Balik raya baru ni Achik ada bagi halwa maskat,dodol dan biskut raya

Antara juada tradisi yang saya suka pada hari raya ialah Halwa Maskat..
Mak & Achik juga kalau nampak halwa maskat depa akan ingat betapa saya suka halwa maskat.Hampir setiap tahun Achik akan belikan halwa maskat buatan emak rakannya semata mata untuk saya kerana Achik dan mak tak makan pun halwa maskat ni.Orang lain pun dalam family tiada siapa yang suka halwa maskat.Hanya saya sorang peminatnya.
Dulu kalau balik Kedah wajib la pi Komples Pekan Rabu Alor Setar untuk bi halwa maskat.Kalau tahun 90-an dulu harga 1 bekas tippuware panjang +- 500gm baru RM3..Masuk awal 2000-an harga bekas yang sama RM5.. Sekarang dengan berat 250gm RM15-RM 20 .Halwa maskat lebih aikit dari dodol walaupun dari segi kos rasanya kos buat dodol lagi mahal.Mungkin kerana proses nak buatnya lebih rumit kerana perlu " basuh tepung " gandum hingga beberapa hari.
Kata mak dulu dulu mak tengok orang masak halwa maskat ni kena basuh tepung.Basuh tu bukan macam basuh beras tapi lebih kepada proses membuang glutiin tepung gandum tu.Tepung diuli seketul macam nak buat roti canai.Kemudian diramas dalam dalam bekas besar bersama air yang bayak hinggalah semua tepung larut dan yang tinggal ditangan adalah seketul glutin tepung seakan ketulan gam liat.Glutin tu akan dibuang ,manakala larutan tepung tanpa glutin dibiar mendap dalam air.Setiap hari air rendaman larutan tepung tu akan dibuang bahagian air jernih atasnya dan tinggalkan bahagian tepung macam kita mandapkan air perahan ubi kayu untuk ambil patinya tu.Proses ni memakan masa beberapa hari sebelum proses masak pati teoung tu bersama gula,pewarna dan minyak sapi.Tapi sekarang penggunaan minyak sapi diganti minyak jagung kerana tak semua orang suka bau minyak sapi selain harga minyak sapi lebih cepat tengik.

Halwa maskat macam juga halwa lain.Dimakan sedikit sedikit kerana rasanya yang extra manis dan tekstirnya yang melekit.Zaman kanak kanak saya tak suka halwa masakat ni kerna hanya rasa manis semata.Saya lebih suka dodol yang ada rasa lemak selain manisnya.Pernah terjadi masa saya beraya di Kampung Bukit Kechik masa darjah 5.Kali pertama beraya agak jauh kerana baru ada basikal Salah satu rumah yang saya kunjungi menghidangkan halwa maskat ni berketul ketul dalam pinggan.Setiap ketul dpotong kiub sebesar sebuku sabun mandi.Melihat warna kuih yang kuning keemasan cantik saya terus mencapai seketul sebesar aabun mandi tu.Maklumlah mak saya tak pernah buat kuih ni...Jadi excited nak merasa..Sekali gigit....Allah..!
Manis yang amat ...melekit serta ada bau minyak sapi pulak tu..Sangat tidak sedap pada lidah saya..Tapi dulu dulu kan kita dilatih pergi beraya rumah orang kena jaga adab..Dah gigit tak berani nak letak semula.Nak buang takut tuan rumah marah .Dahla tak kenal pun tuan rumah..kampung orang kan..Sudahnya saya pegang sahaja halwa maskat tu.Nak makan kuih lain takut orang kata tamak sebab kat tangan masih ada halwa maskat..Maka pegang la halwa maskat tu sampai kawan kawan lain dah selesai makan dan nak bersalam dengan tuan rumah.Saya salam dengan tangan kiri kerana rangan kanan melekit berminyak masih pegang seketul halwa maskat.
Masa naik basikal nak gerak dari runah tersebut saya terpaksa pegang handle basikal sebelah tangan kiri sahaja kerana tangan kanan masih pegang halwa maskat.Tapi dulu dulu naik basikal pegang sebelah tangan sambil sebelah lagi tangan pegang barang memang biasa.Masalahnya kali ni pegang halwa maskat yang tak tahu sampai bila...hahahha
Nak buang takut kawan nampak nanti takut dorang bagitahu tuan rumah.Nak makan...langsung tak sedap pada tekak...Adoiiiii....!!!!
Saya dah tak ingat apa kesudahan halwa maskat tu..Yang pasti lepas makan halwa maskat tu...saya "taubat" dalam hati tak akan ambil dah halwa maskat ni kalau jumpa dimana mlana pun...Menyesal sungguh masa tu!
Kerana halwa maskat tu lah saya tak dapat makan kuih lain..Kerana halwa maskat tu lah saya tidak tenteram beraya.Kerana halwa maskat tu lah saya kena pegang handle basikal sebelah tangan sahaja.Kerana halwa maskat tu lah raya saya jadi spoil hari tu...Hahahaha banyak betul " dosa" halwa maskat pada saya🤣🤣🤣🤣
Sebenarnga orang dulu dulu memang cara hidang halwa maskat dan dodol memang sebuku sebuku sebesar sabun mandi tu.Cara makan pula dulu memang dicubit sedikit sedikit untuk makan.Dulu memang macam tu.Takda orang nak potong kiub kiub kecilnya..Orang dulu lebih berfikir cara makan macam tu lebih mengerat hubungan kerana bercampur tangan tangan semasa makan.Selain tu halwa dan dodol yang dihidang sebuku sebuku lebih tahan lama berbanding potong kecil .Sama juga macam halwa lain seperti halwa betik..halwa belimbing memang orang makan cubit cubit dalam bekas yang sama.Yang kita ni manalah tahu..Nak cubit halwa tu takut orang kata tinggalkan sisa bekas tangan kita.Balasah la ambil seketul....Sekali...ambik kau!!🤭
Sejak tu beringat dah...makanan ya g belum pernah makan kena cuba sikit dulu..kalau ok baru ambil lagi..Dan....paling terkesan...sejak tu saya memang tak suka dan tak makan halwa maskat.Lebih 20 tahun jugak kot tak makan halwa maskat.Namun kita ini bersifat baharu.Hati berbolak balik.Kata orang kalau suka sesuatu jangan suka sangat..kalau tak suka pun jangan tunjuk sangat tak suka tu...Takut nanti jatuh cinta...hahahaha
Maka itulah yang terjadi pada saya....Entah kenapa sampai satu ketika masa kat Pekan Rabu Alaor Setar saya teringin sangat bila nampak halwa maskat.Bila beli balik rumah makan saya jadi ketagih.Makan sikit ...sikit....hingga habis sebekas..Bukan lah sehari makan tapi akhirnya habis jugaklah sebekas tu.Hinggalah aekarang saya jadi suka kepada halwa maskat yang oernah " berdosa" pada saya sibsuaru hari raya dulu🤭🤣.
Namun bukanlah suka hingga menjadi makanan harian..dah la manis dan ausah nak dapat.Tapi tiap kali raya saya akan merindui halwa maskat.Terima kasih Achik kerana hampir tiap kali raya Achik akan beli untuk saya. halwa maskat homemade yang sedap dan penuh kenangan ni.Bukan tak ada jual kat Pekan Rabu tu ,tapi dah tak sama rasa macam dulu.Kadang tengik,kadang kering .Pernah beli atas talian tapi tetap tak sama rasa seperti yang tekak ni nak.Yang Achik beli ni kena dengan tekak..Tapi nak dapat pun setahun hanya sekali masa raya puasa.Saya tak pasti berapa lama boleh bertahan.Setakat ni yang pernah saya cuba..ketahananya sekitar sebulan.Penggunaan extra gula icing tu yang menjadi pengawet.Wallahualam
Tak pernah makan halwa maskat tu.
ReplyDeleteJarang nampak orang jual kat tempat lain..
Deletetapi kalau belah utara hingga ke selatan Thai memang biasa dijual terutama kedai kuit tradisional
patut la org tua2 selalu pesan "jangan benci sgt, jangan melampau tak suka nya"...hehe ada benarnya ye kak
ReplyDeletesaya dulu pun tak suka baunya,tapi smp skrg tak berani nak cuba dah
Kan.....haaa...sekali dah suka....lupa dah pernah membe ci🤭
DeleteSy suka halwa maskat, tapi makan dlm kuantiti yg sikit ja la. Arwah abang pun suka. Dulu Raya arwah mak mesti beli dan bidang kat kami dua. Bila abg cik takdak, mak pun takdak sy tak pernah dah kot makan halwa maskat. Takdak sapa nak beli kat saya 🤭
ReplyDeleteAlaaa....nanti raya haji kalau balik Kedah kita rojer²...nanti nak minta Achik order lebih...
DeletePernah dengar kuih ni tapi macam tak pernah jumpa dan makan. Menarik juga untuk dicuba.
ReplyDeleteKat Tik Tok & Shopee nampak ada jual ..boleh la mulakan dengan trial pack dulu..hihihi
Delete