Sunday 7 September 2014

PULUT PANGGANG.......SAIZ XXL...!!!




Pulut Panggang.....Menu minum petang semalam....Hmm kiranya semalam tu hari Kuih Selera Orang Tua la...
Pagi kan mak aku dah buatkan Kuih Tepung Bungkus sebab aku yang teringin sangat nak makan...
Petang pulak mak aku buatkan pulak Kuih Pulut Panggang...
Kata mak aku Kuih Pulut Panggang ni tergolong dalam kategori Kuih Tradisional Melayu....Kuih Selera Orang Tua la kata mak aku..
Hmmm x kira la selera orang tua ke..hapa ke ....
yang penting sedap sangat & aku suka sangat...
Dinamakan Pulut Panggang Saiz XXL tu sebabnya ...
Haaa..tengok la saiz Kuih Pulut Panggang yang mak aku buat ni memang saiznya XXL..hahahah
Selalu kalau beli saiznya XXS sebab besar jari telunjuk aku je..hahahaha
Kata mak aku memang la camtu sebab kalau orang yang jual tu buat saiz XXL camaner nak untung..!!!

Sebab kalau tengok nak buat Kuih Pulut Panggang ni...hmmm boleh tahan la juga...
Nak kena sediakan pulut...santan kelapa...daun pisang..
Intinya lagi...nak kena ada rempah-rempahnya ..kelapa bagai..
Hmmm..kalau aku la yang kena buat rasanya aku x jual kot...hahahaha


Mak aku ni rajin bercerita..Kalau dalam kereta time nak gi sekolah aku suka tanya kenangan mak aku masa  kanak-kanak..Kalau mak aku masak aku suka tanya pasal masak la..
Bila aku tanya mana mak aku belajar buat Kuih Pulut Panggang ni...?
Kata mak aku kuih ni memang nenek selalu buat masa mak aku kanak-kanak dulu..Sebabnya kata mak aku masa tu nenek memang tanam padi sendiri..termasuk padi pulut..So,kata mak aku,beras pulut memang sentiasa ada stok kat rumah nenek..Nenek akan buat macam-macam makanan dari pulut seperti Pulut Lemak...Wajik..Putu Beras..Pulut Panggang & Pulut Udang..
Eh..apa beza Pulut Panggang & Pulut Udang?
Hmm..kata mak aku..kalau kat kampung Pulut Panggang tu adalah Pulut kukus yang digaul santan yang juga dipanggil pulut lemak dibungkus kon segi 3 & dipanggang kosong je..Biasanya Pulut Panggang ni adalah lebihan Pulut Lemak yang dibuat sarapan pagi..
Pulut Udang pulak..pulut yang ada inti kelapa pedas macam mak aku buat hari ni dan juga dicampur udang sawah..Sebab tu dipanggil Pulut Udang...Oooooo

Tetapi sekarang Pulut Panggang yang kosong tu dah jarang orang buat...& Pulut Udang tu dipanggil Pulut Panggang...Sedangkan intinya dah xde udang pun...Itu kata mak aku la...
Sama la macam yang mak aku  buat hari ni...Kata mak aku ...Pulut Panggang ni mak aku buat ala-ala Pulut Udang..tapi dalam intinya xde udang pun sebab xde stok udang...Yang ada hanya ikan...

PULUT PANGGANG...Versi mak aku
 Pulut:
2 cawan pulut -rendam semalaman
1 cawan santan pekat + sikit garam
15 keping daun pisang -layur

Intinya:
2 cili merah
1 batang serai
1 sudu jintan manis
1 bawang besar
2 bawang putih
1 kunyit segar
3 cawan kelapa parut putih
2 ekor ikan kembung rebus
garam & sikit gula
sikit minyak

1. Sediakan intinya:
i. Hiris cili.bawang2,serai,kunyit & campur juga dengan jintan manis .Blend dengan sedikit air hingga halus.
ii. Dapatlah pes rempahnya macam ni....Pastu panaskan sikit minyak & tumis bahan blend ni sampai
    garing..Ikan kembung yang dah direbus diambil isinya & carikkan kasar2 & masukkan sekali.Masukkan
    pulak kelapa parut putih..garam & gula secukup rasa..Kacau hingga agak kering tetapi masih lembab..
iii. Inti yang dah siap..Sejukkan inti yang dah siap...Sementara tu siapkan pula pulutnya.


2. Sediakan Pulutnya:-

i. Kukus pulut yang dah direndam semalaman.
ii. Bila dah masak,semasa masih panas gaulkan dengan santan yang sudah dicampur sedikit garam..
iii.Layur daun pisang & lap



3. Bungkus Pulut Panggang:-

i.  Bentangkan sehelai daun pisang anggaran selebar tapak tangan...Syyy...daun pisang frozen tu..
    Ratakan 1 sudu besar pulut yang dah    digaul santan..1 Sudu pulut akan menjadikan saiz XL kerana  
    nanti akan diletakkan inti..Kalau nak buat  saiz kecik ratakan hanya 1/2 sudu pulut.

ii. Letakkan sesudu inti di atas pulut.Letak inti tengah-tengah..dah namanya inti..mestilah letak ditengah..heee
iii. Apitkan kiri & kanan daun pisang supaya intinya bertutup oleh pulut.
iv. Kalau masih nampak intinya xpe..ok je..pastu gulungkan pulut yang dah bentuk selinder tu..
v. Sematkan hujungnya dengan lidi...Kata mak aku zaman dolu2 guna lidi kelapa..Zaman sekarang ni guna
    stapler je...Tapi sebab nak feel kan Kuih tradisional tu ..mak aku potong2kan lidi sate & belah2kan &
    guna untuk sematkan kedua2 hujung Pulut Panggan ni..Kalau aku buat sah2 la aku akan guna stapler 
    jew..hehehe

v. Buat hingga selesai semuanya....Nampak macam buaya beratur untuk dikira olah sang Kancilkan...hahaha
   Sebab buat saiz XXL maka dapatlah 12 batang je..Kalau nak dapat banyak buat saiz kecik..Kalau nak
   berniaga buat la patut2 supaya orang yang jual dapat untung..Orang yang beli pun suka..Win win kata mak
   aku..haa


vi. Kalau cara tradisional mak aku kata akan dikepit dengan pemanggang iaitu buluh yang dibelah
    dua..Pulut2 tu akan dikepitkan dan dipanggang atas bara api...Itu yang dinamakan Pulut Panggang..
    Tapi kalau nak panggang camtu kat rumah aku ni memang hilang hakal la..hahaha
    Sebab xnak hilang hakal...mak aku panggang atas Pan Vantage ni je...Balik2kan hingga nampak daun    
    pisang tu agak garing & ada macam kesan terbakar baru bau dia harum satu rumah...hehehe

Begitulah ceritanya Kuih Pulut Panggang kita pada hari ini...Sekian..


No comments:

Post a Comment