Melihat padi yang sedang menguning menanti masa untuk dituai..Bukanlah seluas sawah padi di kampung....Tidak juga seluas kebun terung tu..tapi cukup untuk dijadikan bahan rujukan ilmu menanam padi. Masa saya tiba di Laman Padi tu,Bayu sedang menyembur air menghalau serangga perosak padi iaitu "kesing" yang bila kita oegang dia akan meninggalkan bau macam bau daun ketumbar...Kata Bayu,nanti kita "ketam" padi ni menggunakan "alat ketaman" yang dia akan buat...
Masyaaa Allah.....rasa nak lompat bintang bila Bayu kata dia akan buat alat ketaman padi..Maha suci Allah yang menggerakkan saya berhijrah ke tempat sekarang ...Sangat banyak hikmah yang Allah kurniakan...Benarlah apa yang kita fikir ...apa yang kita sebut itu mejadi doa....kan...
Berada di tempat kerja baru ini seakan membawa saya kembali ke kampung sebelum waktunya...Allah mengurniakan apa yang selalu saya sebut...apa yang selalu saya fikirkan ...apa yang selalu saya angan-angankan iaitu nakkan ketenagan dikelilingi kehijauan alam...bermakn dengan tanah dan tentang penanaman dan penternakan...
Hidup ni bukan sentiasa bahagia..Ada saja suka dan dukanya...gembira dan sedihnya..Namun kita higlight yang seronok-seronok sahaja...hihihi
Bila padi dah mula berisi beras keras...kesing dah tak boleh nak sengat dah sebab keras...Tapi time ni tikus dan burung pipit pula bermaharaja lela..Tikus akan menyerang waktu malam...Burung pipit pula aktif waktu siang...Bukan sekor dua dia datang...Dibawa ya habis sekampung anak beranak adik beradik dia memakan buah buah padi yang sedang menguning tu..Pandai pulak dia tahu ada buah padi sedang menguning tu...hihihi
Buah padi yang sedikit kuning dan masih ada warna hijau macam ni la yang mak saya swlalu ketam dan irik lalu disangai dan ditumbuk hingga kemek dan ditamoi buang kulitnya ..yang dinamakan emping..Tapinya daripada padi pulut la..Kalau padi biasa ( beras jawi) tidak sesuai kerana emping akan keras dan patah..Padi pulut masa belum matang bila disangai akan kenyal dan mudah pipih bila ditumbuk.
Bila buah padi menguning...daun daun padi juga turut kekuningan ,Mungkin memberi laluan nutrien kepada buah padi.







Ni kiranya tanam padi di Kuala Lumpur la ya. Hebatnya!!!
ReplyDeleteBetul...padi bandar 🤣
Deletewaaaah tak sabarnnya
ReplyDeleteTapi tu la...hari ini menyusur lagi..banyak dimakan burung & serangam tikus
DeleteLangit tidak selalu cerah.. mcm tu la hidup ni kan umi cella.. 😶🌫️
ReplyDeleteBetul kak Lin...ada ujian...ada rahmat
DeleteApa yang kita sebut² tu doakan MC... Mudah-mudahan DOA Sy Allah kabulkan juga. Teringin nak duduk di kampung :)
ReplyDeleteYa Allah...jika tinggal di kampung itu lebih baik untuk PH...maqbulkanlah doanya ya Allah🤲
DeleteHaaaa! Blog ni ada ada semula back link kat 'About Me'... Yeay!
ReplyDeleteItu tadi saya cuba komen guna laptop tu uncle...
DeleteGuna laptop kan kita boleh pisahkan ikut email...dia jadi elok...
Ni saya guna handphone ..dia kembali menging tak detect email namakucella...dia detect email personel.saya ..
Agaknya kena tukar handphone ke caner🤣
Betul Mama Cella. Kita highlight yang happy-happy saja, bak kata orang pura-pura bahagia.... ahaks! Semoga aura kebahagiaan sentiasa menempel dalam hidup kita.
ReplyDeleteBanyaknya nikmat anugerah Allah di bumi kita ini. Campak benih apa pun terus tumbuh, apalagi tanam padi di bandar.
Mama Cella selalu kata, kena selalu zikir apa yang kita hajatkan sebab semua itu doa. Saya pun dah mula zikir lepas pencen nak balik kampung, nak tanam pokok sikit-sikit keliling rumah, waktu pagi boleh cabut rumput dan siram pokok. Adalah sedikit senaman pagi buat keluar peluh sebab waktu tu umur pun sudah lanjut.
seronoknya dapat berhijrah ke kawasan bukan bandar. hari2 tengok suasana penuh kehijauan, jauh dari hiruk pikuk kota :)
ReplyDeleteEmping padi saya pernah makan sekali, mak member hidangkan. Nampak juga orang jual yang belum boleh makan, nak beli tapi tak reti nak sediakan. Padahal boleh je google 😁
ReplyDeleteIngat next time nak beli lah.