Thursday, 28 December 2017

IKAN PEKASAM vs IKAN KERING

Pekasam Ikan Puyu
Femented Sunfish
Making by grandma
Haaaa...bila nama tu diengliskan skit
Baru nampak skit..


Nenek sedang siang ikan untuk buat pekasam
Nenek memang rajin memancing dan rajin baut pekasam
Kalau kenduri kecil- kecilan di kampung nenek selalu pekasam nenek akan menjadi salah satu lauk
Kenapa bukan kenduri besar- besaran
Sebab nenek kata kalau kenduri kahwin ke..
Orang hidang lauk daging dan ayam..
Kalau kenduri tahlil ker biasanya dihidangkan lah nasi dan lauk kampung reasuk pekasam ni
Tapi biasanya kalau kenduri kahwin pun waktu pagi mesti ada Sarapan Pulut Nyor Ikan Pekasam.
Hahaaa kampung nenek x sebut Nyoq..tapi sebut Nyor..
Nenek cakap hari tu ada menteri datang kamoung nenek..
Dorang buat jamuan hidangkan lauk pekasam nenek..
Tapi nenek kata x tahu lah menteri tu makan ke x..
Selalunya orang kaya mana makan makanan kampung camni..
Tapi yang pasti pekasam nenek ni
Nenek cakap dah menjelajah seluruh Malaysia..
Termasuk Borneo
Haaa...jangan ingat ikan pekasam x pernah naik flight..!!


Tapi selalunya nenek banyak buat Pekasam Ikan Lampam
Nenek cakap sebab Ikan Lampam ada sepanjanv tahun
Kalau Ikan Puyu bermusim


 Ikan Lampam pun nenek cakap kena Lampam Liar baru sedap dijadikan pekasam
Kira Lampam Organic la..
Hahaha


Pekasam Lampam yang dah ready to pack.

Ni yang kawan2 mak aku order..
Mak aku cakap semua ikan- ikan ni dah ada tuannya..
Haaa...maksudnya dah dibeli la..
Pekasam Ikan Lampam...Puyu..Haruan..Ikan Haruan Kering...Ikan Lampam Kering dan Puyu Kering..


Pekasam Ikan Lampam..
Ikan pekasam ni memang kalau pegang dan cium jer bau dia x sedap
Dia kena makan baru sedap..
Sama macam durian dan petai...bau x sedap tapi cer makan...haaa...x hengat dunia..!!
Sebab bila makan baunya akan jadi kencur liur..
Kencur liur tu apa..?
Mak aku cakap kencur liur tu ..terliur la..
Air liur akan keliar sendiri dalam molot
Cer bayang makan asam..
Bayangkan gigit asam yang masam..gigit lagu..kunyah asam tu..
Keluar air liur tak..dalam molot..?
Haaa...tu la kencur liur...
Tapi bagi orang yang suka la..
Kalau x suka...pi main jauh2..
Hahaha...

Ni dah siap packing untuk orang yang suka


Pekasam Ikan Lampam.
Pekasam Ikan Puyu
Pekasam Ikan Haruan




Mak aku cakap omputih pun ada makanan femented dorang juga
Contohnya Blue Cheese..
Haaa...siap ada yang sengaja femented kan cheese tu hingga berulat2 lagi..
Anchovy Paste pun yang selalu diguna dalam salad dressing tu  mak aku cakap Ikan Bilis yang ditapai @ diperam juga
FEMENTED SHARK MEAT kat sini...
Dorang siap gantung isi2 ikan tu berbulan- bulan sebelum dimakan..
Kalau kat India mak aku kata ada chutny & acar yang ditapai bertahun2 juga..menjadi makanan kebanggaan dorang..
Hmm..bulan lepas mak aku selalu la ngadap channel 707 tengok " PICKLE NATION"
Kalau makanan Korea ramai la yang tahu kan..
Kimci yang ditapai bertahun- tahun pun ada..
So...kebanyakan negara ada makanan yang ditapai sendiri..


Ikan- ikan Puyu nenek dah ready untuk di fementedkan..
Haaa...untuk dijadikan pekasam..
Nenek cakap kalau nak buat pekasam..
Ikan2 kena bersihkan betul2.
Kalau x nanti ikan akan membusuk dan rosak..
Tak jadi la pekasam
Nenek ada berus khas untuk cuci ikan
Dah bersih ikan tu kena letak garam selama beberapa hari.
Pastu kena cuci plak


Pastu nek kata kena buar serbuk beras goreng
Nenek memang ada kuali khas untuk goreng beras
Nenek dah pesan kuali tu jangan sesekali guna untuk menggoreng benda lain.
Nak gorengbikan ke...cekodok ke.
Nenek soh guna kuali lain.
Sebab nenek kata kalau kuali goreng beras tu xleh ada kesan minyak nanti pekasam x tahan lama..jadi bau tengik..



Kalau Ikan Puyu nenek kata kena buang kepala dia senang sikit nak bersihkan


Selain Pekasam...
Nenek juga proses ikan2 tu jadi Ikan Kering..
Ikan Puyu Kering..


Nenek kata Ikan Puyu musim ni besar2.
Ada masanya hanya saiz kecik


Kalau Ikan Puyu saiz besar nenek kata kena belah bekakangnya supaya cepat kering..



Ikan Haruan Kering



Ikan Haruan sedang dijemur..
Ini hasil sekali nenek gi memancing di sungai
Nenek cakap sebab bila memancing bukan dapat ikan yang sama..
Ada haruan..puyu dan keli..


Tapi nenek kata kena jemur asing2 sebab lain ikan ..berbeza masa untuk kering..


Ikan Lampam Kering
Aku suka sebab bila goreng rangup macam keropok..
Nenek cakap kalau nak sedap..kena guna ikan lampam saiz kecik2..baru garing
Kalau saiz besar nenek cakap lebih sesuai buat pekasam.
Kadang Achik selalu upload pic kat wasap..
Bila nenek dapat Ikan Lampam.. Rohu dan Jelawat  saiz besar dan nenek akan bakar ikan tu..huhuhu...time balik xde lak nenek dapat ikan yang besar2 tu..huhuhu


Ikan Puyu Kering pun ada peminatnya  membeli
Dah ada tuannya juga

Mak aku suka la Ikan Puyu Kering ni

Ikan Lampam Kering pun  sama
Nenek cakap gerai nasi campur kat sana banyak yang ada menu Lampam Kering ni


Haruan Kering...
Pun dah ada tuannya..
Semua yang mak aku bawa balik KL dah ditempah
Sampaikan Ikan Pekasam pun mak aku cakap stok makan sediri pun terpaksa jual sebab ada yang pm tepi nak juga..hahaha..
Mak aku cakap xper nanti kakak cuti sem ni kakak nak balik Kedah..Boleh pesan kakak bawa lagi..

Wednesday, 27 December 2017

NASI AYAM PENYET

Nasi & Ayam Penyet
Dah 2x kakak nak bawa makan Nasi Ayam Penyet kat Padang Jawa..
Kakak kata sedap Ayam Penyet kat situ..
Tapi 2x pergi hari Jumaat
Memang tutup ...


Sebab abang off..
Mak aku masak Nasi Ayam Penyet..
Semua suka..
Suka semua....
Tip top...
Haaa...itu tagline yang aku selalu dengar kat Radio fav mak aku..Radio Klasik..!!
Hahaha...
Actually mak aku dah selalu juga masak Nasi Ayam Penyet ni...
Mak aku cakap Nasi Ayam Penyet Koboi jer..
Naper Koboi..
Alaaa...mak aku kata Koboi tu Cowboy la.
Masak simple macam ala masakan cowboy..
Ish mana sama...
Kalau masakan cowboy mesti ada daging grill..
Hahaha...
Memang la....cowboy mana makan nasi..
Mak aku cakap Nasi Ayam Penyet ni kena ada...

1. AYAM GORENG PANAS- PANAS
Ayam Goreng.. wajib la ada..
Dah namapun Ayam Penyet..
Kalau xde ayam nak penyet apa..
Penyet hidung..hihihihi..
Kata mak aku ayam ni patutnya ada rempah ratusnya..
Tapi dah namanya koboi..
Mak aki cakap just gaul garam. kunyot dan goreng garing..
Kena makan time panas2..
So..Ayam tu goreng ketika dah nak makan..
Jangam goreng awal2...sejuk x sedap


2. TEMPE GORENG PANAS- PANAS
Tempe juga kena goreng gafing dan hidanv panas2...
Boleh goreng kosong @ boleh Goreng Berempah



3. SAMBAL PENYET
Sambal ni yanv buat  Nasi Ayam Penyet ni terangkat..!!!



4. ULAM


5. SUP
Yang ni optional..
Kalau aku x suka ada sup
Aku suka Nasi Ayam Penyet tanpa kuah.
& memang kuah ni xde sesiap yang makan pun..
Kesian Sup..

SUP KAKI & LEHER AYAM
4 batang kaki ayam- kerat 2
2 batang leher ayam- potong pendek
1 sup bunjut
1pokok daun sup/ daun bawang
2 sudu minyak
garam

Bahan tumbuk:
1 bawang besar
2 bawang putih
2 hiris halia

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
2. Bila harum masukkan leher dan kaki ayam
3. Biar kaki dan leher ayam sedikit berkerak dan sedikit perang supaya kuah lebih sedap
4. Masukkan 3 cawan air dan biar kesan kerak pada periuk sebati dengan kuah
5. Masukkan sup bunjut dan masak hingga mendidih
6. Perlahankan api dan biar merenih selama 1/2 jam supaya kuah lebih manis dan swdap
7. Sesuaikan rasa dan matikan api serta tabur daun sup



Nasi Ayam Penyet In The Making...


Tempe...
Kalau makan Nasi Ayam Penyet selalunya ada sekali Tauhu Goreng
Tapi jari ni xde tauhu..



Ayam Goreng...
Just gaul ayam dengam sedikit garam dan serbuk kunyit..
Kalau  Ayam Penyer Ori Indon...ayam direbis dengan rempah ratus sehingga setengah masak. Kemudian digoreng garing dan diketuk2 supaya lembut sebelum dihidangkam panas
Tapi yang ini mak aku cakap sebab versi Koboi jer...So..goreng dalam minyak yang banyak hingga garing..
Mesti hidang panas- panas


TEMPE GORWNG BEREMPAH
2 bungkus tempe baharu
1 sudu teh garam halus
1sudu serbuk kunyit
1 sudu tepung beras
minyak untuk goreng

Bahan Tumbuk:
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu teh jintan

1. Potong tempe sederhana tebal
2. Gaul tempe dengan garam,serbuk kunyit dan bahan tumbuk
3. Tambah 1 sudu air dan taburkan tepung beras dan gaul rata
4. Goreng hingga garing



Tempe Goreng Panas- panas


Ulam...
Selalunya dihidangkan dengam Ulam Pucuk Ubi Rebus..
Pernah makan beberapa kali di Sarawak..
Kebanyakan gerai Ayam Penyet menggunakan Ulam Pucuk Ulam Raja..
Tapi pernah beli kat sini dorang guna Ulam Kobis Mentah..
Orang Indon panggil Kobis ni sebagai kol..
Haaa...mak aku memang banyak tahu istilah kulinary dalam bahasa Indon..


Paling Penging dalam Nasi Ayam Penyet ni
Sambal Penyet
Haaaaa.... jangan x tahu..
Semangkuk Sambal Penyet ni habis kitorang makan...
Aku..abang amik ayam cicah sambal ni
Kakak kan Johorian..
Kakak makan ngam Tempe dia lah..
Tempe tu memang separuh tu kakak yang habiskan..
Mak aku plak cicah ngan Kol..
Hahaha...Kobis la ...


Sambal Penyet ni cicah ngan Ikan Goreng Garing pun sedap..
Mak aku cakap sepatutnya  Pisang Penyet pun cicah ngan sambal ni la baru  kick..!

SAMBAL PENYET( 1mangkuk sambal)
3 cili merah
10 cili padi
1 cm belacan bakar
1 buah tomato
3 bawang merah
2 bawang putih
1 sudu teh asam jawa+ 1/4 cawan air
1 sudu teh garam.halus
1 sudu teh gula melaka
1/2 biji limau nipis
Minyak
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng semua cili, bawang dan tomato
2. Angkat dan masukkan bahan goreng dan masukkan dalam blender
3.Masukkan juga belacan, air asam jawa,garam dan gula.
4. Blend secara pulse hingga lumat
5.Perahkan limau nipis dan sesuaikan rasanya.


Bahan Sambal Penyet
Patahkan cili supaya bila digoreng nanti tidak
meletup minyak
Goreng cili merah,cili padi,bawang merah dan bawang putih.
Akhir sekali baru gorwng tomato yang sudah diasingkan bijinya.Tomato digoreng akhir sekali kerana tomato akan berair dan nanti minyak mudah percik dan juga minyak akan cepat jadi hitam.Bijinya diasingkan untuk mudahlan proses goreng dan kurangkam air tomato


Blend semua bahan goreng,belacan,garam,gula melaka dan air asam jawa.Perah limau dan sesuaikan rasanya

Monday, 25 December 2017

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS

Cekodok Pisang Tepung Beras..
Namanya memang Cekodok Pisang Tepung Beras
Sebab mak aku cakap buat cekodok ni guna pisang dan tepung beras ..
Makan panas- panas.
Dengan Teh O panas
Untuk sarapan pagi



Hari ni ada beberapa orang kawan aku celebret Chrismas..
Rishmika mesti tengah bergaya dengan baju baru tu.
Rishmika tu India..
Tapi rupa dia xde India..
Macam rupa orang Melayu
Cakap Tamil pun dia x reti..
Hahaha...
Dia hanya pandai cakap Melayu & English
Rishmika tu pandai buat cake..
Dia cakap maid dia yang ajar..
Dia selalu masak cake ngan maid dia..
Selalu juga dia bawa gi sekolah
Haaa...maid dia Islam..
Sedara mara Rishmika tu pun ramai juga yang Islam..
Eh..apa kaitan lak..
Haaa...xde kaitan pun..
Cuma hari ni Public Holiday
Sebab Chrismas


Cekodok Pisang Tepung Beras
Mak aku cakap boleh  jer guna tepung gandum.
Tapi kalau guna tepung beras mak aku cakap kuihnya lebih empuk isinya..
Mak aku cakap tapi kalau nak buat Cekodok versi Bolat- bolat gebu macam kek tu kena guna tepung gandum
Hmmm...aku lagi suka yang tu ..
Macam CEKODOK BULAT- BULAT kat sini...
Sebab yang tu rasa lembut macam kek pisang..
Tapi mak aku suka Cekodok Pisang versi Tepung Beras ni..
Mak aku cakap lebih ori & klasi
Mmm...dah mak aku yang buat ikut jerlah..



Kakak yang suka sangat Cekodok Pisang
Tapi cam biasa lah..
Kakak tu jadi burung hantu..
Malam2 dia memang x tidur..
Bila pagi time kiter bangun
Dia baru sibok nak tido..

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS
10 biji pisang abu masak ranum( pisang lain pun boleh)
1 cawan penuh tepung beras
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula(kalau nak lebih manis)
Minyak

1. Lenyek pisang hingga halus
2. Tambah garam dan gula
3. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan sudu
4. Jika adunan agak kental..tambah sikit air
5. Gunakan sudu atau tangan untuk cedok adunan dan gorenglah dalam minyak panas hingga bewarna perang


Pisang nj yang hari tu baki buat Pisang Penyetisang Abu..
Abu Bakar ker Abu Yazid
Ke Abuya..
Hahaha...naper lah nama dia Pisang Abu..
Tapi memang kat resit tu tulis  Pisanv Abu..
Mak aku cakap Abu tu bukan Abu nama.orang tu
Tapi abu sisa arang...
Mmm...ntah...x faham...


Cara convensional melenyek pisang..
Haaa..kalau sekarang aorang guan food proceser jer..
Mak aku cakap kalau guna blender pun ok jer
Tapi sebab malas nak cuci blender..
Mak aku cakap guna jer bontot gelas..
Memang inilah yang aku selalu tengok mak aku guna..Bontot Gelas..


Lenyek hingga halus...


Boleh guna tepung beras..
Nak gima tepung gandum pun boley
Mak aku cakap  ada orang memang elergi dengam tepung gandum...
Sebab tepung gandum ada gelutin..
Gelutin tu apa..?
Gelutin tu mak aku cakap bahan yang buatkan tepung jadi liat macam gam tu..
Mmm....lagi aku xfaham...



Ready tu fry...
Bab ni aku memang x akan cuba..
Minyak tu panas...
Nak masukkan jemput2 ni..
Mmmm...baik au lempeng la..
Hahaha...
So...mak aku yang buat..
Takat nak lenyek pisang boleh la aku buat..
Hehehe...


Dah siap...
Haaa...acah- acah aku la yang buat..
Kikkkiki...


Mak aku juga masak Nasi Goreng
Sebab ingatkan abang x suka Cekodok Pisang..


Siap bekal abang...Nasi Goreng Telur Ceplok..
Haaa..ceplok?
Ceplok tu sama ngan Ceplos ke...?
Hahaha..
Ceplok tu bahasa Indon..
Maksudnya Telur Goreng Mata la...
Nantinkan aku nak study kat Universitar Gajah Mada kat Indon..
Heeeee....ucapan tu do kan..kan..kan...



Mak aku plak Sarapan Ubi Gadong Kukus ni..
Huh...orang lain yang Cbrismas..
Kitorang plak yang beraya dengan 3 jenis sarapan..
Hahaha...tapi kitorang x celebret Chrismas aaaaa....
We are Muslim...
AllahuAkbar..!!!