Saturday, 4 April 2026

RINDU MIHUN GORENG

 Kalau dah agak lama tak masak mihun goreng,dia macam ada rasa rindu kepada mihun goreng tu..hihihi.Kalau mi goreng atau kue teow goreng tak sekuat mihun goreng ni.Mihun goreng antara makanan yang saya suka sangat.


Mihun Goreng ni saya masak hari Khamis .Kebetulan saya dan auami Adah berpuasa.Merangkap juadah iftar dan makan malam.


Hanya goreng mihun dan pemanis mulut hanya buah tembikai.Mihun goreng berencahkan meatball dan udang..Sepinggan yang takda udang tu opkoslah pinggan anak jantan sorang tu yang tak makan seafood.Tapi masa goreng mihun sekali jalan je dengan meatball dan udang tu...hihihi




Tapi Adah ada belikan 2 pack  Popia. big  mac masa otw balik dari amb Sarah dari rumah pengasuh.



Buah tembikai musim panas ni sedap betul.Rasa lebih mani dan warna lebih gap.


7 comments:

  1. Cie pulak suka sikit2 je bihun ni. Kegemaran suami dan anak kedua. Anak sulung tak suka sangat. Sekali sekala makan sedap. Cie suka bihun singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mihun Singapore memang sedap kan...pedas pedas lada hitam tu yang sedap

      Delete
  2. Kita geng! Sy pun suka bihun goreng. Tak pernah jemu la makan bihun goreng

    ReplyDelete
  3. Saya pun peminat bihun goreng. Kejap lagi nak rendam bihun....nak goreng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah....sep sikit..
      ramai geng peminat mihun kan

      Delete
  4. Lama juga tak masuk bihun goreng kat rumah ni.. bila nak masak asyik tak sempat jer huhuu..

    ReplyDelete