Monday, 22 February 2021

NASI ALA AYAM PENYET


Semalam punya semalam punya semalam punya menu
Nasi Ala Ayam Penyet. Menu simple yang dijamin habis. Kalau kat rumah saya la
Dah agak lama tak masak macam ni 
Eh, rasa macam dah lama, tengok old post kali terakhir masak bulan November 2020.Lama la juga, dah lain tahun. Hihihi

Pinggan mak

Ayam Goreng Garing. 

Tempe goreng

Ulam pucuk selom

Sambal penyet
-20 cili padi merah
-5cili merah
-5 bawang putih
-1 biji tomato merah
-1/2 bawang besar
-1 sudu teh garam
-1 sudu makan gula melaka
-1 sudu teh pes asam jawa Adabi 
  (+1/4 cawan air) 
-3 sudu minyak

1. Panas minyak & goreng, cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang besar. Ketepikan. Tutup kuali kerana cili padi mudah meletus bila digoreng sebiji-sebiji. 
2. Dalam minyak yang sama goreng belacan. Angkat dan goreng pula buah tomato. Goreng tomato akhir sekali keranantomato berair & minyak mudah hitam
3. Masukkan semua bahan goreng+air asam jawa, garam & gula ikut halus atau kasar yang digemari. Sesuaikan rasa


Bekal anak bujang

Bekal saya & Cella, 


Sunday, 21 February 2021

UNGKEP AYAM PENCEN

 Eh, dah hari Ahad dah. Rasa macam baru lagi hari Ahad, dah Ahad semula dah. Minggu depan dah minggu akhir bulan Februari. 

Hari ni cuba masak ungkep. Jujurnya saya rasa macam tak pernah masak sebelum ni. Tapi masak ungkep ubi kayu pernah la. Sedap. Hari ni try ungkepkan ayam pencen pula. 


Pun sedap la. Tak muak. Tadi plan asal nak masak kari atau rendang. Tapi rasa macam dah selalu sangat mengari & merendang. Tengah mengungkep, tepat pukul 11 pagi mak call. Sembang kejap sahaja.Tapi sempatlah tambah air dua kali dalam ungkep tu. Hihihi, sejam kira paling pendek tu bersembang, 1 jam jugak. Kalau ada topik kadang sampai 2 jam pun tak sedar. Kadang melalut topiknya habis sekampung  dibawa berbual.. Hihihi. 


Habis bersembang, lauk pun dah kering pekat. Empuk elok dah. Siap dah. Nasib baik masa mak call dah siap masuk ayam dalam tumisan. 

Ayam pencen. Ayam tua. Ayam i sinar.. Hihihi.. Dibeli anak bujang awal pagi tadi. Minta tolong dia ke pasar beli ayam, kelapa & pisang. Pastu pesan kalau ada ayam pencen amik sekor. Alhamdulillah ada. Tengok ayam pencen ni teringat beberapa hari lepas ada kawan dari Sepang call. Katanya dia dah isi borang pencen awal. Walaupun umur belum 50,dia kata jiwanya dah jiwa pencen. Katanya dia dah isi kat borang tu sebab dia nak pencen awal ialah sudah tidak berminat untuk bekerja. Wow, jujur betul alasannnya. Tapi katanya itu yang sejujur dari hantinya. Katanya sejak dia bertukar tempat kerja semangatnya down & langsung hilang minat. Tambahan pula WFH membuat dia semakin stress. Apapun semoga Allah mudahkan urusannya & keptusan bersara awal adalah yang terbaik untuknya.Lagipun suaminya bergaji besar. Dia kawan baik saya masa sekolah menengah & banyak budinya kepada saya. Jika saya tiada komitmen harus juga setahun dua lagi saya juga nak mengikut jejak langkahnya. Tapi saya & dia berbeza rezeki.. 


Kalau beli ayam pencen, inilah yang saya cari dulu. Favourite saya ni walaupun ramai orang tak makan. Dulu zaman kanak-kanak mak tak kasi makan. Ni dah jadi mak, anak-anak pula tak makan. Rezeki la dapat makan tanpa berebut.. Kikikiki



Bahan nak blend. Cili padi merah, bawang besar, bawang putih, halia & kunyit

Mula nak guna serbuk ketumbar dan serbuk jintan ni. 

Sekali jumpa pula rempah ketumbar biji yang masih belum buka. Tengok rmtarikh packaging 20Disember 2020.Mmm baru beli sangat la ni. Terus gantikan serbuk ketumbar tu kepada ketumbar biji. Saya suka bau & rasa ketumbar. Kalau beki serondeng dari Kelantan saya akan pilih yang ada dicampur ketumbar biji yang disangai & dibiar sebiji-sebiji dalam serondeng tu. Sedap


UNGKEP AYAM PENCEN
1ekor ayam pencen
2 batang serai - ketuk
1 asam keping
1 sudu garam
1 sudu gula melaka
1/4 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili padi merah
1 bawang besar
1/2 labu bawang putih
1ketul halia
1 ketul kunyit
2 sudu rempah ketumbar biji
1 sudu jintan manis

1. Panaskan minyak & tumis serai ketuk. 
2. Masukkan bahan blend & biar mendidih
3. Masukkan ayam & masak hingga mendidih & ayam kecut. Tambah 2 cawan air & masak hingga ayam empuk. Ulang tambah 1/2 cawan air jika ayam belum lembut. 
4. Tambah asam keping, garam & gula. 
5. Masak dengan api perlahan hingga pekat &  naik minyak. 
6. Sesuaikan rasa




Nasib baik dah siap tumis

Dah siap masuk ayam ni. Tak lama pastu mak call.. Eloklah berbual sambil menunggu ayam empuk. Namapun ayam pencen, memang lama la nak empukkan. Tapi saya kurang gemar guna presure cooker(ayat sebenar malas nak keluarkan dan paling malas nak cuci & nak simpan balik) Hihihi

Don't Judge Book  By The Cover......


KURNIAAN YANG ALLAH REDHAI & TIDAK REDHA

 

✅ Sesungguhnya Allah mengurniakan harta kepada orang yang diredhaiNya dan juga kepada orang yang tidak diredhaiNya.

✅ Allah telah mengurniakan harta kepada orang yang tidak diredhaiNya iaitu Qarun dan DIA telah mengurniakan harta kepada orang yang diredhaiNya iaitu sayyiduna Uthman bin Affan r.a .

✅ Allah telah mengurniakan kerajaan kepada orang yang diredhaiNya iaitu Nabi Sulaiman a.s dan kepada orang yang tidak diredhaiNya iaitu Firaun .


✅ Tetapi ilmu dan al-hikmah , Allah tidak mengurniakan kedua duanya kecuali kepada orang yang diredhaiNya sahaja.


(Dr Muhammad Ratib An-Nabulsi).