Tuesday, 25 July 2023

KUIH TARAJJU: PENGARUH YOUTUBE CHANEL DAILY TIKA & WEIXUN DI CHINA

Semalam petang saya masak Kuih Tarajju untuk iftar 


Harum aroma kuih ni masa digoreng buat saya tidak sabar untuk menanti azan maghrib.


Tambahan pula anak-anak saling berebut masa saya sedang menggoreng.Masing-masing baru balik kerja tengah lapar..
 Cella pun baru balik dari UPM katanya ada hal nak disiapkan kat sana..Depa kata sedapnya kuih ni..tak pernah makan pun sebelum ni..

Memang ini 1st time saya masak Kuih Tarajju ni..

Ini semua gara-gara tergoda dengan masakan salah seorang youtuber Indonesia yang berkahwin dengan warga China dan seterusnya menetap di sana.Sekarang beliau menjadikan jualan Kuih Tarajju sebagai salah satu cara menambah pendapatan selain dari menghasilkan konten youtube.Antara jualan yang mendapat sambutan  ialah Kuih Tarajju.
Saya juga salah seorang subscriber chanel DAILY TIKA & WEIXUN DI CHINA


Nak buat pun tak susah sangat pun.Nak kena ada rajin ja...Nasib baik la semalam petang tu ada kerajinannya..Bahan pun tak banyak.

KUIH TARAJJU
300 gm keledek oren
( saya guna 3 ketul)
3 sudu gula kabung 
2 sudu gula pasir ( jika suka lebih manis)
1 sudu teh garam halus
½ cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk goreng

Telung Celup:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
¹ sudu teh garam halus
Sikit air kapur( opsyen)
air  secukupnya

1. Kupas keledek dan hiris kepingan.Kukus hingga masak.


2. Masa panas,-panas lagi,lenyek keledek kukus hingga lumat dan tambah garam serta gula kabung.Gaul rata

3. Biar sejuk baru tambah tepung dan uli hingga boleh dibentuk.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan bebola sebesar bola ping pong dan leperkan.

5. Bancuh tepung celup seperti batter pisang goreng.

6. Panaskan minyak yang banyak.Celupkan kepingan adunan keledek dan goreng hingga garing sambil dibalik-balikkan.Toskan.



Kupas kulit ubi keledek hiris jadi kepingan supaya cepat empuk.
Kukus hingga lembut.Guna keledek oren agar warna lebih menarik dan rasa lebih sedap.Keledek madu atau keledek Jepun juga sangat sedap.


Lenyek ubi hingga lumat.Campur garam dan gula pasir@gula melaka.Saya guna gula apung yang manisnya tidak setajam gula pasir.


Gaul rata dan campur tepung gandum.Patutmya ada penggunaan tepung pulut juga tapi saya tiada stok jadi saya skip tepung pulut.Gaul hingga  hingga jadi doh lembut yang boleh dibentuk.



Bahagikan menjadi bebola sebesar bola ping pong.Leperkan.Celup dalam adunan tepung seperti  tepung pisang goreng.
Balik-balikkan  hingga garing kedua belah.Toskan.


Kuihnya seakan kuih kuih kasturi atau cucur kacang tapi versi keledek.


Kuihnya garing rangup di luar dan manis serta lunak dalamnya.

Kuih Tarajju bersama teh Obpanas memang gandingan mantap.



Lepas goreng Kuih Tarajju,saya masakkan juga kue teow goreng untuk iftar dan makan malam.

Sunday, 23 July 2023

HOT PANCAKE BY CELLA

 TTK dah start cuti sem.Malam tadi sebelum tidur dia dah cakap esok pagi weekend dia nak masak pancake untuk breakfast.Katanya dah lama craving homemade hot pancake.Dah banyak kali dia request tapi maknya dah tak serajin dan segigih  dulu.hihihihi

Ni dia kata dia nak buat sendiri..Hmmm...lagi bagus..

Bukan susah sangat pun.Bahan semua ada.Nak kena sediakan kerajinan saja..



Alhamdulillah,weekend hari ni breakfast dengan air tangan Cella.



Hot pancake with butter,honey & strawberrry jam.



ops...bertemankan teh O panas..


Entah kenapa kalau pancake & scone,macam kena gu dengan teh O berbanding kopi.Rasa macam lebih ngam.


TTK sedang beraksi di dapur .Baru perasan berlatarkan bunyi Radio Klasik....hihihi
Katanya kenapa pancake dia tak betul-betul bulat macam saya masak.
Haaa...sebabnya dulu saya dok masak guna pan kecik saiz 5 inci tu.Memang la bila tuang adunan jadi bulat elok sebab pan tu kecik comel.Tapi dah berbelas tahun pan tu dok guna,lapisan non stick dia dah tanggal-tanggal,maka pan kecik tu dah dibuang masa kemas-kemas dapur sebelum puasa hari tu...hihihi
So,sekarang guna la pan yang besar ni.Rasanya lagi senang nak handle

Masa nak siap bahan dia dok tanya juga nak letak apa lagi kalau buat pancake.Saya memang suruh tengok resipi sendiri..

Rujuk saja kat sini sebab dah ada step by step..


PANCAKE
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu gula
1/4 camt garam halus
1 cawan susu cair 
¼ cawan air (jika adunan terlalu kental)
2 biji telur
2 sudu butter


1. Ayam tepung dan baking powder.
** jika nak mudah,guna tepung kek dalam kotak tu( self raising flour) sebab dah siap campur baking powder.

2. Ramas2kan butter dengan tepung hingga jadi macam breadcrumb.

3. Bubuh gula,garam & gaul.

4.  Buat lubang pada tepung tu & pecahkan telur.

5. Tambah susu & kacau rata2..Kalau terlalu pekat tambah lagi sikit susu @ air biasa anggaran ¼ cawan lagi.(Ia bergantung kepada saiz telur.Jika telur kecik,perlu tambah air ni)

6. Panaskan pan kecil dan biar sederhana panas.( jangan terlalu panas)

7. Tuang sesenduk  batter ke dalam pan.Tutup pan supaya cepat masak

8. Bila nampak buih2 dipermukaan kuih pecah dan nampak permukaan kering menandakan kuih sudah masak.Balikkan permukaan atas ke bawah sekejap jika atasnya belum kering.Siap

**tips untyk dapatkan warna crust pancake yang cantik -- JANGAN sapu minyak @ butter pada pan.- Pan JANGAN terlalu panas



Dalam dok tengok resipi pun,bila jenguk nampak dia dah derhaka🤭

Saya biasa buat dan dah tulis dalam cara buat tu gaul ramas tepung dan butter sampai dah jadi breadcrumb baru masuk bahan kering seperti gula dan garam.

Tapi saya tengok dia belasah ja semua bahan,tepung,baking powder,garam  gula dan butter.Pastu takda nya dia nak guna tangan untuk gaul ramas.Dia belasah  lenyek-lenyek guna wisk & terus campur telur dan susu.Kata dia,kacau lama-lama bercampur juga semua tu.
Hmmm,short cut betul..



Nasib baik menjadi dan sedap...hihihi

AKHIRNYA BERJAYA HASILKAN TELUR GEDIK

 Nak buat telur ½ masak bagi orang lain mungkin sudah ABC,namun tidak bagi saya.Ada yang memang pandai agak masa rebus dan ada yang memang ada bekas rendam telur yang memang khas untuk telur ½ masak.Mungkin juga yang lain walau takda bekas tu tapi dah tahu petuanya..

Saya ni memang sokmo fail kalau buat telur ½ masak.Itu yang baru ni bila saya berjaya buat telur ½ masak,saya rasa macam nak lompat bintang..hihihihi


Saya bukan peminat telur ½ masak,sebaliknya saya lagu suka telur ¾ masak.Kalau anak jantan tu pulak saya tak pernah nampak dia order atau makan telur ½ masak.Adah pulak memang tak akan makan telur ½ masak.Telur rebus pun dia hanya makan putih dan yang kuning dia akan letak la mana-mana pinggan yang sudi .Selalunya pinggan saya la🤭


Haaa,kalau Cella,
Yes,dia memang peminat tegar telur ½ masak.Itupun kalau pi sarapan kat luar la.Kalau kat rumah rasanya dalam 10 percubaan ,jarang sekalipun perferc.Kadang jadi ¾ masak,kadang  putih relur  masih jernih,dah tak lalu nak makan.

Ni hari Rabu masa cuti Maal Hijrah,Cella tak request pun telur ½ masak ni,tapi saya yang excited nak cuba lagi berpndukan ilmu baharu 


Roti bakar bersama telur ½ masak dan secangkir kopi panas.



Itulah sarapan kami dua beranak pada pagi Rabu..1 Muharram 1445H


Excited bila saya berjaya hasilkan telur ½ masak dengan jayanya sama seperti yang kami SARAPAN @ KEDAI KOPI TEPIAN BANGI pada hari Sabtu



Saya ada tertonton kat youtube tentang buat telur ½ masak yang sempurna rapi dah lupa dari chanel mana.Yang saya ingat ialah

1. Sukat air 500 ml dan jerang hingga mendidih.

2. Sebaik sahaja mendidih,matikan api dan + 250ml air paip suhu bilik.

3. Terus masukkan 2 biji telur ayam suhu bilik(kalau telur dari peri ais sila keluarkan dari peti ais lebih awal supaya telur hilang sejuknya.
* Sebaiknya guna telur omega agar kuningnya cantik 

4.Rendam telur tersebut selama 15 minit..Mesti set alarm 15 minit supaya masa sharp.

5. Sebaik alarm 15 minit berbunyi,terus keluarkan telur dari air panas tadi dan segera rendam pula dalam air ais / air yang betul,-,betul sejuk untuk menghentikan proses masak telur tersebut.


Telur sedia dimakan selepas beberapa ketika.


Jom,tengok hasilnya..
Alhamdulillah,semua putih telur tu jadi putih dan tiada yang jernih.Telir pertama lagi perfect sebab putihnya yang lembut tu bersalut pada kuning telur.Telur kedua,Cella pecahkan,manakala telur ke 3 sampai hari ni masih misteri.Saya memang tak ingat langsung mana saya letak🤣
Mungkin masa nak basuh bekas tu saya dah tercampur dengan telur mentah atau mungkin saya dah terbuang telur tu..hihihi



Tambah kicap cair dan lada sulah
Kena la dengan roti bakar dan kopi panas


Saya beli roti putih untuk feel macam kopi tiam..


Roti putih yang lebih tebal sesuai untuk dipanggang.


Takmo masuk oven @ toaster tapi nak panggang kuali.Lepas sapu butter panggang hingga garing kedua belah roti.

Menikmati roti bakar bersama telur ½ masak serta kopi panas sambil menonton live  TV ...
Sambutan Maal Hijrah 1445