Sunday 23 September 2018

SAMBAL TERUNG PIPIT

Sambal Bilis Terung Pipit....
Bukan Sambal Kacang peas tau...
Jangan tertipu
Sebab aku pun kalau aku x tengok dari awal
Harus juga aku pun ingat ni Sambal Kacang Peas.
Hahahaha...memang macam peas pun kan

Sambal Bilis Terung Pipit
Mak aku masak hari Khamis
Untuk dinner petang
Hahaha...dinner tapi petang..camaner tu..
YTJT...
Heeee....

Sambal Bilis Terung Pipit
Mula aku tengok mak aku makan dengan penuh feel
Sambil mak aku citer dolu2 nenek sslalu masak sambal terung pipit ni campur sikitbjer bilis
Terungnya yang banyak
Sebab mak aku cakap dolu2 terung ni memang bersepah tumbuh liar kat kampung..
Nenek selalu masak sambal terung ni kalau ikan bilis hanya ada sikit..
So..mak aku cakap nenek tambah terung pipit ni nak bagi jadi banyak..
Kata mak aku dolu2 mak aku..achik semua memang x makan terung ni
So..ikan bilis yang sikit dalam sambal tu mak aku cakap mak aku ..achik dan pak njang akan makan
Nenek hanya akan makan kuah sambal dan terung pipit tu..
Mmmm...cian  nenek..
Mak aku cakap typical makw memang akan bagi anak2 makan yang terbaik dan mak2 hanya makan seadanya..
Tu kata mak aku..
Aku x tahu lah mak aku pun macamtu sebab mak aku makan jer bilis dan terung ni..
Sebab aku xnak
Hahahaha



Terung Pipit ni mak aku kata kalau kat kampung nenek dipanggil TERUNG BELANDA
Ada yang panggil Terung Pipit
Ada yang pangg Terung Berembang
Kalau di Indon mak aku cakap dipanggil TEKOKAK
Som..kalau jumap ada tulis Sambal Tekokak...tu Sambal Terung Pipit la tu



Ni la Terung Pipit
Beli kat Hero...
Dia tulis kat harga tu sekill rm16
Haaa....bukan la mak aku  beli sekilo
Beli 1 pack jer rm2


Ikan Bilis siap belah dan bersihkan
Terung Pipit dileraikan dari tangkainya

SAMBAL BILIS TERING PIPIT
1 cawan terung pipit
2 cawan ikan bilis bersih
1 asam keping
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 baaang besar hiris
1/4 cawan minyak

Bahan  Blend
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Panas minyak dan goreng bilis.angkat
2. Tumis bahan blend dlm minyak yang sama hingga naik minyak.
3. Masukkan terung pipit dan 1 cawan air.
Masak hingga mendidih dan terung menjadi empuk
4. Tambah asam keping,garam dan gula
5. Bila pekat masukkan ikan bilis dan sesuaikan rasa


Masa baru masukkan terung pipit warna hijau cerah


Bila dah empuk terung akan berubah warna menjadi sedikit gelap hijaunya


Asalnya aku hanya makan nasi dengan Telur Masak Kicap .
Mak aku masakkan Telur Masak Kicap Suhun untuk aku
Sebab mak aku cakap hanya orang tua yang suka Sambal Terung Pipit ni..
Orang muda x suka
Tapi sebab tengok mak aku makan macam sedap jer..
Aku try makan...
Mmm....
Eh, not bad la...
Aku boleh jer makan..
Makan gitu jer memang x beraoa sedap
Tapi bila  makan ngan nasi..
Ngam laaa.....sedap



Tapi dah mak aku masakkan Telur Masak Kicap dengan Suhun ni
Aku makan jer lah dua2 lauk tu..


Eh..3 lauk la
Sebab mak aku juga gorengkan Ikan Masin
Actually Ikan Talang Masam
Impot mai dr Kedah noooo...
Nenek bekalkan masak balik Raya Haji
Nasi panas2
Sambal Terung Pilit Bilis
Ikan Masin..
Sedap baq anggggg....!
Ok..bye

9 comments:

  1. salam,

    sedap la.. memamng dulu tumbuh meliar. sini jual dalam 150 gm kat kedai siam harganya equiv rm 12.00

    masa kecik.. masa duduk luar bandar.. kawan dengan budak budak anak jiran terdekat... dipotong buluh dan buluh dahan sebagai insert dalam buluh. kemudian masuk terung pipit sebiji dan buluh dahan yg slim as insert dan pushed forward. nanti keluar bunyi meletop.. pow...

    lepas tu tengok orang kampung petik buat sambal.. goreng, sambal goreng tabur atas ikan goreng. masaklemak, sambal goreng petai dan etc. lepas tu kat sini restaurant siam buat masak lemak putih campur sayur terung etc, atau goreng cili...

    http://animhosnan.blogspot.com/2016/08/terung-pipit-ulam-dan-sayur.html

    dan banyak lagi khasiatnya...

    " Mak aku cakap typical makw memang akan bagi anak2 makan yang terbaik dan mak2 hanya makan seadanya.. "

    see my earlier comment.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kalau nenek kiter dengar 150gm rm12...mau nenek kiter tanam banyak2 exsport kat sana..hahaha..
      Kiter cannot imagine permainan buluh tu tapi macam best jer....
      Heee.....kiter pun masih ingat comment sis nor pasal typical mak2 tu..heee

      Delete
  2. Walaupun akk ni org kg pure,tp dr lahir akk mmg x mkn terung pipit ni,buat la ape mskn pun,sbb rase dia mcm pedo2 payau kt lidah..ade x cara nk hilangkan rase pedo terung pipit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknkiter cakap rebus dulu hingga lembut baru masak sbal etc.. Kalau x masaknbetul-betul ada rasa pedar

      Delete
  3. Salam MCM mna yea nk hilangkan pahit terung pipit ni..😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Saya biasa masak terung ni dalam sambal hingga empuk lembut..
      Kalau mentah @ separuh masak saya tak jalan 🤭
      Cuba rebus dulu hingga benar-benar empuk baru dimasak..in sha Allah tak pahit..

      Delete
  4. selalu nak tergelak bila baca cara penulisan cella ni. hihii. dan maknya pula hebat betul memasak. dalam banyak2 blog memasak, kat blog ni selalu buat terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shushi atas komennya..
      Saya menyambung blog Cella
      Doakan Cella dimudahkan urusan belajarnya ya..

      Delete