Semalam Sabtu....tak ada apa sangat aktiviti.
Pepagi masak Kurma Daging ..Masak Kurma ni antara lauk yang jarang saya masak.Sebabnya hanya anak jantan tu sorang saja yang suka masak kurma tak kiralah kurma ayam,daging maupin kurma telur...Jadinya sebab hanya dia orang yang suka...beerti kalau masak kurma hanya untuk dia sorang..Makanya kena la jugak masak lauk lain....tu yang malas nak masak kurma...
Saya tabur daun ketumbar untuk naikkan aroma..
KURMA DAGING + TELUR
½kg daging
2 paket kecil rempah kurma
½ ( kotak kecil) santan kara
3 biji telur( sbb kentang takda..hihihi)
1 biji tomato masak-saya ganti tomato ceri
2 biji cili merah,cili hijau
1 limau nipis
minyak,gula,garam
Bahan Tumis:
1 bawang holland- mayang
5 bawang putih - ketuk
1 ketul halia muda-racik panjang
1 tangkai daun kari
1 helai pandan
sikit kulit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang
1. Potong & basuh daging..
2. Panaskan ¾ cawan minyak dan masukkan semua bahan tumis hingga harum
3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh & masukkan daging biar keluar airnnya & masak hingga naik minyak
4. Masukkan,air dan masak hingga daging empuk
5. Bila daging empuk tambah telur rebus tomato,cili merah & cili hijau serta perisakan.Perah jus limau nipis untuk seimbangkan rasa.
6. Kecilkan api dan masak perlaham beberapa minit supaya naik minyak.
7. Sesuaikan rasa




Tergoda tengok kurma daging depa. Rasa nak buat jugalah. Kami suka masak kurma tambah² kalau ada telur rebus
ReplyDeleteSesekali sedap juga kan...
DeleteKalau kat kampung saya orwng orwng lapis tua panggil " Masak Putih"
Sedapnya kurma daging dan sambal udang tu boleh makan dengan nasi minyak sedap ni.
ReplyDeleteAlaaa
Delete...tak terfikir oulak nak masak nasi minyak
menggoda dan tergoda nengok kurma dan udang akak tu
ReplyDeletehihihi....kalau tengok time lapar semua nampak sedap...hihihi
Deletesaya pun suka masak kurma. pernahlah masak utk bekal pergi keje dan sediakan utk bekal adik ngann kakak sekali. dorang kata pasni jangan masak dah hahaha.
ReplyDeletenapelah orang tak suka masak kurma!
Agaknya sebab kurma ni rasa rempah dia agak kuat & warna dia pucat kot....Tapi bagi saya kurma sedap kalau sesekali masak..hihihu
Deletei