Monday, 25 March 2024

IFTAR @ DAPOQ CIKGU STEAMBOAT& GRILL BUFFET

 Salam Ramadhan 1445 dah melewati hari ke 14..

Semalam 13 Ramdhan kami tiga beranak beriftar @ Dapoq Cikgu Steamboat & Grill Buffet.
Anak jantan tu balik kerja petang semalam nampak saya dok mengadap sauna oven mengukis,dia offer nak belanja iftar kat luar.Saya tak mau..Lagipun tempat kerja pun ada buat majlis iftar ...saya malas pula nak gi kali ni..
Selalunya setiap tahun saya akan join majlis berbuka puasa tempat kerja..
Tapi ni dah anak jantan tu dok beria juga nak belanja iftar  steamboat & grill...Katanya dia dah booking & bayar deposit untuk steamboat kat Jalan Ipoh..

Sekali masa nak keluat,dia kata tak jadi lat Jalan Ipoh tu .Dia dah tukar ke  Dapoq Cikgu @ Putrajaya pula...

Cella kata dia dah tengok review sini memang ok..

Ni antara seafood yang ada..(pic FB DCS)


Dedaging...

Antara pilihan sos 


Tapi sebab terlalu ramai buat tempahan semalam( agaknya sbb dah gaji kot🤭) kami dapat meja di luar restoran....(kaki lima rumah kedai)
Mulanya macam tak syok la dapat kat luar...Tapi bila dah waktu berbuka,eh macam lebih baik la dapat kat luar kot sebab tak perlu bersesak kat dalam...

Budak budak 2 beradik ni amik dedaging banyak banyak siap siap sebab malas nak bersesak ulang alik topup 



Sayur sengaja amik sikit


Cuma sos sos dia kurang pekat nak banding kat beberapa restoran steamboat yang pernah kami cuba..
Tapi tekak lain lain kan...ni pandangan saya..


Dessert pun sengaja tak tamak..amik sikit ja..
Dalam gelas tu puding mangga
Hijau tu kek kastad pandan..sebelahnya kek coklat & dalam mangkuk tu puding roti.



Jom menyeteam & menggrill..
Sebenarnya anak jantan tu cakap dia belanja makan steamboat sini sebab dia tak puas hati  semalamnya tu ( Hari Sabtu) dia & group motor  konvoi pi makan steamboat @ Banting..Depa hampir 300 orang booking steamboat & grill tapi bila sampai sana,tengok daging,ikan,seafood bagai dah siap dipanggang ala bbq oleh pekerja  restoran tu..depa yang sampai reramai ni hanya boleh ber  steambot sesayuran ja.....frust tak boleh nak grill sendiri,..tak puas hati la..

Datang dari jauh jauh KL hingga ke Banting..tapi gitu pulak jadinya..Tapi orang lelaki kan...depa malas nak panjang cerita...pakat terima saja seadanya.Kalau kita hat pompuan ni..sampai raya pun masih ungkit🤣



Tu yang dia ajak makan steamboat lagi semalam..Dia kata nak feel bakar bakar sendiri baru syok makan..Alhamdulillah ,rezeki saya & Cella la...hihihi..
Kami makan tak lama pun...sebab memasing belum solat maghrib..Dalam pukul 8.10 macam tu kami dah beransur mencari stesen minyak untuk solat.Mungkin situ pun ada surau tapi kami yang taktau.,.sebab biasanya tempat macam ni ada mini mussola nya kan..

Dipendekkan cerita..kami terus balik sebab anak jantan ru nak ke Bukit Jalil pulak.Ada cabutan bertuah untuk pembeli 
 pakaian CHOII.....manalah tahu untung nasib terpilih setelah berbelanja rartusan ringgit pagi semalamnya..Tapi menjelang tengah malam anak jantan tu balik tangan kosong...hehe
Belum rezeki dia..rezeki orang lain berjumlah keseluruhan RM10k katanya....Dia rezeki beli baju ja la...🤭


Untuk info lanjut mengenai tempat Dapoq Cikgu ni  dan menunya serta review  boleh rujuk KAT SINI....

Sunday, 24 March 2024

MASAK LEMAK CILI API AYAM,AYAM GORENG,SAYUR BAYAM CINA & TEMBIKAI BLACK BEUTY

 Salam Ramdhan 1445 memasuki hari ke 13..


Ayam Masak Lemak Cili Padi...Semalam masak lauk untuk iftar.
Tak plan pun nak masak ni.Ingat nak masak mihun goreng ja untuk iftar sorang sebab anak jantan tu ada majlis berbuka puasa kat  Banting bersama geng motor dia.

Saya pulak dok mengukis dari lepas sahur hingga lewat petang.Sekali dah petang Cella balik..Masak jugak lah nasi & lauk  sikit..



Selalu nampak Suria Amanda dok bgtau Pak Zain buat MLCA hari hari..Eh rasa terliur pulak.Tapikalau MLCA ni mesti orang Ng 9 lagi pakar. .hihihi




Sayur Bayam Cina Tumis Bawang Putih.


Ayam Goreng Garing..Potong dadu kasar isi ayam..goreng garing


Tak buat kuih pun untuk iftar


Tembikai Black Beuty & Anggur Muscat


Ni ja lauk dan pencuci mulut untuk iftar 12 Ramadhan semalam 


KIRIMAN DARI LAHAD DATU- KOMEN BLOG AMIE'S LITTLE KITCHEN

 Hari Khamis nampak noti masuk kat phone kata ada parcel akan sampai sekejap lagi..Kita pula masih ditempat kerja..Sebelum tu adah ada call bgtau hari ni  2 parcel dia akan sampai.Dia beli baju raya tapi pos keKL

Bila balik amik parcel tu kat grill  pegang pegang rasa macam kain..Ingatkan baju raya Adah la.. Terus saya simpan atas katil dalam bilik Adah. Sekali dah waktu nak berbuka,Adah call bgtau parcel baju dia ada kat atas pintu...Staf J&T letak atas pintu.

Eh,tadi tu baju siapa?Baru terfikir nak tengok parcel siapa..Parcel Cella agaknya..


Eh,rupanya parcel dari Lahad Datu..Belum buka lagi dah terhidu bau wamgi macam kat kedai dobi..


Masyaa Allah ...
Banyaknya kiriman daripada Cikgu Amie...
Memang sebelum ni pernah baca Cikgu bagitau KIRIMAN HADIAH UNTUK TOP KOMENTOR dipoa pada hari Selasa.
Eh,hanya berselang sehari sahaja dah sampai..Laju betul GDex buat kerja..


Case bersulam dari Sarajevo...
Keychai negara Bosnia Herzegovina & magnet fridge Ohrid


Sekotak oleh oleh dari Turkeye  agaknya...kerana baklava antara tradmark Turkeye kan....

Nampak ja baklava terus terkam dan buka...

Sejujurnya masa Cikgu Amie tulis,antara negara yang beliau lawati ialah Turkeye




Walau suara garau dan paling tak suka dengar suara sendiri yang dirakam ...tapi up jugak



Kaftan ni la yang wangi hingga baunya menerobos keluar dari bungkusan..Hingga kini baunya masih kekal harum dan segar.Tak tau sama ada memang masa cikgu Amie beli memang bau harum  macam tu atau adakah Cikgu Amie basuh dan rendam pewangi sebelum pos?🤭
Saya sangat suka bau dia


Sejak PKP ,ni dah tak tau kalii keberapa dah ni bingkisan dari LD untuk saya..

Eh,kali ni pun masih tersenarai top komentor.Bukan apa..kalau ke blog cikgu Amie  saya suka kerana selain gambar gambar yang menarik...perkongsian jelajah dunia dan juga banyak info info menarik.Eh,tidak balik tangan kosong,ada sahaja idea Cikgu Amie nak berkongsi rezeki..Top komentor lah...teka destinasi percutian beliau dan juga teka berat buah mangga adalah antara cara Cikgu Amie berkongsi rezeki..
Kalau nak tahu semua tu ..jomlah  bertandang ke AMIE"S LITTLE KITCHEN