Sunday, 21 October 2018

JASA YANG DILUPAKAN...

Selalu juga time kita lambat nak ke mana-mana
Time tu jugak ada makhluk yang  lagi lambat berada depan kita..
Hahahaha...makhluk tu..
Mender alah ni kita kan panggil makhluk jugak ker...
Bukan makhluk fu yang bernyawa jer ker...?

Kalau nampak makhluk ni kat depan...
Dari jauh lagi pemandu semua cepat2 memotong...
Kadang nampak sekilometer didepan...
Orang dah  mula menjauh...
Tukar lorong
Taknak  betul kereta..bas...van...lori semua dekat dengan mender ni...
Semua x nak kawan ngan mender ni....
Sebab dia lambat
Kalau dah terpenrangkap kat belakang mender ni...
Alamatnya kena la sama2 merangkak macam kura2
Rasanya xde sesapaphn yang jkhlas nak mengekori belakang mender ni...
Termasuk aku..
Aku suruh jer mak aku memotong
Tapi mak aku tetap ikut belakang mender ni...

Ni hari tu balik dari hantar kakak
Mengekor mender ni dari Puncak Perdana sampai traffic light Lebuh Mokhtar Dahari
Haaa...nama jalan tu sempat baca masa mak aku benti traffic light merah..
Siapa Mokhtar Dahari tu..?
Mak aku cakap tu Lagend Bola Sepak Malaysia tahun 70-an
Tapi beliau sudah meninggal dunia pada tabun 1981...
Mungkin namanya diabadikan sebagai menegang jasanya...


Actually mender dan makhluk yang aku cakap tu mender ni la....
Dalam Google panggil ni Backhoe
Bahasa Melayu namanya Jentera Pengaut tanah..a.k.a Jengkaut
Tapi mak aku cakap kat kampung nenek panggil "Cash"
Haa...x tahu lah apa yabg cash sebab tanya mak aku..
Mak aku pun x tau..
Tapi mak aku cakap kalau Kedah pekat panggil mender ni "Kaih"
Mungkin " cash" yang nenek maksudkan tu adalah " Kaih " la kot..
Kaih tu apa..?
Kaih tu mak aku cakap asalnya perkataan "Kais" yang bermaksud kaut dan ketepikan..
Merujuk kepada perbuatan jentera backhoe tu mengais tanah etc...
Haaa....actually juga bukan nak citer about istilah atau nama kenderaan backhoe ni..
Sebenarnya nak kaitkan backhoe ni dengan kehidupan..
Kalau dalam kereta ..
Nak kemana2 ...mak aku rajin bercerita....
Kadang cerita panjanv
Kadang cerita pendek...

Bila aku merungut backhoe ni lambat terkedek- kedek..
Manyusahkan pengguna lain yang nak bergerak cepat
Aku cakap kenapa backhoe ni x dimuatka  atas trailer jer..
Napa mesti benarkan ia bergerak atas jalan dan melambatkan pergerakan orang lain...?
Mak aku lagi sengaja mengekor jer belakang backhoe ni...
Mak aku tidak memotong...
Kenapa..?
Mak aku cakap sengaja nak ikut belakang backhoe ni sambil.nak bercerita..!
Cerita apa..?
Mak aku cakap ini adalah contoh JASA YANG DILUPAKAN....
Apa yang dilupakan....?



Mak aku cakap jalan yang sedang kita gunakan ini asalnya adalah hasil tungkus lumus backhoe atau " rakan2nya"
Mak aku cakap kenapa setelah jalanraya siap...
dan memudahkan pergerakan kenderaan lain...
Semua orang menafikan hak backhoe itu untuk menggunakan jalan ini?
Sedangkan bergerak lambat itu bukan kehendaknya..
Masa dia bertungkus lumus mengaut tanah dan batu..
Meratakan jalan..
Tiada satu pun kenderaan lain sudi mengambil alih tugasnya....
Tetapi bila siap sahaja jalan...semua orang menafikan haknya..
Malah...jika boleh ada sahaja yang tidak mahu membernarkan ia menggunakan jalanraya kerana dianggap mengganggu...
Manusia tidak mahu menghargai jasanya ...
Manusia hanya pentingkan diri sendiri..
Selfish..!
Tapi siapa manusia..??????????

2 comments:

  1. Good reflections and points to email.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada betulnjugak kan..
      Huhuhu...macam karangan " Aku Sebuah Jengkaut...."
      Dolu2 kalau buat karangan biografi...mesti sad ending...Kalau sekarang dapat tajuk karangan camtu...kiter nak buat happy ending lak...hahahaha

      Delete