basuh guna mesin sebab kita punya langsir murah & rumah sekangkang kera hanya ada 12 keping sahaja sahaja langsirnya campur tingkap & pintu..Hihihi
Pukul 10.00 pagi Cella call dengan panicnya suruh balik sekarang juga kerana orang sanitasi sudah datang.Dia takut sebab mereka ramai & mereka minta dia tunggu diluar rumah sedangkan dia kena buat presentation untuk markah final.Nasib baik.juga lecture faham bila dimaklumkan rumah sedang disanitasi ,& presentation dibawa ke pukul 2 petang.
Padahal rasa nak meninggal lemas dalam
kepulan asap.
Jom sama-sama beristighfar & berdoa agar Allah lindungi kita semua dari Covid 19 & juga penyakit bahaya yang lain.Sama-sama kita bertanggungjawab untuk diri & juga orang lain.
Alhamdulillah ,sepanjang hari semalam bila melontarkan pandangan dari atas kayangan ini ke arah jalan raya & lebuhraya nampak lengang yang mungkin menandakan orang ramai stay@home.Barangkaliii..!
Wah... bagusnya kak pihak berwajib buat sanitasi... kami kt sini kalo kes +ve br bomba atau pbt dtg sanitize umh
ReplyDeleteAlhamdulillah,inisiatif J/K Persatuan Penduduk.Mereka memang aktif membantu & mungkin kerana kebanyakan penduduk perumahan ini adalah kakitangan kerajaan memudahkan mereka berurusan.Kat pasar & bangunan2 berhampiran juga disanitasi secara berkala.Tapi tu la sebab sini penduduk padat,memang kena sentiasa berjaga-jaga la
ReplyDeleteMudah2an bebas daripada jangkitan
ReplyDeleteMudah mudahan selamat dan dilindungi daripada wabak covid19. Aamiin :)
ReplyDelete