Saturday, 18 July 2026

SAMBAL AYAM DAUN KARI

Memasak ni kadang idea datang mencurah bila ada kerajinan...Kadang merudum jauh ke laut paling dalam...

Zaman muda..anak anak masih sekolah,Alhamdulillah Allah kurniakan kerajinan dan kudrat beserta kreativiti nak siapkan bekal anak anak setiap hari & lebih kurang 22 hari sebulan.Weekend adalah hari menyapkan bahan kisar dan belanja bahan nak masak umtuk seminggu..Dalam masa yang sama weekend juga rasa macam masa panjang kerna masih sempat memenuhi aktiviti anak anak jenjalan sana sini & kerap juga bercamping di hutan,pantai dan kerap juga balik kampung...Eh,sempat ek masa tu!! hihihi

Weekday,adalah hari menzahirkan kreativiti bekal anak sekolah agar bervariasi dan time management pun boleh katakan cemerlang...Allah bagi sempat buat semua..

La ni gak....Allah....nak buat apa pun slow jer dah...tak setangkas dulu dah...Cuma masak tu masih la lagi...hihihi...perut kena isi..!!


Minggu ni ayammmm & daging jer takda menu ikan....ayam kicap...ayam sambal..ayam kari,daging kicap daging sambal...Bekal Sarah pun balik balik menu ulangan...masak ayam dan ikan bekuah + je sekali sayuran..buah pun asyik buah yang sama....strawberry,limau,pisang & anggur..Tapi  takda la pula ambil gambar...Nyer jadi takdan camana entah...hihihi



Hanya gambar Ayam Sambal Daun Kari n terambil gambarnya ala kadar...Boleh la buat idea rakan rakan kot dah taktau nak masak apa...hihihi
Walau lauk biasa dan nampak biasa jer...tapi ni kalau makan dengan nasi panas panas time lapar....tak cukup sepinggan wei...dengan syarat jangan tambah lauk lain yg berkuah....dia potong rasa la...

Kalau taste saya..cukup 1 lauk ni ditemani ulam  segar...macam peria katak mentah,pegaga,tenggek burung, & paling ngam kalau ada petai atau jering muda,..uii nyakuk molep demo oooo!

Cuma cara saya kalau masak sambal ayam atau daging wajib tambah kunyit dalam sambal tu...Auto aromanya akan mengingatkan sambal ayam zaman kanak-kanak.Sama ada masakan mak atau menu rumah kenduri..Padahal hanya tambah 1 bahan sahaja berbanding sambal seafood lain.Apa lagi ditambah daun kari...memberikan aroma yang menggamit selera untuk pemakan macam saya!

SAMBAL AYAM DAUN KARI

½ ekor ayam siap potong 
Garam,perasa,kunyit,minyak
daun kari

Bahan kisar:
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1 ketul kunyit
( kalau sayang blender sila guna serbuk kunyit sahaja masukkan masa menumis) hihihi


1. Garam kunyitkan ayam & goreng hingga masak.ketepikan.

2. Dalam minyak sama..tumis 3 pelepah daun kari & masukkan bahan kisar  dan masak hingga naik minyak..

3. Masukkan ayam....perisakan & sesuaikan rasa

* Jangan lupa tanak nasi..😄

9 comments:

  1. ada bahan rahsia ni wajib kena follow nak juga tahu rasanya
    kami pun sama kak kadang beli 1jenis lauk basah je untuk seminggu tu,kadang taktau nak beli lauk apa,ore kelate kato puah cemuh dih hahaha

    ReplyDelete
  2. Hahah jangan lupa tanak nasi ek…nampak sgt bercakap dr pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....pasti yg lain juga pernah lalui jugak kan...hihihi

      Delete
  3. Sy skrg tinggal bertiga, kerajinan nak masak tu merudum haha... Bila anak² asrama balik, barulah meriah sikit menunya.
    Oh letak kunyit, nak tiru la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tinggal berdua....lagi la...hari hari dating makan kat luar je agaknya...hihihi

      Delete
  4. Boleh try buat nanti ni. Nampak sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena citarasa boleh masuk lost menu bulanan...hihihi

      Delete
  5. Boleh cuba nanti ni....nampak sedap...pokok kari PZ kat depan rumah tu merimbun dah...

    ReplyDelete