Sunday, 4 May 2025

BUAT SEKAYA LABU: DAH BERKALI CUBA BARU MENJADI

Sekaya Labu atau kalau kat Thailand depa sebut "pakthong sangkaya" antara dessert yang saya suka .

Gandingan kastad telur yang manis berlemak digandingkan dengan labu lemak kuning ni memang sedap sangat.

Sebenarnya ni entah percubaan yang kali ke berapa dalam hidup.Sebelum sebelum ni buat asyik tak menjadi bilamada kastadnya tidak mahu membeku sepenuhnya.
Pernah cuba campurkan dengan tepung kastad & tepung jagung tapi tak memenuhi standard.

Hinggalah pernah tengok dan dapat tips dari youtuber Thailand..Katanya kena guna telur itik + telur ayam 
Kalau guna telur ayam sahaja tak akan membeku cantik kerana telur ayam agak cair Kalau guna telur itik sepenuhnya tekstur agak keras dan muak nak makan.So,saya mencuba.


Alhamdulillah menjadi la pada saya.Walau tak 100% macam kat Thailand tapi saya sangat puas hati...

Yang nak cuba boleh tengok video kat youtube channel saya SEROJA PUTIH


Untuk video  KASTAD LABU ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Monday, 28 April 2025

TEH KURMA

Sejak balik dari kampung lepas raya memang rasa kesihatan sedikit terganggu.Bila makan rasa nak muntah tapi tak muntah.Dua hari weekend ni langsung tak jejak bumi.Lima jemputan open house pun tak dapat hadiri.Hanya berkurung dalam rumah & banyak berbaring sahaja.Makan pun tak selera.Dua hari ni hanya makan keledek rebus dan telur rebus sahaja.Tak rasa nak makan nasi.

Balik kerja hari Jumaat,masuk rumah..hinggalah pagi ni Isnin..baru keluar dari pintu rumah untuk pi kerja 

Berat susut jugak la 5kg Tapi Alhamdulillah takda la rasa lemah badan..Agaknya bekalan lemak yang tersimpan digunakan sepenuhnya🀣.Mungkin juga kerana banyak minum air.



Antara air yang banyak saya minum ialah Teh Kurma ni..
Minuman ni sebenarnya saya buat setiap hari sepanjang Adah dalam pantang tahun lepas.Setiap pagi sebelum gi kerja,siap marinate ayam atau ikan untuk Adah lunch.Nanti dia tanak nasi & masuk ikan/ayam dalam  air fryer.Minuman pula setiap hari saya rebus ½ periuk teh kurma ni untuk Adah.

Beberapa hari ni merebus teh kurma ni untuk diri sendiri.Lwpas minum akan berpeluh. Selain babyak khasiat...teh ini juga harum dan sedap pada deria rasa saya.Nak buat pun tak susah..Boleh rujuk youtube channel saya SEROJA PUTIH


Untuk video  TEH KURMA ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Sunday, 27 April 2025

DAGING 4KG RM100 : BAKAR DAGING HARIMAU MENANGIS

 Kat Pendang memang daging local murah ...4kg hanya RM100.

Tapi kalau beli sekilo sahaja harga lebih sikit dalam RM28- RM30

Cuma masa raya hari tu depa jual 3kg RM100..pun kira masih murah sangat kan....


Dua hari lepas ada call mak borak-borak..Mak kata Achik beli perut lembu.Kata mak sekarang penjual daging dah letak syarat baru...Masih lagi 4kg RM100 tapi syaratnya kena pilih 3kg daging & kena 1kg lagi kena pilih sama ada tulang  ataupun organ lembu..macam paru ke..hati ke..perut ke camtu la..

Pada saya ...pun masih murah banget kan ..


Ni cerita balik kampung sebelum puasa hari tu...

Mak belanja daging RM100...untuk bakar-bakat . Kebetulan masa pi beli ada daging bahagian Harimau Menangis...Terus la grab...


Daging Harimau Menangis ni sedap sebab ada lemak pejal yang warna kuning tu.Lemak yang yang kita boleh masak & dia lembut tapi tak cair..Bukan lemak putih yang melekat kat tangan & mulut tu..

Untuk tengok kami beli daging & bakar-bakar ni boleh tonton video kat youtube channel saya SEROJA PUTIH



Untuk video  BAKAR DAGING HARIMAU MENANGIS CICAH AIR ASAM KICAP   tu  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/tWxZSlCK7Xo?si=xpd3KASfJ_JHUbdL