Tuesday, 30 August 2022

NASI LEMAK DAUN SIMPOR

Semalam saya agak rajin...🤣


Saya masak Nasi Lemak Kuning Daun Simpur untuk dinner.

Tengok Nasi Lemak Daun Simpur auto teringat SK dan Sis Lin sebab depa selalu sebut makan kat Kongkong Laut...hihihi


Saya masak nasi versi nasi lemak kuning Kedah.Masak 2cawan beras perang Tapi resipi Semua c&p..resipi nasi dan sambal tumis ni saya hanya C&P dari oldpost saja.Tu yang sukatan dia agak banyak...

NASI LEMAK KUNING  KEDAH..
3cawan beras (sebaikknya beras jenis nasinya lerai)

3 cawan air( ikut jenis beras)

1 sudu teh garam
1 sudu besar gula(opsyen)

1sudu teh serbuk kunyit(boleh  guna pewarna kuning telur star brand 1/2 sudu)

1 daun pandan simpul
2 sudu minyak+ 1 sudu marjerin

Bahan Tumis:
2 biji bawang merah kecil- hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1 batang kulit kayu manis ( anggaran 3cm)
5 biji buah pelaga
2 kuntun bunga lawang
10 bunga cengkih
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 helai pandan digunting2

1. Panaskan minyak+ marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan 3 cawan air( ikut beras). Kalau nak cepat..masukkan air panas baru mendidih
3. Tuang kan dalam rice cooker dan biar mendidih semula.Tambah garam,gula dan pewarna kuning
4. Sementara tu basuh beras dan toskan.
5. Bila air tumis dalam rice cooker dah mendidih baru masukkan beras dan pandan simpul..
6. Tanak hingga masak dan lerai2kan nasi semasa masih panas supaya terlerai cantik.



SAMBAL BILIS SIMPLE SEDAP

1mangkuk bilis belah bersih

1 mangkuk cili blend(-+ 30 biji cili kering) 

1/2 cawan bawang blend (1 biji bawang besar) 

1 sudu bawang putih blend(5 ulas) 

1 asam keping(boleh ganti 1/2 sudu teh pes asam jawa adabi) 

1 sudu teh penuh garam

1/4o keping gula nisan kerek (2 sudu gula melaka) 

1 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga rangup. 

2. Tanpa mengangkat bilis dsri minyak, terus masukkan bawang blend, cili blend & kacau rata. Masak hingga mendidih

3. Tambah asam keping, garan dan gula nisan/gula melaka. 

4. Masak dengam api perlahan hingga naik minyak. Sesuaikan rasa.


Daun simpur.Daun yang orang dulu-dulu buat bungkus tempe.

Ni pic tempe bungkus daun simpor ni dari oldpost saya 
TEMPE DAUN....kat sini

Ada yang panggil daun simpo..ada yang sebut simpor..ada yang cakap daun simpul..
Kalau mak saya sebut "daun sipo" ja...lagi pendek..hihihi

Sebelum ni saya pernah tulis sebagai NASI LEMAK DAUN SIMPO...kat sini
 


Daun simpur ni lebar dan licin mudah nak bungkus makanan.Lagi pun bila bungkus makanan sebenarnya dia ada aroma tersendiri.Tidaklah seharum daun dibungkus daun pisang tapi tetap ada aromanya sendiri.


Makan nasi lemak terus isi dalam pinggan kalau banding dengan makan dalam bungkusan daun..lain feel dia.
Makan dalam bungkusan bila buka saja bungkusan tu..aroma daun menerpa hidung .

Kena pula dengan kopi O panas..Memang mengasyikkan.

Oleh kerana saya hanya berdua dengan anak bujang ,saya hanya buat empat bungkus sahaja..Rajin kan saya?

🤣🤣🤣🤣

16 comments:

  1. first time dengar nama daun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Ammi pernah tengok cuma tak tau nama..Belah Tasi Permaisuri belakang kandang kuda tu banyak Ammi🤭

      Delete
  2. Teramat rajin, sy dah lama tak cari nasi lemak daun simpor ni, dah merajuk, asl datang, habis, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sampai merajuk...
      Pasni petik ja la daun simpor ni tepi jalan..Balik masak nasi lemak sendiri..hihihi

      Delete
  3. Ada jual ke daun tu...jap2 nak tanya daun tu ada bau tak..mana tau macam daun pisang..nasi lemak daun pisang kan bau dia sedap..ke SA salah...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la seharum daun pisang SA..
      Tapi ada aromanya..Kalau untuk nasib pi pasar awal hari minggu ada ja yang jual tempe bungkus daun simpor ni

      Delete
  4. PH tak kenal daun ni...tapi tetap sedap nampaknya nasi lemak tu. Rajinlah MC 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sepanjang hi way PLUS nak balik utara tu banyak PH..tengok yang berdaun lebar dan bunga kuning tu dia la tu..hihihi
      Masa mendaki bukit nak masuk Terowong Menora dari dua-dua arah tu memang banyak

      Delete
  5. Pernah beli tempe bungkus dgn daun.. tp xtau plk nama daun tu daun simpo.. rajin umi cella, bungkus nasi lemak dalam daun simpo.. 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai ja sebut daun tu sebagai daun tempe🤭
      Tapi mungkin ada lagi nama lain yang saya tak tau

      Delete
  6. Menarik tu..!st time dengar daun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi sikit ilmu yang saya tau...hihihi

      Delete
  7. Kak, Aida ingatkan klu nasi lemak tu buh santan, rupanya x perlu ya..teringin plk nak try buat..apepon kak mmg rajin..terbaik kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kita makan nasi lemak boh santan kan Aida..
      Kalau kat Kedah nasi lemak tradisi dulu2 macam ni la..tak boh santan.Cuma sekarang kabanyakan jual nasi lemak santan.Tapi nasi lemak kuning tetap ada peminatnya dan masih dijual di sana.
      Heee pasni try la buat..

      Delete
  8. Masa kecik-kecik dulu pernah nampak tempe dibukus dengan daun ini tapi tak tahu namanya. Rupanya daun simpur! Terima kasih kongsi ilmu ya Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat cikgu lagi familiar daun ni kan sebab terkenal dengan tempe..Mungkin dikenali dengan nama lain agaknya

      Delete