Wednesday 19 July 2023

SABTU SARAPAN @ THIS IS NASI KERABU,AHAD SARAPAN @ MEDAN SELERA BANDAR TUN RAZAK

Cerita 2 minggu lepas....Ajak mak,Pakcik,Achik dan Aqil sarapan kat luar.Sepanjang 4hari 3 malam depa di KL saya hanya masak sekali ja hari Khamis 6 Julai tu.Itupun masak rendang ayam & nasi impit ja untuk bawa ke penginapan.Adah sewa 1 unit kondo tak jauh dari Masjid Wilayah.Ini  untuk kami semua berkumpul untuk memudahkan dapat bergerak serentak ke Masjid Wilayah pada 7.7 tu.Habis majlis 7.7 Achik & Pakcik stay kat hotel 2 malam.Kasi pengantin lama honeymoon..hihihihi..

Pengantin baru  kita belanja la depa tidur hotel kat erea KL ni sebab esoknya tu depa nak gi honeymoon @ Cameron Higland sebelum kembali bekerja.

Lepas solat Jumaat,Haikal balik Ipoh by bus.Aqil dengan mak ikut balik rumah saya.Aqil lebih rela tidur rumah saya sebab anak jantan tu dah umpankan dia dengan PS4..🤣


Petang tu saya ajak mak,Achik semua pi Bangi Gateway Flea Market untuk tapaw makan malam..
Achik & Pakcik memang kalau datang KL akan meronda Bangi.Tempat jatuh lagi dikenang kan..
Bangi tu tempat Achik study @ UKM  & lepas kawin depa tinggal di Bangi hingga Haikal lahir.Depa nak mengimbau nostalgia la....hihihi


Esoknya saya ajak sarapan.Saya bagi beberapa cadangan & akhirnya Achik deside nak ke  This Is Nasi Kerabu @ Teras Jernang,Bangi.


Sayangnya dek banyak bersembang,lupa nak snap pic makan kat sini..hihihi
Saya ajak makan kat sini sebab dah pernah datang SARAPAN @ THIS IS NASI KERABU bersama Adah & anak jantan nan sorang tu.Kemudia saya pernah datang lagi BAWA CELLA SARAPAN @ THIS IS NASI KERABU.Ada juga saya datang lagi beberapa kali tapi tak dirakan gambar..
Sama kes macam datang kali ini la...hihihi..

Seharian dari pagi membawa ke maghrib saya dan emak mengekor Achik dan Pakcik menziarah adik beradik Pakcik yang memang semua tinggal kat Lembah Klang ni.


Ahad pagi,sebelum bertolak balik Kedah,Achik dan Pakcik menuhi selera mak nak sarapan lontong @ Medan Selera Bandar Tun Razak.Dari hari Jumaat mak dah sebut,sebelum balik Kedah,bawalah dia makan lontong kat Bandar Tun Razak.Dia teringat-ingat kesedapan lontong  di situ.Tiap kali datang KL memang mak request nak makan lontong kat situ dari medan selera lama tu hinggalah medan selera tu dah berubah wajah.Dari parking percuma hingga sekarang dah berbayar🤭


Mak hanya nak lontong kat gerai yang selalu mak makan .Gerai yang jual aneka sarapan sedap.Lontong,soto,bakso,roti bakar,ubi rebus,pulut kuning,lempeng dll.Tapi mak hanya nak lontong.


Suka betul mak dapat makan lontong idaman..Semangkuk pakai buang tu harganya RM7


Achik makan lontong juga taoi order daei gerai lain..Gerai Lontong Johor namanya.Yang ni hidang dalam pinggan..hihihi
Pun RM7


Pakcik pilih Mee Kari..RM7


Saya pilih Bakso..RM7 juga Gerai yang sama dengan lontong mak dan mee kari Pakcik.


Tapi lepas tu saya nampak nasi lemak bungkus kat gerai lain .
Saya jadi tamak...Saya amik nasi lemak bungkus daun pisang + sambal tempe.Kemudian nampak sambal paru.Ada hati nak ambil sambal paru pulak.Tapi mengenang dah amik tempe,saya taj jadi amik.


Achik nampak mata saya jeling sambal paru.Senyap- senyap Achik order sepiring sambal paru bawa ke meja
..huhuhu


Aqil nak order sendiri..Meronda keliling medan selera.Akhirnya megi goreng yang dipesannnya🤭
Tapi dah bawa ke meja dia merungut..
Katanya .."Megi ni langsung tak sama dengan gambar yang saya tengok  kat gerai tu.."🤣
Dah tentu gambar cantik menggoda..Dapatnya memang mee indome + tauge ja🤭

14 comments:

  1. alahai kesian Aqil kena scam...baik suruh makngah je masak megi goreng dah tentu2 menarik&sedap..acik yang sentiasa memahami isi hati kakaknya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kalau makngah masak megi goreng rasanya makngah yang makan banyak dari Aqil🤣

      Delete
  2. Achik pandai baca perasaan orang rupanya. Kuat telepatinya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...
      Selalu kakak pandai baca perasaan adik...ni dah terbalik...kakak ni selalu perasan jadi adik🙈

      Delete
  3. Seronok hati mak dapat makan lontong idaman ☺️
    Ala, sian Aqil :( minta la Makngah buatkan, Makngah Aqil tu handal bersilat di dapur :D

    ReplyDelete
  4. Oooo Bangi Gateway ada flea market.. Next time boleh pergi..
    LZ pun suka makan sarapan di luar.. Menu pun nampak sedap semuanya..

    ReplyDelete
  5. Ya..ada dekat sahaja dengan bulatan dekat Tol Bangi tu..
    Best juga makanan dia..setiap hari pukul 4 petang hingga malam..Better pergi selepas pukul 6 la baru syok dah banyak makanan

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Mana lagi sedap, lontong maknke lontong achik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan perangkap ni🤣🤣🤣
      Nak jawab...saya kena pi makan dua2 jenia tu serentak dulu la..
      weekend ja sempat sarapan luar

      Delete
  8. Kesiannya Aqil...seronoknya ada mak sekali sarapan...Bnagi memang banyak port makan kan...

    ReplyDelete