Tuesday 3 January 2023

BEKAL NASI LAUK SARDIN NGAN TELUR JER!

 Assalamulaikum..dah sarapan ke semua?Saya sarapan roti bakar ja deengan teloq ghebuih ja.


Bekal macam bekal orang bujang saja hari ni..

Masak sambal sardin + kentang.Guna 1 tin sardin yang sedang - sedang tin pendek tu elok-elok ada 3 ketoi ikan..boleh la sorang seketoi.Nasib baik tak guna saedin tin kecik tu.Kalau tin kecik  biasanya  ada 2 ketoi saja ikannya..Kalau tin kecik biasanya saya akan buat telur mata @ telur rebus masuk sekali dalam sambal.Tapi kalau makan kat rumah buat tin kecik saja sebab biasa pakat makan sambal saja..ikannya biasa jadi rencah nasi goreng.Ni boh jugak la ikan sorang seketoi.Kang kalau letak sambal saja macam sedih sangat aih...!..hihihi..Campak cili padi hijau sebatang dua buat penyeri dan sapa nak extra pedas,sila kunyah cili padi tu.Biasa lauk pauk saya akan ditaburi bunga rampai daun sup.Tapi seminggu dua ni daun sup kemain mahal.Sekilo rm30.Memang la tak beli sekilo tapi beli runcit lagi la terkesan.Sepokok daun sup yang sebelum ni singgit sekarang dah 5 ringgit..Uish dah harga 1 tin sardin cap ayam dah tu.So,seminggu dua ni tak beli daun sup..hihihihi


Goreng telur dadar ja sorang sebiji.
Tapi saya bawa juga 3 biji telur rebus buat makan dengan roti bakar sarapan..Bukan la makan 3 biji tu..tapi makan sebiji saja...lagi 2 taktau jadi rezeki siapa..

Macam bekal orang bujang saja kan..

Pakat bawa bekal
Pisang berangam tu kontot tak macam pisang berangan.Dah macam pisang emas saja dah.

9 comments:

  1. Kena amek aura ni. Sy kalau masak sardin, mahu tiga hari berturut bawa bekal sardin sebab sy sorang ja makan.

    ReplyDelete
  2. aah kak saya perasan masakan lauk akak memang nampak berseri dgn taburan daun sup tu
    bekal kayangan ni kak sardin dan telur hihi

    ReplyDelete
  3. Pagi tadi sarapan roti canai leftover semalam šŸ¤£. Nak buang sayang. Elok lagi. Panaskan semula, lembut dan sedap lagi.
    Kalau buat sambal sardin syok uii. Makan dengan nasi boleh, roti boleh, lempeng pun boleh.

    ReplyDelete
  4. sedap dah ni menu nya kak, janji kenyang ni. Dana daun sup tepi rumah pun tgh tak menjadi pokoknya masih kontot daunnya

    ReplyDelete
  5. Lauk macam ni buat telioq MC ooi ...
    Bawak bekal lagi ni jimat banyak kan; duit, masa, tenaga...

    ReplyDelete
  6. Lauk macam ni la buat makan bertambah tau....

    ReplyDelete
  7. Kalau lauk sardin mmg mst gu dgn telor dadar... mmg mantappp

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan.. Done follow sini..
    Saya pun kalau makan sardin mesti nak ada telur dadar.. Barulah ngam..

    ReplyDelete