Tuesday, 27 December 2022

TTK NAK BUAT KOKTEL TAPI BUAH NAGA TAK ADA

TTK( bacanya Cella) dok sebut suruh buatkan

COCKTAIL BUAH NAGA

Tapi macam biasa la..buah naga ni kalau time kita tak ingin,bersepah jual tepi jalan.Time kita nak,keluar masuk kedai buah,pasaraya dan gerai tepi jalan..eh takda dia..Menyorok tang mana?


Sebab takda buah naga,maka tengahari semalam sebelum balik ke kolej ..tengok TTK dok  buat cocktail guna sumi dan nata de coco saja.Gigih dia pi kedai beli susu cair dan susu pekat sebab katanya nak minum puas-puas sebelum balik kolej.Dah kat sana nanti katanya dia dah tak minum air manis..hanya air kosong sebab nak jimat belanja makan..
Dok Trenganu 2 tahun katanya RM10 boleh makan 2x lunch & dinner.Nasi separuh & ikan @ ayam baru RM4..Makan 2x baru RM8..Baki RM2 boleh beli air manis Selalunya dia kata lunch @ dinner makan syawarma 1 roll RM5.Seminggu sekali @ weekend petang-petang tong-tong duit naik grab boleh gi jenjalan tepi pantai makan kepok lekor.Bajet sorang RM10 dah lepas tambang grab & makan 1 set shellout share ber4.Nak beli jajan keropok lekor singgit pun dah boleh beli.Makan kat kedai kalau student depa bagi special price!
Cuma sesekali nak balik memang 7-8 jam & pi balik  kos RM100++

Kat sini..memang kena ambil maklum la kan..RM10 hanya lepas nasi dan air sekali makan.Tengok juga la lauk apa...Maka dia kata memang sehari sekali saja makan.Lunch nasi  & 1 saja  lauk ayam @ ikan dapatlah RM6++.Memang tak akan ambil 2 lauk dan air pun air kosong supaya daripada RM10 tu masih ada baki.
No jalan-jalan lagi.Nak gerak sikit pun  ke kedai ½ km pun grab RM5.
Tapi bagusnya sini kalau nak ke kelas,klinik @ mana sahaja dalam UPM ni memang bas sentiasa ada dan banyak pulak tu.Yang penting percuma(ka dah kira dalam yuran?)
Kalau Adah dulu kat Puncak Alam,jenuh juga setiap hari nak ke kelas kena amik unicab.Memang sekali naik singgit saja.Tapi sehari pi balik dah RM2..Kalau tengahari balik,petang pi lagi..dah sehari RM4..
Seminggu?
Sebulan?
Tapi setiap minggu dia call suruh mak dia ambil kat kolej.Ahad mula liat tak mau balik.Esok Isnin pukul 4 pagi meredah Jalan Puncak Alam yang seram tu menghantar dia dan kejar masa nak hantar Cella pula kena sampai sekokah sblm 7.15.

Masa kat Segamat nun lagi la .Setiap Khamis dia naik bas balik KL.Sabtu petang  balik Segamat.Bas KKKL Segamat-KL-Segamat pula memang banyak kat TBS ni.Sejam 1 basa..!Macam KL Kajang ja kekdahnya.

Abang dia ja banyak makan jasa  Achik dan Pakcik la.Sejak hari pertama lepas SPM sampai la habis belajar kat kolej..memang Achik dan Pakchik yang berhabis tenaga,masa dan wang ringgit...!
Pakej dengan lesen motor dn kereta sekali Achik & Pakcik sponser..!
Hanya Allah yang mamou membalasnya..

Eh,kerja dah siap ke tu...dok membebel tu...hahaha!
Ala...taip sesikit ja...pic semua ni memang dah letak dalam draf setiap kali snap pic @ dapat pic dr anak-anak...hihihi

Ok  ni la pic by TTK semalam.Dia kata sedap bila buat sendiri.Cuma tak cukup bahan.
Hanya guna:
Sumi
Nata de coco
Biji selasih
Susu cair
Susu pekat
Air batu


Inilah hasilnya..
Depa 3 beradik dok pakat minum kat meja makan tu.
Saya dok kalut masak sambal kerang masa ni..Nak buat bekal TTK bawa balik kolej.

Ini la hasilnya...


JERING BERLADO vs IKAN PEKASAM GORENG

Lauk lunch semalam punya semalam..

JERING BERLADO
20 biji jering tua
1 genggam bilis bersih.
1 asam keping
Minyak,garam,gula

Bahan blend kasar:
5 cili merah
1 genggam cili padi merah( cili bangladesh)
1 bawang holland
5 bawang putih

1. Rebus jering hingga empuk.Belah dua dan setiap sebelah hiris tiga 

2. Goreng bilis hingga garing,ketepikan.

3.Goreng semua bahan blend hingga masak dan blend jangan terlalu halus.(seeloknya blend jangan guna air.Jika perlu -guna minyak)

4. Tumis bahan blend dan masukkan asam,garam dan secubit gula.

5. Masukkan jering,bilis dan gaul rata.Sesuaikan rasa.


Lauk macam ni sedap makan kering-kering jangan campur kuah lain.



Saya gorengkan ikan pekasam sahaja sebagai gu.

Tapi ni lauk saya sorang sebab yang lain tak makan jering.Depa saya masak lauk lain.Asam pedas ikan vs telur dadar untuk depa.

Monday, 26 December 2022

DOBI,LEMON SHOI & KISAH DUA "ORANG GILA"

 Semalam petang lepas Asar,anak dara 2 orang tu nak gi dobi pakaian.Kat rumah ni paip untuk mesin basuh rosak dan belum panggil plumber datang baiki.

Baju saya dan anak bujang tu saya basuh manual sahaja.


Depa anak dara nak gi dobi sebab depa kata ada dryer.Kat rumah takda dryer,nak kena basuh,jemur,lipat bagai.Lagipun kata depa kat dobi baru tu service lipat kain pun percuma..Mmm...yer lah,senang sungguh idup hangpa la ni...!

Saya ikut sekali sebab nak ke ATM..


Sementara menunggu kain dikerjakan,depa ajak minum kat restoran pakistan tak jauh dari pusat dobi tu .


Ni la minum yang depa maksudkan agaknya🤭🤣
Cella ngan Adah pesan megi goreng.Adah megi goreng kosong & Cella + telur mata..Saya tanya kari kambing tapi dah habis sebab restoran ni sejak PKP  memang buka lambat & tutup awal.Jadi,mereka memang masak lauk untuk breakfast & lunch sahaja.Petang hanya roti canai dan goreng-goreng sahaja.Malam pun tutup awal.


Dapat juga Cella minum Horlick ais...hihihi.
Suruh beli serbuk Horlick bawa balik kolej dia tak mau..Katanya dah 2,3 kali beli keras macam tu saja takdan nak bancuh.Dah la Horlick mahal,sayang terbuang.Dia kata kalau nak minum sesekali order kat kedai saja.Lagipun Horlick hanya sedap minum sesekali saja katanya...hihihi.Adah order Teh Tarik.

Saya tanya pekerja tu,lemon ada tak?
Katanya ada.Kalau 🍋 saya pantas teringat Cikgu Amie & Lemon Shoi.Saya pun berhasrat nak order Lemon 🍋 Shoi.Dalam kepala teringat Lemon Shoi..tapi mulut pulak tersebut Lemon Tea...Adah pun dengar saya order Lemon Tea..dia batalkan Teh Tarik dan turut order Lemon Tea.
Sekejapan sahaja minuman yang dipesan pun sampai,diikuti makanan..
Laaaaaa ....kenapa Lemon Tea...Masa ni baru teringat memang saya sebut Lemon Tea masa order.Aduhai...dalam kepala nak Lemon Shoi,tapi dah mulut sebut Lemon Tea,maka dapat la Lemon Tea...mmmm,balik rumah nanti lah buat Lemon Shoi...kikikiki!

Pic by Cella..
Tengah dok suap makanan dan menghirup minuman,tetiba datang seorang yang saya agak dia ada gangguan mental agaknya.Dia memakai pakaian bersih tapi dia menuju ke beberapa buah meja dan  mengira kerusi,meja,makanan sambil bercakap-cakap seorang diri.Pelanggan  meja tepi kami( 4 orang gadis) juga didatanginya,namun bila dia bertanya itu ini mereka hanya mengangguk2 dan dia berlalu ke meja lain pula.Pekerja rastoran ini yang berkopiah putih tu dengan sopan menghampiri lelaki tadi dan membawanya ke sudut restoran.Bagusnya,mereka tidak mengahalau tapi menyantuninya.Mungkin lelaki itu dilihat tidak membahayakan pelanggan dan mudah menurut arahan.

Ketika kami hampir selesai makan dan minum tiba-tiba datang pula seorang lelaki sekitar awal 40-an memaki hamun entah apa ke butir bijinya.Terkejut saya dibuatnya.Dia menarik kerusi dengan kasar dan duduk di meja berhampiran kami.Ketika itu pelanggan tidak ramai,hanya beberapa meja sahaja.Semua pelanggan lelaki kecuali meja kami.
Lelaki itu terus memekik dan menghamburkan kata-kata kesat entah kepada siapa.Ketika saya menoleh dia tepat memandang ke arah meja kami sambil mancarut.Bahasa carutannya sangat jelek,jijik ..sangat lucah dan menakutkan.Saya tidak tentu arah bila dia masih mencarut bahasa kotor yang sangat lucah hingga malu untuk mendengarnya.Segera saya ajak Adah dan Cella beredar.Cella terus masuk dalam restoran untuk bayat..Rasa nak  berjalan ke kereta pun tak daya nak angkat kaki kerana saya takut dan  cepat panic.Adah menarik tangan saya ke kereta.Saya bimbangkan Cella,tapi kata Adah jangan risau kerana pekerja restoran tu dan 3  pelanggan lelaki tepi meja kami tadi sedang mengawasi lelaki tersebut.
Dapat semua masuk dalam kereta terus suruh Adah lock pintu sebelum hidupkan enjin.Takut betul saya!
Nasib baik bertiga..Kalau saya seorang,rasanya terjelepuk kat situ dah.Kalau terlalu takut saya mudah diserang panic dan kebimbangan melampau hingga saya tak mampu nak fikir atau bertindak. 

Menurut Cella & Adah..rasanya macam orang yang ke-2 tu bukan gila tapi nampak macam berhalusinasi kerana berada  dibawah pengaruh 
" bahan terlarang" tu..

 Syukur,kami selamat & tak tahu lah apa kesudahan di restoran tu..
Kami terus ke pusat dobi...