Sunday 10 December 2023

MEE KOLOK SEDAP KAT TEKAK SAYA ADA DI FOOD COURT KUBAH RIA

Saya salah sorang peminat Mee Kolok...Kali pertama makan mee kolok ketika kali pertama berkunjung ke Sarawak  dah hampir 20 tahun dulu.Kalau tak silap 2006..Memula makan kat Kampung Budaya..pastu dua tiga kali lagi makan area Pasar Satok..masa tu kan ada pasar malam & pasar minggu kat Satok sebelum depa dah pindahkan ke Kubah Ria..

Sekarang kat KL pun banyak dah restoran khas makanan Sarawak..Eh,bukan kat KL ja..baru ni balik hantar mak..saya baru perasan kat Pekan Tanah Merah@ Pendang pun dah ada kedai makan makanan Sarawak termasuk mee kolok ni .Ingat lepas ni kalau balik Kedah lagi nak try mee kolok dia..

Kunjungan ke Kuching kali ni..4 kali saya mencuba mee kolok di 3 kedai berbeza..

Hari pertama tiba,anak jantan tu tanya nak makan apa..saya terus cakap nak mee kolok.Dibawanya ke Kuabah Ria Foodcourt..

Mee kolok @ Kubah Ria Foodcourt...Sebenarnya saya tak pasti nama foodcourt tu..
Cuma yang saya tau ianya seberang jalan berhadapan Kubah Ria mengadap sungai ( taktau nama sungai yang luas tu)
Mee koloknya sedap sangat tapi saya plan nak mencuba dibeberapa tempat & nak simpan sini sebagai rujukan akan datamg.


Mee Kolok hari ke-2...untuk sarapan pagi.Ketika berlegar mencari tempat sarapan yang menarik,anak jantan tu mencadangkan sarapan di...alamak,apa ke nama tempat sarapan ni dah lupa..

Kolok Mee nya datang dalam keadaan putih berserta semangkuk kuah sup..
Juga sambal kicap cili pedas berasingan dalam botol...

Ni 1st time saya makan mee kolok putih...Yang biasa saya makan mee kolok dah siap berkicap..Cuma sup sahaja berasingan


Boleh tambah sambal kicap sendiri dan gaul sendiri...
Porsion banyak ..sampai nak gaul kicap pun payah...hihihi..
Rasanya masih sedap saya lebih suka mee kolok yang dah siap gaul kicap



Mee Kolok Ke -3
Minta 4 mangkuk mee kolok..Saya dan Cella pesan kolok biasa dan 2 mangkuk lagi anak jantan tu pesan kolok special.Katanya minta kolok special supaya dapat extra mee dan dagingnya..

Sekali yang datang....
Special tu maknanya tambahan seafood iaitu udang dan sotong ring..juga isi ayam rebus...
Laaaaa..jem la anak jantan tu..dia dah la tak makan seafood...


Mee Kolok ke-3 ni kami makan @ Medan Niaga Permaidani Kampung Boyan.
Memang mengadap Tebingan Sungai Kuching tu..



Nampak pula udang bakar kat gerai ikan bakar...sedap ni makan dengan mee kolok


Anak jantan tu pesankan 5 cucuk udang bakar ..
Setiap cucuk mengandungi 3-4 ekor udang yang bagi saya dah cukup besar tu...dan saya agak harganya mungkin secucuk tu dlm RM10..
Rupanya jauh lebih murah dari jangkaan saya...secucuk tu hanya RM4..!

Sampai tak habis makan..Sebabnya masa order udang ni...mee kolok special belum sampai..Bila mee kolok special sampai...Nah,ads udang & sotong lagi...makanya habiskan dulu sotong & udang dalam mee tu..Udang bakar hanya makan 2 cucuk..Lagi 3 cucuk bungkus bawa balik.

Dah cuba 3 tempat mee koloknya...Namun selera sudah terpaut pada mee kolok kat foodcourt depan Kubah Ria juga yang makan hari pertama tu..



.Mee Kolok ke 4
Ok ni Mee Kolok idaman saya ...Dah cakap sebelum balik semenanjung kena pi makan mee kolok tu lagi sekali..
Memandangka. hari pertama saya hanya  order mee kolok daging biasa...Kali ni saya minta  mee kolok special..Nak tengok apa beza dengan mee kolok special kat Kampung Boyan tu..





Rupanya mee kolok special kat sini specialnya pada sup..Kalau mee kolok biasa hanya dapat kuah sup..
Tapi mee kolok daging special ni dapat sup tulang..



Puas hati betul...
Dah la sedap...
Harga sangat sangat berbaloi..
Kalau kat KL @ tempat lain ni sup tulangnya sahaja dah RM10 tu...
Ni dangan mee kolok daging lagi..
Harha Mee Kolok Daging Special ni hanya RM8..
Masa saya makan mee kolok daging biasa harganya hanya RM6..
Maknanya sup tu dia charge RM2 sahaja ....Adakah penjualnya salah kira?
Ish...



Sebagai rujukan saya dan juga sesapa yang taste nya sama macam saya ....ni saya payungkan kedainya..
No 38..
Semoga mereka kekalkan rasa yang sedap dan harga yabg sangat berbaloi ni...


In shaa Allah kalau datang Kuching lagi....gerai ini pasti jadi kunjungan wajib



Makan sampai berpeluh...


Dah tu sambung ABC pula dari gerai minuman  no 36 tu...
Sedar-sedar...sata hanya snap gambar makanan saya saja ...
Yang lain sampai lupa nak snap..
Hihihi...



9 comments:

  1. Berbaloi dapat cuba macam-macam jenis mee kolok. Murah sangat pula harga sup tu ye.

    ReplyDelete
  2. Oh.. kedai sebelah hujung tu ye.. pernah rasanya mkn sekali tp anak² sy x suka mee kolok yg dh berkicap... suka yg putih je.. hehehe... ms ke kubah tu x naik jambatan tu ke kak?

    ReplyDelete
  3. Macam tak ada plan nak ke Kuching lagi tapi jika Mak Ngah ke JB, boleh cuba Mee Kolok di Hutan Bandar JB atau Mee Kolok di Eleven Kitchen, Kebun Teh.

    ReplyDelete
  4. tengok pun dah tahu sedap kan kak, lagi la buat pencinta mee ni kan

    ReplyDelete
  5. saya belum pernah makan mee kolok..nak jjcm ke Kuching pun ntah bila hehe

    ReplyDelete
  6. Kak lin pun suka mee kolok.. tp sllu ulang2 mkn kat Dayang Sarawak ni je.. kat putrajaya.. 🤭

    ReplyDelete
  7. rasa macam pernah makan kat sini makan attend wedding kawan office. familiar betul nama tempat ni

    ReplyDelete
  8. Mee kolok SA suka yang kat Sarawak tu je...tempat lain SAa cuba blom ada yang kena ngan selera...selalu gak cuba..

    ReplyDelete
  9. Haduuuuh kaaaak, terbayang sedapnya mee Kolok ini 🤤🤤. Saya dah ada plan nak eksplor Sabah serawak, harap2 bisa tahun depan lah. Penasaran sangat. Selama ini kalo ke Malaysia, pasti semenanjung saja yang saya visit. Belum pernah sampai Sabah Serawak.

    ReplyDelete