Haaa....Ikan Rebus ke Goreng?
Actually namanya dah betul
Ikan Rebus di Goreng. ..
Sedapppp sangat...
Walaupun just ikan goreng budus jerk
Tapi seperti kata nenek aku..
" Don't Judge Book By Cover"
Haaaa.....kelllllasss nenek ko cella...!
Ikan Rebus Goreng
Kalau perasan sepanjang minggu ni
Memang setiap hari ada jer sebut Ikan Rebus Goreng...
Match dengan Sambal Tempoyak Udang
Sambal Terung Rimbang
Ikan Rebus Goreng ni antara lauk yang gofulat la kat umah aku
Mak aku paling suka buat Ikan Rebus
Pastu Goreng Garing ngan cili dan bawang
Mak aku cakap dolu2 nenek pun selalu buat Ikan Rebus
Tapi kat Kedah dwpa x panggil Ikan Rebus
Tapi di Kedah dipanggil IKAN LENGAT
Ikan Lengat mean ikan yang dicamour garam yang agak banyak bersama asam keping dan direbus dengan sedikit air hingga ikan masak.
Ikan Lengat ini akan dipanaskan setiap hari selagi ikan yersebut belum habis..
Sebenarnya mak aku cakap ia salah satu cara menagwet ikan secara tradisional..
Kalau dolu2 mak aku cakap hanya orang kaya sahaja ada peti ais..
Tapi kalau orang kaya pun kalau tinggal dikawasan yang belum ada kemudahan elektrik xde makna juga nak beli peti ais..
Maka kebanyakan orang kampung mengawet jkan segar dengan cara LENGAT..
Ikan Lenngat a.k.a Ikan Rebus ni mak aku cakap suai digoreng dan juga dimasak lain seperti masak Kari...Masak Lemak Cili Api atau digoreng dan dimasak Sambal atau Masak Kicap
Mak aku cakap selain dilengat untuk tahan lama..
Ikan Lengat juga lebih sedao dan berperisa apabila digoreng.
Jikan ikan fresh digaram dan terus divoreng fanya segar tetapi isinya tidak masin
Manakala Ikan Lengat pula kerana sudah direbus dengan asam dan garam akan memeberi rasa masin dan sedikit masam kepada isi ikan..
Tapi kelmahannya ialah tidak secantik Ikan Segar kerana rupa ikan lengat memang tidak menarik
Walaupun rupanya tidak menarik
Tetapi rasanya sangat menarik selera..
Kalau manusia ibaratnya Lawa Tiada Manis Ada..
Haaaa...kiranya macam lagu P.Ramlee la..
Dalam citer Labu Labi..
Masa Labu dan Labi nyanyi nak pikat Manisah anak Hj Bakhil..
Yang mana satu Idaman kalbu Tidak tertahan Menanggung rindu Mungkinkah jauh Berbatu-batu Atau dibalik awan yang biru..
Kalaulah aku
Jadi temanmu
Masak memasak
Serah padaku
Kalau lah aku Jadi suami Kain baju Aku cuci
Hai tukang masak Aku tak sudi Oh tukang cuci
Menyakitkan hati
Ini lah dia Yang dicari carinya Misai tebal Ular sawa
Ini orang nya Idaman dara Lawa tiada Manis ada
Oh sungguh susah Cari pasangan Tak mau yang gagah Kurus pun bukan Hati dah pasang Tidak berkenan Sebab perangai Tidak siuman
Biarlah setan Atau pun hantu Cukup bulan Makan batu
Biarlah hantu Atau jembalang Balik kampung Tanam kacang
Mak aku cakap yang ni namanya Ikan Rebus sebab ikut panggilan tuan punya resipi..
Mak aku cakapnkalau Ikan Lengat versi nenek just letak sikit garam dan sikit asam keping
Tapi ni mak aku cakap ikut resepi kawan mak aku ..
Namanya macam penulis novel.
Anis Ayuni...
Mak aku cakap pernah makan ikan rebus goreng versi Puan Anis Ayuni..
Sangat sedap sebab cukup rasa masin dan masam serta sedikit rasa manis..
Mak aku cakap pernah cuba sebelum ni
Letak terlebih gula nissey kalantan..
Akibatnya bila digoreng menjadi hitam kerana gulanya ..
Selepas try & error..
Mak aku cakap hasilnya memang sedap
Tetapi masih tidak mampu menandingik Ikan Rebua Goreng Anis Ayuni..
Hahahaa....sedao sangat ker...?
Apapun mak aku cakap mungkin air tangan lajn orang lain rasannya...
IKAN REBUS/ IKAN LENGAT
1kg Ikan Selayang
1/4 cawan garam
Segenggam asam keping (+-10 keping)
2 hiria lengkuas ( diketuk)
1//2 sudu tej gula melaka
1. Bersihkan Ikan dan susu dalam periuk berselang seli dengan taburan garam..
Tabur garam dan susun ikan
Tabur lagi garam atas ikan dan susun lagi ikan diatasnya hingga habis..
2. Tabur asam keping diatasnya .Masukka juga lengkuas ketuk dan tabur sedikit gula melaka..
( sedikit sahaja..jika banyak nanti bila goreng ikan jadi hitam)
Masukkan 1/2 cawan air dan rebus hingga mendidih dan ikan masak
Ikan yang masak matanya akan terjojol
Ni hari ke-2 Ikan diulang panaskan hingga mendidih.
Jika airnya kering tambah sikit air supaya boleh mendidih
**** AMARAN:
Jangan Guna Periuk Aluminium Baru:
Gunakan hanya 1 Periuk yang khas untuk Ikan rebus sahaja
Kerana kesan penggunaan asam dan garam yang banyak memang akan menyebabkan
aluminium akan jadi bintik hitam dan kesan tindak balas garam dan asam
Kalau guna periuk lain2 nanti periuk lain juga akan rosak.Kalau periuk kaca tidak mengapa.
Hari ke-3
Ikan semakin lembut .
Jikan dipanaskan berulang beberapa hari tulangnya juga akan lembut
Teknininilah mak aku cakap divunakan untuk merebus ikan tongkol untuk masak Kuah Nasi Dagang...
Goreng Ikan Rebus hingga garing
Rupa ikan rebus goreng memang x cantik
Tapi isinya memang sedap cukup rasa masin..sikit masam dan sikit manis
Untuk kasi comel skit
Gorebv bawang besar dan cili merah @ cili padi dan tabur atas ikan rebus goreng ni..
Nak kasi vougue lagi..
Make -up lagi dengan dau ketumbar..
Taraaaa.....
Tanpa rasa masin dan masam..ikan rebus bukan lah siapa2
Tapi setelah direbus bersama asam dan garam.rasanya cukup membuka selera..
Ikan bersama asam dan garam memang match..
Mak aku cakap sebab tu lah ada perpatah
" IKAN DI LAUT...ASAM DI DARAT...
DALAM KUALI BERTEMU JUA.."
Sedap
ReplyDeleteHeee.....kiter pun suka..
DeleteTapi mak kata x boleh selalu sangat makan zebab masin..tapi minggubni 2x jugak mak kiter buatbikan rebus..hahaha