Pernah beberapa kali makan burasak.1st time makan burasak pada tahun 90's dulu.Kemudian,pernah kirim kawan beli burasak dari Johor.Penah beberapa kali beli & yang terakhir raya tahun lepas pemberian Haziq iaitu kawan anak bujang saya.Bukan sahaja burasak tapi juga diberi bersama lepat loi.Katanya abang iparnya orang Sabah & memang itu hidangan raya mereka.
Ini percubaan pertama saya membuat burasak.
Dari panduan saya agak caranya lebih kurang cara masak ketupat palas.Cuma versi beras biasa & menggunkan daun pisang
Harum bau beras diaron bersama santan.Saya menggunakan 4 cawan beras biasa,lebih kurang 4 cawan juga santan,1 sudu garam & 1 sudu teh gula.Dimasak seperti masak nasi lemak tepi versi separuh masak sahaja.Semalam punya semalam,anak bujang balik kerja awal.Minta dia belikan kelapa,ayam & daun pisang kat kedai Acheh block sebelah tu.Perumahan kami tiada lot kedai.Seberang jalan & sebelah pagar,ada sahaja kedai Acheh & mamak,tapi saya jarang pergi.
Alhdulillah dapat daun pisangnya walaupun tak la cantik.
Burasak yang pernah makan kali pertama lapisan dalamnya dibungkus dengan pucuk pisang yang masih kuning.Harum dia macam lemang dulu-dulu.Lapisan luar pula baru dibalut dengan daun pisang hijau.Manakala burasak yang dibeli memang semuanya menggunakan daun pisang hijau.Tapi masih ada keharumannya.
Belum pukul 7 pagi,aaya sudah mula merebus.Satu rumah bau harum daun pisang rebus. Hi hihihi
Ketika azan Asar berkumandang,burasak sudah sejuk sepenuhnya.Jom,buka tengok hasilnya.....
Ada yang nampak sedikit gelap burasnya...
Buka yang lain pula...Ada yang putih isinya .Azan Asar jelas kedengaran .
Plan asal nak masak asam pedas sardin nak makan dengan burasak ni..Cadang juga nak buat serondeng kelapa.
Hari ini saya plan nak masak serondeng kelapa & asam pedas sardin nak makan dengan burasak ni.Satu lagi impian nak masak Coto Makassar belum terbuat.Doakan saya rajin ....Hihihi
***Adah dengan excited buka bungkusan yang disangkanya lepat pisang kegemarannya.Sekali isinya burasakkkkkkk la...hihihi
Alaaa sedapnyaa... puashati buat sendiri nii.. banyak juga dapat tuuu... fokus kita tgk satu-satu video Mama buat tu hahahaha
ReplyDeleteHahaha...kalau nak belajar kena berguru pada ahli & pakar Lin..
DeleteIn sha Allah akan dibaiki pada masa akan datang.Pun kalau rajin nak buat lagi la...hihihi
Ya Allah! Memang betul-betul rajin Mama Cella ni. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ye Mama Cella. Try & error. Lama-lama sempurnalah burasnya.
ReplyDeleteNak makan punya pasal...Banyak lagi kena baiki..Apapun Tq terinspirasi dari blog cikgu...hihihi
DeleteAduh.. bak sini sikit mambang rajin tu...
ReplyDeleteBurasak ni senang dapat kat tempat sy, boleh dikatakan nak makan hari2 pun boleh. Anak buah ibu sy, ramai yg kahwin bugis, dorang tunjukkan sy, burasak ni ada acuannya, begitu jugak loi. Sy rasa Mak Cella ikat burasak tu ketat sgt kot, sampai ada muscle, hihi. Tapi kalau dah masuk perut, memang tak ada bentuk jugak kan, hihi.
Hihihi...Nak makan punya pasal..
DeleteSini memang saya tak jumpa lagi orang jual burasak @ mungkin juga jenis open order kot.
Oh,ada acuannya ke....hihihi mana nak cari..
Memang betul tu ,saya isi beras tu banyak & ikat pula ketat sangat.Kena baiki lagi.In sha Allah berguru lagi..hihihi