Wednesday 26 September 2018

PASEMBUR MAMAK HAJI PENANG....

Dah bebrapa hari mak aku kata craving Pasemboq.
Pasemboq tu apa..?
Mak aku cakap psemboq tu macam yang Achik bawa gi beli kat Yan masa cuti hari tu
Yang mana..?
Mak aku cakap
PASEMBOQ VIRAL kat sini.....
Ooo....bukan ker yang tu ROJAK MAMAK..?
Mak aku cakap memang kat KL depa panggil Rojak Mamak
Tapi mak aku cakap orang utra panggil Pasembur a.k.a Pasemboq
Kalau kat Penang dan Kedah...
Pasemboq sangat popular.
Bezanya mak aku kata kalau kat Penang yang jual Pasemboq selalunya Mamak
Kalau kat Kedah mak aku kata yang jual pasemboq biasanya orang Melayu .
Selalu dijual di pasar malam,gerai makan dan restoran juga..
Mak aku cakap kalau kat Kedah popular PASEMBOQ KO'DIANG
Haaaa...actually Ko'diang tu nama tempat kat Kedah
Tapi setiap kali sebut Ko'diang...aku mesti tingat arwah Pak Yus Raja Lawak
Sebab kalau buat lawak Pak Yus mesti akan sebut Yaya Torey dan Ko'diang..
Al- Fatihah untuk arwah Pak Yus..
Mak aku kata kalau kat Penang plak...
Pasemboq menjadi salah satu makanan iconic di Padang Kota
Padang Kota tu mak aku cakap tempat di tepi laut dan bekas penunggalan bersejarah
Menjadi kubu pertahanan serangan dari laut
Ada lagi meriam peninggalan penjajah
Mak aku cakap dolu2 Padang Kota tu syurga makanan dan tumpuan pelancong
Antara makanan popular kat situ mak aku cakap Pasemboq versi mewah..
Versi mewah..?
Haa...mak aku cakap sebab pasemboq dia banyak bahan mewah macam ketam..udang ..sotong bagai..
Waaa....cam best la
Aku pernah pergi tak..?
Mak aku cakap sekarang tempat tu dah pindah dah..
Masai tepi laut..
Tapi mak aku kata dah x senostalgia Padang Kota
Aku pernah pergi ke tak...sebab rasanya aku x pernah lagi makan Pasemboq kat Penang
Mmm..mak aku cakap pernah lalu jer dan ronda2 tapi waktu siang
Mak aku cakap tempat macam tu kena petang dan malam baru happening..
Tapi mak aku kata selalunya kita lalu time siang sebab kalau time balik kampung
Bila teringin nak merasa naik feri..
Masuk jer ikut Penang
Tapi selalunya time ada abang sekali baru mak aku berani masuk Penang sebab abang memang terror jalan2 kat Penang
Abang kata masa abang duduk kat Kedah..
Kalau cuti ..bosan jer abang akan ride motor gi ronda2 kat Penang
Waaa.....seronoknya Penang
Aku baru beberapa kali jer gi Penang..
Tapi x pernah tidur kat sana pun..
Syyy....hari tu nampal dalam Family Group WhatsApp...
Nampak Achik ada cakap nanti cuti hujung tahun nak gi Penang..
Yeyyyy...
Tapi masa balik cuti hari tu Achik ada cakap suruh siapkan Passport sebab nanti hujung tahun nak gi somewhere
Heee.....
Dah lama x bercuti jauh...
Ops...nak citer pasal Pasemboq
Dah pusing2 ke lain plak
Ok...sambung pasai pasemboq no...
Heeee...dan2 kena tune lidah cakap utagha..!
Hahahaha

Hari Ahad mak aku gigih masak Pasemboq ni
Mak aku cakap sebab teringin nak makan dan teringat2 pasemboq yang Achik beli hari tu
Tapi bila dah nak download pic baru perasan xde satu pun pic yang siap ada kuah
Semua pasemboq yang belum campur kuah..
Laaaaa....camaner boleh jadi lagu tu..?
Haaa...kan dah terkeluar bahasa Kedah
Mmm...baru aku ingat...
Sebabnya mak aku buat Pasemboq tu pagi lagi
Sebab kakak nk bakkk kolej
Mak aku cakap kena hantar kakak tengahari..
Sebelum petang
Sebab patern cuaca sekarang ni ...
Asal petang jer hujan lebat
Mak aku cakap xmo terperangkap dalam hujan dan banjir kilat di di Shah Alam
So...lepas masak .
Isi bekal kakak..

Ni bekal Pasemboq yang kakak bawa balim kolej


Yang bekas petak besar tu untuk kakak bawa balik kolej
Mak aku letak banyak sebab mak aku suruh kakak makan ngan kawan2
Yang bekas panjang tu untuk bekal abang..
Tak tahulah abang makan sorang atau makan ngan kawan2...
Lupa nak tanya abang..
Tapi the ending of pasemboq yang kakak bawa tu jadi makan kami bertiga..
Kakak..mak aku...& aku..
Haaaa....kisahnya kerana...
Sampai saja kat kolej kakak.
Roomate kakak belum balik


Aku ngan mak aku naik hantar barang kat bilik kakak
Pastu mak aku cakap nak minta tolong kakak isi foam apa ntah sebab wifi bilik kakak laju..
Lambat giler nak isi foam tu .
Dari sampai kolej pukul 12.30
Sampai dekat pukul 2 belum siap
Perut semua dah lapar sebab aku lum makan..
Mak aku pun cakap dah lapar..
Sudahnya kakak tuangkan kuah pasemboq dalam bekas tu..
Isi dalam pinggan bagi kawan kakak yang bilik sebelah skit
Pastu selebihnya..
Aku ngan mak aku ngan kakak berkelah jer kat bilik kakak
Hahahaha....
Nasib baik mak aku juga bekalkan kakak Nasi dan Sambal Ikan Bilis untuk kakak makan ngan roomate kakak nanti..
Nikmatnya makan bila perut lapar
Sampai lupa juga nak snap pic pasemboq ni bergaul dengan kuah dia
Hahaha...


Seperiuk Kuah Pasemboq a.k.a Rojak Mamak..
Mak aku cakap kalau masakan mamak...
Mak aku prefer satu blog sorang mamak Penang..
Kata mak aku bama dia Mamak Haji..
Resipi di bawah ni Copy & Paste dari Blog Mamak Haji yang mak aku cakap tu
Bila aku explore rupanya banyak resipi dna tip makanan mamak dalam blog tu
Siap ada tips untuk yang nak berniaga lagi..
Banyak info yang dikongsikan..
Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepada beliau..
Untuk detail dan  resepi asal serta  info lain about maknan Mamak Penang..
boleh  tengok  dan baca catatan MAMAK HAJI kat sini

RESEPI KUAH PASSEMBUR:
  • 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada,  kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
  • 125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus. Di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong kering agak-agak se gumpal tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan agar guna udang. Udang terutamanya perasa udang terletak dikepala udang atau otaknya yang berwarma kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan buang yang berwarna kuning dikepala udang itu. Cara ini anda gunakan dalam semua masakan. Kalau ingin warna udang merah dan kepala udang sukar nak tanggal semasa masak, goreng dulu udang itu 1/4 masak. Bila buat udang masala atau kari udang atau sambal udang ia lebih menarik. Mamak haji syorkan udang kertas kerana kulit dan kepalanya lembut, mudah untuk kisar. Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.
  • 125gm.  kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan, lagi pun anda perlu goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm oklah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.
  • 10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam.  Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake.  kisar sekali dengan kacang tanah tadi.
  • 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
  • 2-3 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah  (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.
  • Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
  • Anda mesti rasa pelik bukan kenapa mamak haji goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak “oil free” ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.
  • Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pearna magic mamak.
  • Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. Sebenarnya passembur ini “salad” mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan. 

Sempoi jer cara mamak tu terangkan..
Aku yang baca terasa macam sedang bercakao dengan mamak tu .
Macamana rupa mamak tu..?
Mmmm...semoga Allah murahkan rezeki beliau kerana memang pasemboq ni sedap giler baq ang.....!!!!



Mamak kata blend sotong kering
Tapi mak aku kata boh seketoi2 sebab nak makan sotong tu sekali
Mmm...memang sedap sogonv kering tu sebab dah lembut..
Mak aku cakap dah rebus lama



Cucur untuk rojak
Mak aku kata ni Cucur Udang jer
Haaa...jangan x tau kalau Kedah..
Cucur Udang dimakan dengan Kuah Kacang
Aku suka...
Kat KL pun ada juga yang jual Cuvur Udang Cicah Kuah Kacang..
Kat erea rumah aku dulu ada 1 gerai memang jual Cucur Udang Panas2
Bila kita order..
Cucur dia baru digoreng
Makcik tu akan potong2
Campur dengan hirisan timun
Sikit tauhu goreng dan semangkuk Kuah Kacang
Pastu cucur udang tu makcik tu akan bagi plak lidi sate untuk cucuk cucur udang dan celup dalam kuah dan makannnnn...
Sedap yakmat weyyy...!!
Beberapa tahun lepas hampir setiap petang mak aku akan singgah gerai tu
Aku ngan mak aku akan makan Cucur Udang Kuah Kacang tu dengan Teh O Panas
Pastu mak aku akan bungkus plak Bihun Sup Utara Kuah Merah untuk bawa balik
Kadang bungkus Nasi Ayam Sedap
Kadang Laksa Kedah
Kadang Bungkus Moi
Haaa....Moi tu mean Bubur Nasi la
Orang Kedah cakap Moi..
Dulu aku pun x tahu
Tapi dah selalu makan gerai makcik tu aku dah tahu
TAPI.......
Itu semua tinggal kenangan
Dah hampir 3 tahun gerai tu hilang dari pandangan mata..
Hahaha....ayat puitis bajet seddey bau..!
Sebenarnya sejak 3 tahun lepas DBKL dah robohkan semua gerai sepanjang jalan depan kuaters  tu
Sekarang jalan tu dah cantik..bersih dan penuh pokok bunga hiasan dag
Gerai Makcik Kedah tu dah x tahu di mana dah..
Tak dapat la lagi makan Cucur Udang Kuah Kacang yang sedap tu..
Nasi Ayam dia yang ayam dia kuah kicap berkrim pun dah lama aku teringin
Tapi x tahu nak cari kat mana...
Sib baik juga cucur udang tu leh kuga la feel bila mak aku buat Passmboq ni




Krup Krap Kup Krap dia
Sedap wey...
Mak aku kata patutnya ada 1 jenis lagi Cucur Kelapa
Tapi mak aku x buat pun..
Mm...aku ingat Cucur Kelapa tu
Dia keras2 skit tapi lemak sedap
Sebab dulu juga ada beberapa kali mak aku bawa aku makan Rojak Pasemboq kat Restoran Khalifah kat LF tu
Restoran tu bersih sebab siap ada tampal sijil anugerah kebersihan lagi ke dinding restoran tu
Kat situ x boleh merokok...
Selesa la untuk nak makan xde lah bau asap rokok bagai
Orang pun x ramai sangat..so..selesa
Pelanggan yang masuk pun semua nampak skema jer..xdelah riuh renxah macam restoran mamak yang lain
Tapi sayang....
Tak lama lepas tu tengok restoran tu dah jafi Money Changers ..
Apa dah jadi...?
Mmmmm....hilang lagi 1 tempat makan yang sedap
Sedap pada we all la..
Huhuhuhu...



Kalau makan kat Penang ada Ketam Goreng Garing
Ni dah xdak ketam
Crab Stick pun boleh la



Teloq Ghebuih..
Hahaha...tu Kedah pekat tu
Tapi mak aku ngan Achik ngan nenek semua x cakap Teloq
Nenek semua tetap panggil Telo
Sebab nenek..Achik..mak aku semua memang x cakap bahasa Kedah Pekat tu
Orabg kampung nenk semua pun x cakap bahasa Kedah Pekat
Air tetap dipanggil AIR...x panggil AYAQ
Pergi dipanggil GI...x panggi PI
Hanya beberapa perkataan dicakap bahasa Kedah pekat contohnya AGAR2...memang dipanggil GAQ-GAQ..
Haaaa..bukan AGAQ- AGAQ
Tapi just gaq2 jer..!
Sebab mak aku kata memang dari dolu cakap macam tu kerana..
Nenek moyang dolu2 asalnya dari Patani
Memang cakap macam tu..
Mmmm...pasal telor rebus ni ada peristiwa busuk yang buat aku geli tekak sampai sekarang..
Kisah tu dah citer semalam dalam entri KAT SINI......


Ok...ni Sengkuang dan Timun
Bahan sayuran pun dicampur dalam Rojak Pasemboq ni


Timun dan Sengkuang diparut kasar
Tapi mak aku aku cakap better dipotong2 jejari nipis
Sebab kalau grated banyak jus dia keluar..
So...batter hiris


Haaa....dalam banyak2 ni ruoanya ada bender yang tertinggal
Patutnya ada tauhu goreng
Tapi mak aku cakap sebab terlupa maka xde tauhu goreng
Haaa....patut lah macam ada sesuatu yang xde
Mak aku cakap lupa nak goreng tauhu
Kakak dah beli tauhu tapi mak aku cakapnlupa nak goreng
Sebabnya kerana x prepare awal2 dan masak kelam kabut
Mak aku cakap tu sebab mak aku selalu pesan suruh sedia dan siapkan semua bahan sebelum masak supaya xde yang tertinggal
Mmm...tapi ni ..kalau mak aku sendiri tertinggal macamaner nak kira..???

8 comments:

  1. Mmm...tapi ni ..kalau mak aku sendiri tertinggal macamaner nak kira..?
    tu takle kire la.. awak... sebab dia manyak hal nak buat.. kerja office, kerja rumah , memasak mengemas driving.. penat oooi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee.....
      Jawapan sis nor hampir sama dengan jawapan mak kiter..
      Ada connection ker..???
      Hahaha

      Delete
  2. Ok revised answer: mak tertinggal satu Benda Aja awak dah bising camni.
    Maknbangkit jul 5am prepare breakfast etc. Lepas Tu kena drive Antar anak kecik go sekolah. Lepas Tu masuk office. Kat office memerah otak pulak. Cari rezeki halal untuk anak anak . Ke mengadap big boss kalau Ada tak kena. Kena make sure anak buah. Ok... Lepas dah stress .Kat office kena perah tenaga drive beat the jam untuk pick up anak kecik baru habis sekolah.
    Lepas sibuk perah otak.. kena fikir APA nak jamu..anak anak.
    Kena budget tengah Bulan...keta,minyak roadtax insurance, loan rumah loan keta,income tax, duit poket anak anak.. lepas Tu belanja harian.
    So kena pikir APA boleh masak APA Yang dah habis.
    Kedian kena singgah ..kat orang Jual petai.. beli utk masak.. sebab anak sorang Tu suka favourite petai..
    Balik terus masak... Lepas masak cuci dapur kemas.....maghrib rehat. Lepas Tu defrost utk masak besok.. isyak ... Tidur. Pukul 4.30 am-5am dah bangkit..masa orang lain tengah berdengkur... Prep masak.. masak kemas sink dapur mandi. Masuk baju dalam mesin.
    Kejut semua.. pack .lunch ready.. masuk keta jalan dah mula sebuk... Hantar.. terus hi office.
    Masa masuk office fikir menu dinner..tengok budget daily..ok me tak..tak cukup kena masuk hero.. terbang rm20..kurang kurang..
    Wei penat tau day in day out... Exhausted...mentally and physically.
    Cuba korang take over....boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamaks...!!
      Teacher Nor dah beletiaq...
      Hahaha....tahan jer lah telinga..
      Gang mak kiter sudah mari lar...
      Tak aci ar...2 vs 1..
      hahaha
      Jangan suruh kiter take over suda...
      Habis jemmm...hehehehe...

      Delete
    2. dei adey manies .. itu narration of daily activity of a working mother without a maid... dey.

      so kena remind itu adik so kena itu insaf sikit hahahaha
      hahahahahaha
      anyway good answer eh!

      Delete
  3. SEDAPNYE... adik... nak tanye sikit jgn marah ye.. nape adik tak pernah cerita pasal ayah adik ye? maaf tanya soalan sensitif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap .sedap...sedap ..
      Makan time lapar lagiii sedapppp..
      Kalah rojak mamak cendol bawah pokok..
      Hahahaha....

      Delete