Monday 29 April 2024

PERGI OPEN HOUSE RAYA @ FOREST VALLEY

 Jemputan open house pertama tahun ni..20 April.Syawal ke - 11. Dah lebih seminggundah berlalu

Dapat jemputan daripada rakan sekerja

.Pujah..

Tengok kad jemputan & tempatnya  memang teruja la nak pi 


Tempatnyabkat Forest Valley @ Mahkota Cheras..Majlisnya bermula 6.00 petang hingga 11 malam.Jarang orang mula majlis pukul 6 petang kan.Tapi mungkin tuan rumah sangat prihatin mengambil kira bulan Syawal ramai yang puasa suant atau puasa 6.
Maka mula pukul 6 hingga 11 malam sangat sesuai dah tu.
Tempat selesa dilengkapo surau yang luas dan bersih.



Kami 3 beranak sampai ketika hampir maghrib.Hanya saya bersama Adah dan suami Adah.Anak jantan kerja & Cella pula ada open house kat rumah rakannya.


Masuk ja hall semua kena ambil gambar dulu...
Dah macam mengahdiri majlis kahwin  dah ni..
Maklumlah open house orang have have..Suami Pujah salah seorang usahawan berjaya.Setiap tahun saya dan rakan sekerja memang menantikan open house mereka🤭
🤣.


Masa mula nak ambil makanan ...nampak dewan kosong lagi.Hanya ada beberapa meja ada orang..
( Nampak sangat la kami antara yang awal)🤭



Bila dah ambil makanan & duduk dimeja....


Pandang kiri kanan...
Nah,Rokiah...!
Dah penuh orang..
Hihihihi




Antara hidangan wajib open house Pujah setiap tahun..haruslah kambing golek.Khabarnya 4 ekor kambing golek selain eneka juadah lain seperti nasi minyak bersama lauk.pauknya..Tak tinggal hidangan raya yang lain ...lemang ketupat,rendang,sate,soto,laksa,eneka dessert dan minuman panas serta sejuk.Dah macam hitea kat 5 star hotel dah..
Alhamdulillah....kenyang perut suka hati

Tak sangka dapat jumpa semula dengan ex rakan sekerja yang dah lama tak jumpa..Fatah anak beranak..Lama betul tak jumpa.


Kam Mel anak beranak...


Ni adik adik intern ... geng bujang trang tang tang...hihihi



Kurang lebih 1 jam menjami selera..kami bergerak meninggalkan Forest Valley dalam hujan lebat.Kena balik awal kerana awal pagi esoknya 21 April dah nak kena bertolak ke KLIA...menantu dah nak fly balik Tawau...
Eh,baru ingat saya dah bermenantu..
Selalu lupa diri dah tua!🤣🤣🤣


4 comments:

  1. Wahhhh.. syoknya ada kawan have². Pn Pujah nak adik angkat tak???

    ReplyDelete
  2. seronoknya.. Alhamdulillah, rezeki orang have2 yang dikongsi.. semoga sentiasa berjaya yer org have have tu.. nti jemput kami sekali :D

    ReplyDelete
  3. wahhhhh bestnya open house mewah makanan :D

    ReplyDelete
  4. Puaslah meratah kambing golek ye Mama Cella... ada empat ekor tu!

    ReplyDelete