My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Wednesday, 26 May 2021

MENANG TANGKAP 20 JUTA PAGEVIEW AMIE'S LITTLE KITCHEN

Baca betul- betul tau...Bukan menang RM20juta...! hahaha.Tapi menang tangkap layar ( screen shot) 20 juta pageview..hihihi


Semalam,bloger dari Sabah,Cikgu Amie ada ajak pengunjung blognya bersama JOM TANGKAP PAGEVIEW KE-,20,000,000(20JUTA) AMIE'S LITTLE KITCHEN UNTUK DAPAT DUIT RAYA

Teruja saya nak mencuba.Dari semalam mencongak- congak agak-agak bila angka 20 juta tu.

Dari pagi tadi memasang pukat.Hihihi....

Bila hampir Asar,rasa makin laju pulak pageview tu bergerak,sedangkan sudah plan nak masak iftar lepas solat Asar.Cuba pancing Adah,ajak dia join.Eh,budak tu kalau dengar kata dapat duit,sanggup saja dia.Baca kat situ kalau sapa dapat tangkap  pageview 20 juta tu menang RM50!

Kebetulan sejak tengahari,Adah mengadap laptop mengisi permohonan untuk dapatkan vaksin Covid 19.

1 laptop & 2 handphone dia pasang sebagai "pukat tunda".Jangan siapa pun kacau concentration dia masa tu... Hihihihihi


Tiba- tiba....
Haaaaaaaaa....DAPAT!!!!!
Jerit Adah
Terkezut makngah tengah tumis kuah laksa di dapur.
Adah dah agak familiar blog Amie's Little Kitchen tu sebab bulan puasa hari tu dah dapat cenderahati sebagai TOP 10 KOMENTAR UNTUK BULAN MAC 2021


Kiriman Cikgu Amie dari Sabah memang saya pakai masa raya 2 minggu lepas.Terima kasih Cikgu Amie...!

Adah kata dia dah email sceeen shot yang dia dapat tangkap 20juta pageview tu..!
Dia siap dah minta 25% kalau terpilih sebagai pemenang..Dia kata nak makan McD
Hahaha...boleh,boleh..
25%d daripada RM50 =RM12.50...lepas kot set cheese burger..Hihihi

Sekali tadi,sesaja mengintai dari tirai kamar ke dapur Cikgu Amie...
Eh,dah keluar la senarai nama pemenang..!!!

PEMENANG 20 JUTA PAGEVIEW AMIE'S LITTLE KITCHEN...kat sini

Alhamdulillah,bukan dapat RM50 tapi ada extra lagi ..dapat RM70 la!

Bukan sorang pemenangnya,tapi beberapa orang .Ada yang dapat RM50,ada yang dapat RM 60 dan ada yang dapat RM70. Ratusan ringgit juga keseluruhannya....Semoga Allah limpahkan lagi rezeki Cikgu Amie sekeluarga...

Nampaknya,Adah akan dapat tambahan lagi 25% RM5..jadi RM17.50

Hahaha dah macam cerita Tiga Abdul.Adah dah macam Tuan Penasihat Sadiq Segaraga!


Kepada pembaca yang kekeringan idea untuk memasak,yang nak tengok macam-macam ikan segar dari Sabah jomlah "bertandang" ke  AMIE'S LITTLE KITCHEN.In sha Allah tak payah mohon kebenaran rentas negeri,walaupun nun jauh di Sabah!

Hihihihi....



SAMBAL SARDIN + JERUK BELIMBING BULUH

 Hari ni lega walaupun public holiday,tapi tak berkejar nak  masak lunch.Semua puasa kecuali Adah.Biarlah dia masak lunch dia.Tadi dah kejut sahur,dia taknak.Bersahur dengan sahur simple sahaja pagi tadi.


Sambal sardin + jeruk belimbing buluh.Lauk yang saya masak semalam.

Beli sardin makerel brand ni masa panic buying kat Tesco Ampang minggu lepas.Hanya tingga sardin brand ni & brand TC Boy sahaja.Itupun ada beberapa tin sahaja atas rak.Banyak barang yang nak dibeli habis @ mungkin staff tak sempat topup sebab ramai sangat orang.Mula ke Tesco TM tapi orang beratur dekat 1/4m kat luar tu.Terus ke Tesco Ampang,nampak clear.Bila masuk dalam....hmmm beratur juga berpuluh meter kot.

Try buka dulu 1 tin.Congak- congak,kalau dah anak bujang tu bawa bekal 2 ketul.Cukuplah baki 2 ketul untuk anak dara 2 orang tu.

Serba salah,buka juga 2 tin kecik sardin tu.Banyak juga isinya makerel berbanding kalau beli sardin.

Jeruk belimbing buluh.Stok dah 1/2 tahun berjerul dalam balang ni Teringin pula nak makan belimbing tapi hanya ada stok jeruknya sahaja.Padahal plan asal nak sambalkan dengan kentang.Dah siap gorengpun 2 biji kentang potong wedges.



SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH
2 tin sardin (tin sedang)
1mangkuk belimbing buluh jeruk/fresh (-+20biji)
1sudu teh garam
1sudu teh gula perang
¼cawan minyak
1cawan cili blend
½bawang besar blend
3bawang putih blend

1.Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga mendidih.Terus masukkan belimbing buluh.

2.Bila sambal sudah naik minyak,tambah 1 cawan air atau hingga tenggelam belimbing buluh.Masak lagi hingga mendidih & belimbing lembut serta sambal pekat.

3. Tambah garam,gula perang & sardin.

4.Masak hingga mendidih sekali lagi dan sambal pecah minyak

5.Sesuaikan rasa.Masak awal beberapa jam sebelum makan supaya rasa lebih sedap.Sebaiknya dibiar semalaman supaya rasa sambal sebati dengan belimbing.



Jadilah lauknya sambal sardin belimbing buluh.
Tergugat juga bau dia masak memasak.Tapi dah tua kan....dah sahur dah niat puasa.Simpan sedikit untuk iftar.

Kentang yang dah siap goreng ditumbuk dicampur bumbunya.Jadilah pegedil kentang.Memang kesukaan anak-anakpun.Tapi nak membuatnya selalu tak rajin walaupun bukan susah sangat.Hari ni rezeki depa dapat makan pegedil..Hihihi
Sebab pegedil tu hanya dari 3 biji kentang,maka rezeki anak-anak sahaja la.

Lunch anak dara bongsu.Dia cakap baru nak makan dah pukul 2.14 petang.Itupun kata dia  berebut suap nasi sebab pukul 2.30 sambung lagi online class.Mata sampai nak naik bengkak & lebam macam mata panda dah siang malam mengadap laptop & handphone.Bukan dia sahaja,malahan semua anak-nak lain di luar sana pun.Takdir mereka begitu,belajar secara online.Semoga menjadi hikmah untuk kehidupan generasi mereka yang lebih baik di masa depan.

MALAM INI GERHANA BULAN PENUH & SOLAT SUNAT KHUSUF


 FENOMENA GERHANA BULAN PENUH


Pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.


Gerhana akan mula kelihatan di ufuk timur, selepas terbenamnya Matahari atau selepas Maghrib.


Gerhana akan berakhir pada jam 8:52 malam.


Seluruh umat Islam disyariat untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan (solat sunat Khusuf) selepas solat fardhu maghrib.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh ini.


Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.





Gerhana bukan untuk kita berpesta :

 Ketika gerhana,Rasulullah akan bersegera ke masjid menunaikan solat sunat khusuf  kerana takut akan berlaku kiamat.


Semoga kita semua,agama &  negara kita dilindungi dari segala musibah 

Wallahua'lam...