Thursday, 3 June 2021

NASI GORENG PETAI BAJET

 

Nasi Goreng Petai Bajet 


Brunch semalam..Breakfast merangkap lunch.Sebabnya semua ada kat rumah & semua dok berkurung dalam bilik.Kerajaan umum stay @home.Tapi budak-budak(dah bukan budak pun) sekarang ni memang stay @ bedroom with handphone.


Breakfast la sengsorang.Tapi bagus juga,takyah nak masak lunch.Ini lah lunch depa..

NASI GORENG PETAI BAJET
2cawan beras - tanak jafi nasi
1tin sardin/ makerel
1 cawan isi petai- hiris
2 sudu cili blend + bawang blend
4 sudu minyak
1 sudu teh garam

1. Panaskan minyak & tumis cili & bawang blend hingga naik minyak.
2. Masukkan sardin bersama sosnya & lenyek ikannya.
3. Masukkan petai hiris & kacau rata 
4. Masukkan nasi yang dileraikan & gaul balik-balikkan hingga naik wap berasap.
5. Renjis garam halus & sesuaikan rasa.

Hanya guna sardin & petai.Petai pun beli 2 papan sahaja sebab petai mahal.Hiris nipis petainya sebab tu nama nasi goreng petai bajet


Macam sambal petai + sardin


Tapi dah bubuh nasi

Jadi la Nasi Goreng Petai Bajet. hihihi

Makan dengan telur rebus.Telur memang laku musim PKP...hihihi



6 comments:

  1. Cantik betul nasi goreng Mama Cella. Guna beras bashmati kan.
    Jarang dah saya nak masak nasi goreng sebab sekarang ni nasi yang ditanak macam pulut pulak. Orang kata sekarang tidak ada bekalan beras dari Thailand. Negara kita ambil dari Vietnam. Apa pun jenama yang dibeli, nasi yang ditanak tetap sama. Lembik & seperti pulut pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lepas merata cari beras ni dah takdak stok.Ni stok bulan lepas.Saya jenis alah carbo ,nak kena pilih beras yang x banyak kanji .Tapi tang pulut balun juga...hihihihi

      Delete
  2. Saya pulak BDR dari sebelah katil, hahaha.. rasa memanggil2 aje katil tu, nasib baik nampak nasi goreng, segar sikit bijik mata ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru habis kursus online dekat 3 jam tadi.Sambil berkursus nak hilang ngantuk,update blog .hahahaha

      Delete
    2. Kelmarin saya kursus online 3 jam juga, ulang alik ke dapur sebab bosan pasang telinga. Malam tadi pula Google Meet sampai dekat pukul 11 malam. Syukurlah ada blog. Sambil kursus, GM boleh ponteng jalan-jalan sembang ke rumah kawan hihihiiii!

      Delete
    3. Tudiaaaa..malam-malma pun GM sampai pukul 11..Bekerja dalam talian memang penat mental kan sebab macam kerja yang tak nampak hasil.Dulu-dulu selalu guna perkataan alam maya.Rupanya ini yang dimaksudkan dengan al maya tu

      Delete