Tuesday, 9 October 2018

AYAM MASAK MERAH

Ayam Masak Merah
Versi mak aku la
Lauk hari Ahad
Dah lama mak aku x buat Ayam Masak Merah
Asyik buat Ayam Masak Kicap jer untuk kakak bawa bkal balik kolej
Tapi hari Ahad mak aku buat Ayam Masak Merah
Mmmmmmm....dap mmmm


Aku...abang  & kakak suka kalau mak aku buat Ayam MAsak Merah
Kalau Campur kentang plak memang sukaaaaaa



Kalau abang bukan takat makan ngan nasi
Abang siap boleh ratah-ratah lagi


AYAM MASAK MERAH..mak aku
1 ekor ayam
3 biji kentang-potong wedges
1 botol kecik sos tomato(1/2 botol besar)
1 sudu teh garam
2 sudu gula perang
minyak

Bahan Blend:
20 biji cile kering -rendam air panas
1 bawang besar
3 bawang putih
1 ketul kecik halia
3 hiris lengkuas
2 batang serai

Bahan tumis:
1/4 bawang besar
2 bawag putih
1 daun pandan
sikit bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis(opsyenal)

1. Garam kunyitkan ayam dan goreng hingga masak tapi jangan garing
2. Goreng kentang
3. Panaskan 1/4 cawan minyak dan tumis bahan tumis
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
5. Tambah sos tomato,garam dan gula
6. Masukkan ayam dan kentang goreng
7. sesuaikan rasa


Ayam ni kena goreng hingga masak
Tapi mak aku cakap x perlu garing
Sebab kalau garing nanti rasa kering dan x menyerap kuah



Bahan tumis
Mak aku cakap kadang letak bahan tumis
Kadang mak aku kata x letak pun..
Terus jer tumis bahan blend..
Kira ikut mood la
Haaaaa.....hari ni agak-agak mood mak aku tengah rajin kot
Sebab masak weekend


Tapi mak aku cakap kalau tuis bau dia lebih harum




Masukkan bahan blend dan masak hingg naik minyak



Tambah Sos Tomato
Tambah garam dan gula untuk seimbang rasa masam sos tomato
Mak aku pesan prefer guna gula perang untuk rasa lebih sedap
Kenapa?
Mmmm...mak aku cakap kalau guna gula perang dalam masakan rasa manis dia lebih sesuai sebab x terlalu tajam macam gula pasir.
Mak aku kata gula pasir rasa dia lebih tajam
What...gula ada pisau ker?
Haaaaa...mak aku cakap tajam tu mean kuat la...terlalu manis



Masukkan ayam goreng dan kentang yang dah goreng



Gaul rata dan masak sekejap supaya sebati..
sesuaikan rasa dan siap


Kasi make up la kalau nak santiks
Haaaa....kalu perasan...hampir semua lauk2 dan makanan lain yang mak aku masak mesti tabur daun sup
sampai Auni dah boleh cam bekal aku mesti tabur daun sup
Abang cakap kawan abang..Haziq pun cakap dia pun dah gunakan daun sup untuk tabur
Ok....bye

5 comments:

  1. sedapnyaa..kalau dekat ngan aunty mas boleh bg aunty je

    ReplyDelete
  2. Heee....tu lar kan...
    Tapi kalau dekat...kiter yang nak gi makan umah aunty mas...heeeeee

    ReplyDelete
  3. ayam masak merah tapi pedas..sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. yipppp...
      kiter pun suka Ayam Masak Mefah ni..
      Abang ..kakak pun suka
      Tapi mak kiter x suka...
      mmmm...x tau naper

      Delete
  4. If their needs aren't met, the chickens' health and well-being fails drastically and they no longer become wonderful additions to a family... and not of their own fault. distributor ayam frozen

    ReplyDelete