Saturday 21 October 2017

RESIPI ASAM REBUS GUNA REMPAH KARI

Asam Rebus Ikan Guna Rempah Kari
Lauk yang mak aku masak masa aku demam hari tu
Tengok lah pic pun hanya ada baki yang aku makan sahaja..
Sebenarnya ada beberapa kali nenek masak sepanjang singgu nenek datang
Nenek masak Sambal Petai..Udang Goreng bagai Tapi sebab aku demam...nak tengok makanan tunpun x lalu...x selera...
Apa lagi nak snap pic...
Takkan nak suruh nenek snap..
Nanti kang nenek ter selfie lak...
Hahahaha...


Lauk Asam Rebus ni mak aku yang masakkan untuk aku..
Lauk untuk lunch aku hari Ahad....sehari sebelum gi konvo kakak tu
Mak aku soh aku makan nasi sambil hirup kuah ni sebelum makan ubat
Mungkin sebab semangat nak gi konvo kakak tu..
Aku dapat habiskan sesenduk nasi dan semangkuk kecik kuah ni..
Terus berpeluh..
Nasib baik esoknya tu rasa badan segar sikit dan dapatlah berposing masa konvo kakak.
Tapi sampai sekarang aku masih terasa- rasa sedapnya kuah asam rebus yang masam,masin dan manis tu..

Mak aku cakap ni resipi sempoi yang nenek selalu masak masa dolu- dolu.
Mak aku cakap nenek x ajar pun ..tapi maknaku cakap sebab selalu tengok nenek masak camtu ...& mak aku tiru
Nenek kata Asam Rebus Guna Rempah Kari ni lebih sesuai guna ikan sungai atau ikan air tawar..
Contohnya Ikan Lampam..Ikan Haruan..Ikan Keli...Ikan Puyu bagai
Dolu- dolu nenek masak Asam Rebus Rempah Kari ni sebab nak " Shortcut"
Nenek kata kalau musim menanam padi atau menuai padi ikan sawah memang banyak..
Ikan -ikan tu nenek tangkap atau arwah atuk yang tahan lukah..
Waktu lunch nenek kata kena masak cepat- cepat sebab lepas lunch kena sambung kerja- kerja2 menanam atau menuai padi..
So...sebab nak cepat ..nenek hanya guna rempah kari yang dialter sebagai shortcut untuk masak Asam Rebus..
Hahaha...kreatifkan nenekku..!
Yang pasti...walaupun shortcut..
Tapi rasa dia ...
Mmmm...marveles!!!

ASAM REBUS REMPAH KARI
2 ekor ikan kembung @ apa sahaja jenis ikan
1 ketul kecil keledek manis- potong
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 tangkai daun kesum
3 cawan air

Bahan tumbuk:
1 sudu serbuk kari
2 bawang merah
1 bawang putih
¼ sudu teh belacan

1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama air.
2. Masukkan juga keledek dan garam.
3. Masak sampai mendidih dan keledek empuk baru dimasukkan asam keping
4. Masukkan juga ikan dan daun kesum
5. Masak lagi hingga mendidih dan ikan masak. Cara menentukan ikan masak ialah akan nampak mata ikan terjojol
6. Sesuaikan rasa masam,masin dan manis dari keledek supaya seimbang..

No comments:

Post a Comment