Wednesday, 29 April 2020

SAMBAL ISI AYAM + KENTANG- PERINTAH KAWALAN PERFERAKAN-COVID 19 (DAY 42)RAMADHAN 2020

Puasa hari ke-4 juga selain Kari Kepala Ikan + Terung Telunjuk
Mak aku juga masak sambal ni

Sambal Isi Ayam + Kentang
Abang mana makan Kari Ikan
Kari abang makam, ikan tu yang abang x makan
So, mak aku biasanya akan  masak juga lauk lain kalau masak ikan
Sambal ni mak aku lata hanya guna isi ayam

SAMBAL ISI AYAM + KENTANG
2 keping dada ayam - dadu
2 biji kentang - dadu
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Minyak

Bahan Blend:
15 cili kering
1/2 bawang besar
2 bawang putih
1 batang serai

1. Gaul ayam dengan sedikit tepung pedas untuk rasa lebih sedap. Jika tiada gaul garam kunyit + 1 sudu tepung gandum
2. Goreng isi ayam tersebut hingga garing & kerepikan.
3. Goreng kentang dadu & ketepikan
4. Tinggalkan anggaran 1/4 cawan minyak & tumis bahan blend
5. Tambah garan, asam & gula & biar naik minyak
6. Masukkan ayam + kentang & gaul rata
7. Sesuaikan rasa


KARI KEPALA IKAN + TERUNG TELUNJUK - PERINTAH KAWALAN PERGERAKANGCOVID 19 (DAY 42)- RAMADHAN 2020

Puasa dah masuk 5 hari pada hari ke 42 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19.
Ni menu semalam
Rabu Ramadhan ke-4..

Mak aku masak lauk Kari Kelapa Ikan + Terung Telunjuk


Kari ni opkos ka fav mak aku..
Aku suka juga kalau bukan bulan puasa. Kalau hari biasa aku suka makan kari yabg pekat gaul, nasi.. Huh....
Tapi kalau masuk bulan puasa automatic mindset aku bertukar..
Aku kurang suka kari..
Taste jadi berubah
Sebab dah terbiasa
Bulan puasa biasanya mak aku akan masak special skit berbanding hari-hari lain
Kadang lauk sama jer dengan hari biasa yang bukan bulan puasa
Tapi rasa lain istimewanya..
Hahahaha.... Mindset la kannnnn



KARI KEPALA IKAN + TERUNG TELUNJUK
1/2 kepala salmon + isi -potong
2 pkt kecil(2sudu) rempah kari ikan
10 bijinterung telunjuk-belah dua tapi jangan putus
2 cawan santan cair
1 asam keping
1 sudu teh garam
4 sudu minyak
bahan tumis:
2 bawang putih diracik
2 bawang merah dihiris
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari
1. Panas minyak n tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.Tambah asam & garam
3. Biar naik minyak baru masukkan ikan
3. Masukkan santan biar mendidih dan ikan masak.Tambah terung & biar terung empuk
4. Sesuaikan  rasanya..

Tuesday, 28 April 2020

JUADAH IFTAR RAMADHAN 3 - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19

Juadah Iftar semalam..
Hari Ahad 26 April 2020
Hari ke-3 Ramadhan 1441
Bersamaan juga hari ke 40 Perintah Kawalan Pergerkan-Covid 19.

1. Nasi Impit
2. Rendang Ayam Pencen
3. Bubur Sum-sum
4. Teh 0 Lemon Panas


 1. NASI IMPIT...homemade



 2. RENDANG AYAM PENCEN ADA TELUR...



 3.  BUBUR SUM-SUM.....



 BUBUR SUM-SUM versi guna mold


4.TEH O LEMON PANAS

Selamat Berpuasa...
#Stay@home
#Staysafe