Thursday 10 November 2022

AYAM BERLADO YANG MUDAH DAN SEDAP..CUKUP SATU LAUK SAHAJA,MAKAN MENAMBAH

Dah lama dapur tak berasap...

Baru mula berasap semula dengan 

BUBUR NASI 

 Ni menu kedua saya masak selepas mak balik..Bekal anak bujang tu pun asyik ulang wrap filling nugget,salad dan mayo sahaja..nampak naw malas...hihihi


Eh,sebenarnya ni masak menu pertama sebelum bubur nasi tu sebab ni saya masak hari Ahad  weekend baru ni.


Berasap lagi lauk Ayam Berlada ni..

Nak buat pun tak susah..Boleh guna lada/cili hijau  untuk jadikan sambal ijo..

Boleh guna cili merah untuk yang taknak pedas..

Saya lebih suka guna cili padi merah Bangladesh tu kerana nak extra pedas.Cili padi biasa pun boleh..Ikut selera dan ikut pedas yang dikehendaki.

Untuk resipi ni saya guna  dalam 10 ketul ayam goreng..

Kalau guna ikan goreng pun sedap ja..

Jika ada baki ayam goreng atau ikan goreng pun boleh ja recycle..


AYAM BERLADO 

10 ketul ayam(gaul garam kunyit dan goreng)

Minyak,garam & gula.

Daun limau purut(jika suka)


Bahan Blend:

2 genggam cili padi merah Bangladesh( boleh ganti cili jenis lain)

1 bawang besar.

1 labu bawang putih.

1 biji tomato masak.


1. Goreng ayam hingga masak.Tak perlu terlalu garing.


2. Goreng semua cili dan bawang-bawangan  hingga masak.Blend kasar-kasar jangan terlalu halus.Jika tomato sudah berair tak perlu tambah air untuk blend.

3. Tumis bahan blend kasar tadi dalam minyak yang sama.Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tak payah masak lama sebab semua bahan dah masak...

4. Kalau guna daun limau purut masukkan sekali..

5. Sesuaikan rasa..


Satu lauk ni saja dengan nasi putih panas-panas..

Nak lagi bernutrisi...+ ulam kobis mentah @ ulam raja ..
Cukup untuk puaskan anak tekak baginyang cintakan nasi...hihihi 

15 comments:

  1. Fuh mesti pedas amat ni, guna cili padi. Tapi yang pedas tulah jadi menambah-nambah nasi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...lidah dah tebal..tu yg kena cili padi merah🤭🤣

      Delete
  2. Aduhhh..kat sini hujan lebat ni. Lapo nengok sambal ayam.
    Ulam kobis mentah tu kite pun suka. Rangup dan manis. Ermmm..sedapnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Jaja..
      ngam ja makan ngan kobis mentah yang rangup manis

      Delete
  3. 2 genggam cili bangla? uih pedas tu kak oi... tapi memang nampak sedap menu akak ni. Ada daun limau purut lagi mantap bau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Ada tips dia nak kurangkan pedas tu Dana...Goreng dulu semua cili baru blend..in shaa Allah tak la pedas yang menggigit lidah tu..hihihj

      Delete
  4. saya semalam masak ikan patin berlado tapi cili api bangla 5biji je pun dah rasa berdesing telinga kami org pantai timur tak tahan pedas
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak kurangkan pedas yang tajam tu..goreng dulu semua cili padi baru diblend kasar.
      Tapi kalau nak pedas berapi..blend cili mentah..hihihi

      Delete
  5. Lauk macam ni memang tak nak lauk lain dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Lagi-lagi pentang..lauk berkuah..Nanti dia kacau feel berlado ni..hihihi

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah...
      Bagi pecinta pedas..ini la antara killer nya...hihihi

      Delete
  7. Orang kata, sesiapa yang suka makan pedas memang bagus untuk cuci perut. Maklumlah kadar metabolisme jadi tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      saya percaya pendapat ni..sebab saya nak makan pedas🤭

      Delete
  8. Lauk sodap ni mama cella. Confirm berselera makan. Kalau saya masak tak boleh letak daun limau purut. Dilarang keras. hihi...

    ReplyDelete