Bekal hari Selasa..
3 day ago punya story
Roti Telur Goreng...
Bekal aku ngan mak aku...
Roti Telur Goreng...
Untuk sarapan abang....
Roti Telur Goreng
Dah lama juga x bawa bekal Roti Telur Goreng
Asalnya cerita Roti Telur Goreng ni....
Kerana expired date 8 Oktober 2018
Dan malam tu sebelum tidur aku alihkan roti ni
Nampak expired date 8 Oct 18
Aku tanya mak aku aku...
Esok boleh makan lagi ker..
Sebab esok dah 9Oct 18
Mak aku cakap boleh jer lagi makan kalau takat baru 5 jam expired...!!
5 jam ???
Yer la.....
Mak aku kata expirednya 8 Oct
11.59 malam masih 8 Oct lagi
Pukul 12malam start 9 Oct
Pukul 5 pagi mak aku dah bangun masak..
Jadinya baru 5 jam la expirednya..
Hahahaha....
Aku x senpat nak fikir..
Heeee.....
Sama juga macam clip yanv tis expired date tu..
Aku x terfikir pun boleh letak sudu macam tu .
Bila tengok mak aku buat baru terfikir...
Tapi mak aku cakap mak aku pun tengok dari idea orang lain..
Laaaa...baru nak puji...
Mak aku dah cakap idea tu tengok kat google
Mmmm....ok lah...
Nak tulis pasal Roti Telur Goreng jer pun...
ROTI TELUR GORENG...mak aku
3biji telur
9 keping roti
1/2 cawan susu
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu lada sulah
1 pokok daun sup cincang
butter
1. Campur telur,garam,susu,lada sulah dan kacau rata
2. Tambah daun sup cincang
3. Letak 1/4 sudu teh butter/ marjerin dalam kuali
4. Celup roti dalam campuran telur dan masukkan dalam kuali yang disapu butter tadi
5. Letak 1/4 sudu lagi butter atas permukaan roti supaya bila diterbalikan nanti kedua2 belah roti masak sekata
6. Balik2kan kedua2 belah supaya masak dan warna brown cantik..
****Prefer guna butter / marjerin daripada mjnyak.masak kerana hasil guna butter/ marjerin lebih fluffy.
Kalau guna minyak rasa tetap sedap tetapi agak kering..
Telur
Garam
Lada Sulah
Susu
Dikacau rata dan dimasukkan daun sup cincang
Panaskan sikit butter
Celup roti dalam campuran telur
Dan goreng dalam sikit butter cair tadi
Letak sikit lagi butter atas roti
Terbalikkan permukaan roti dan masak kedua2 belah hingga golden brown
Buat hingga habis
Potong segitiga atau segi empat supaya lebih kemas
Untuk bekal boleh potong 4
Sebab nak makan ramai2..
Haaa....mak aku cakap untuk aku bawa bekal
4 keping x 4 potong=16 mini slices
Mak aku 2 keping x 4= 8 mini slices
Abang 3keping x 2 = 6 slices
Mmmmmm....kalau makan panas2 lagi feel la..
Ni aku makan time rehat dah sejuk tapi still fluffy..
1st post about Roti Telur Goreng ni KAT SINI....
Kalau kat goovle seach "roti telur goreng" memang pic post tu yang kuar dulu..
Memang banyak views kat post tu..
Mmm...mak aku cakap 1 st time masak dan makan roti telur goreng zaman lower form sebab masak kat sekolah dalam subject SRT..
Dah lebih 30 tahun..
Mmm...agak2 la....
Lagi 30 tahun....adakah aku akan masak Roti Telur Goreng ni juga..???
No comments:
Post a Comment