Friday 3 March 2023

FROM KEDAH WITH LOVE

 

Bersiaran dari Kedah..
Suasana pagi tadi
Berlatarkan sawah padi menghijau di belakang dapur.


Ni  dah menjelang petang.
Otw nak balik kampung sat.
Latar alam keemasan kerana kawasan sini padi sudah menguning dan kebanayakan sudah dituai.

Mesin padi di mana-mana


Setiap kali menyusuri.... setiap langkah dan penjuru...pasti ada kenangan yang kenangan yang mengusik jiwa.
Takkan mampu dikutip habis kerana ada kenangan yang sudah terpahat dan sebati bersama debu jalanan.

      Otw balik..

Walau berdekad lamanya di kota...namun bagai kasih tetap tertumpah di desa bagaikan bait-bait lagu dendangan DJ Dave

6 comments:

  1. Masa terus berlalu, namun kenangan tak pernah hilang, malah makin melekat dalam memori, apalagi peristiwa yang mengusik jiwa.
    Seronoknya saksikan pemandangan sawah padi nan menghijau.

    ReplyDelete
  2. Kat kawasan kampung kami ni masih belum ada padi. Mungkin berperingkat dia ditanam. Padi sekarang kan dah takda sapa orang kampung yg nak buat 😓

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah cantik pemandangannya kak,kenangan yang tak dapat di beli

    ReplyDelete
  4. Terdengar2 pulak suara DJ Dave. Pak Inche dah lama tak sebut pasal balik kampung ni.

    ReplyDelete
  5. Aaaaaa sukanya tengok pemandangan padi macamni. Tenang ja rasanya. btw, singgah sini ya. jemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  6. Inilah pemandangan yang SA rindukan...

    ReplyDelete