Hari ni macam Monday blues la pulak...Hihihi
SAMBAL SARDIN DAUN LIMAU PURUT.
2tin kecil sardin(macerel)
5 helai daun limau purut.
1 asam keping.
½ sudu teh garam.
1 sudu makan sos ikan/nam pla
1 sudu teh gula perang.
minyak
** saya tambah 3 biji kentang wedges & digoreng.Patut guna 3 biji buah tomato hijau potong wedges lagi sedap.
Bahan Blend.
1 cawan cili padi merah.
5 cili merah (hari ni ganti dengan 2 sudu cili kering blend)
1 bawang besar.
5 bawang putih.
1 serai
1. Panaskan anggaran ¼ cawan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak.
2. Tambah asam,garam,gula & nam pla.Biar mendidih.
3. Masukkan sardin bersama sosnya,kentang & daun limau purut.
4. Masak hingga pekat naik minyak & sesuaikan rasa
Eh, sejak bila emak berkira tenaga nak gorengkan telur ni??? 😂😂😂
ReplyDeleteHihihi...Ada ketika-ketikanya terlalu berkira🤣
DeleteSedap.ada kelainan ni.letak daun limau purut
ReplyDeleteAlhamdulillah,baunya harum macam bau tomyam & rasa dia antara padprik & ikan 3 rasa...Bagi yg suka bau daun limau purut la
DeleteHarum aroma daun limau purut tu. Kena bagi teman telur gorengni. Haaa...memang kena dadar sendirilah sape nak makan tu.
ReplyDeleteHihihi...Selalu gorengkan saja untuk depa.Tali sekarang masalah semut...huhuhu
Delete