Sarapan Lempeng Daun Pisang Pagi Merdeka 2022.
Sambil menonton TV1 siaran langsung perarakan perbarisan sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Mula tonton TV3 tapi bila tengok semuanya ihsan RTM..baik tengok TV1....Ya,bila tengok TV1 pic dia lebih cepat beberapa saat berbanding TV3..
Niat asal nak ke Dataran Merdeka tidak terlaksana.
Maka TV lah sebagai altenatif sambil bersarapan pagi.Mencicip Lempeng Daun Pisang cicah sambal bilis.Sambal bilis baki Nasi Lemak Daun Simpor..hihihi
Lautan manusia dengan jumlah puluhan ribu orang membanjiri Dataran Merdeka.Semua bersemangat..Saya hanya kirimkan semangat bersama mereka di sana sedang jasad masih di depan TV🤭
Sesekali menjenguk keluar jendela bila terdengar helikopter dan jet pejuang melintas di ruang angkasa..
Menonton sehingga penghujung diakhiri dengan lagu"Negaraku"..
Sehinggalah keberangkatan pulang Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agung...terbit rasa sayu dilubuk hati paling dalam..
Terkenang ceramah Dato'Ustaz Badlishah Alauddin tentang perjuangan para pahlawan dan ulama seluruh nusantara menentang penjajahan di Tanah Melayu bukanlah semata-mata mempertahankan tanahair ..namun jauh lebih besar daripada itu adalah kerana mahu memastikan Agama Islam yang suci terus bertapak di Nusantara dan dapat diwarusi anak cucu akan datang.Tanpa titik keringat dan tumpah darah daripada perjuangan mereka...belum tentu nasib kita seperti hari ini.
Ya Allah,rahmatilah dan kurniakanlah salah satu syurgamu untuk para syuhada pejuang kemerdekaan yang telah gugur!
Lewat pukul 11.00 pagi hingga 11.30 pagi riuh dengan bunyi siren dan sayup-sayup kelihatan deretan kenderaan tentera bewarna hijau gelap dan deretan kenderaan bewarna putih dijalanraya utama sedang menuju pulang .Pastinya tadi mereka terlibat dalam perarakan di Dataran Merdeka.
Sepanjang minggu ini setiap awal pagi sebelum subuh jalanraya sana sudah riuh dengan siren.Mereka menuju ke Dataran Merdeka untuk acara raptai barangkali...
Keberangkatan baginda berdua membuatkan hati terdetik...Masihkan kita semua dapat menyaksikan dan merasai semangat ini pada detik 31 Ogos 2023?
Siapa pemerintah Malaysia pada saat itu?
Masihkan ada hayat dikandung badan pada ketika itu?
Semua itu bercampur baur...
Namun Lempeng Daun Pisang tetap disuap ke mulut..hihihi
Lempeng Daun pisang ini adalah Lempeng Pisang.Namun yang membezakan..ianya di bakar beralas daun pisang untuk mengelakkan lengkit pada kuali serta menerbitkan aroma harum daripada daun pisang.Bahan mudah.Hanya 4 bahan + daun pisang.Langsung tidak menggunakan minyak kerana digantikan daun pisang sebagai alas.
LEMPENG DAUN PISANG
5biji pisang raja masak ranum
5 sudu tepung gandum(saya guna cap 🌹)
3 sudu kelapa parut putih + secubit garam
1. Lenyek pisang dan campur garam,kelapa dan tepung.Jika terlalu kental tambah sikit air.
2. Potong daun pisang selebar tapak tangan Boleh potong bulatan atau segiempat sahaja.
3. Letak sehelai potongan daun pisang atas kuali kosong yang sudah dipanaskan.Terus tuangkan beberapa sudu adunan dan ratakan atas daun pisang tersebut ( jangan sampai terlimpah dari daun pisang agar tidak melekat pada kuali)
4. Bila nampak bawahnya garing,letak pula sehelai lagi potongan daun pisang agar bila diterbalikkan daun pisang diatas tadi akan berada dibawah menjadi pengalas supaya kuih tidak melekat pada kuali.
5. Balik-balikkan sehingga garing san angkat
* Untuk sukatan ini sata dapat 2 pcs sederhana besar.
Saat diselak daun pisangnya ..harum aroma daun pisang tersebar disegenap deria bau.
Semakin hangus daun pisangnya lebih garing isi dalamnya.Namun terpulang sama ada mahu lebih garing atau cukup sekadar masak isi dalamnya..
Gandingkan bersama sambal tumis bilis dan secangkir kopi 0 panas sangat memancing deria rasa dan memori lalu terus bertandang dikotak ingatan.Saya kenal Lempeng Daun Pisang ketika tingkatan 2.Sebelum itu saya tidak kenal kerana tidak pernah nampak emak membuatnya gaya begini.Selalunya lempeng pisang emak dimasak dengan sedikit minyak seperti lempeng kelapa.
Namun,setahun selepas emak membuat keputusan berpindah membina rumah baru ditanah sendiri,kami mendapat jiran baru yang juga membina rumah baru ditanah mereka bersebelahan menjadikan kami ada jiran baru yang datang dari Pantai Murni,Yan Kedah.Sejak itu..setiap kali Ramadhan hampir setiap hari jiran baru kami Chik Ma akan menghantar aneka kuih yang dibuatnya sendiri.Sesuatu yang kami tidak berpeluang merasai nikmat bertukar juadah ketika masih menumpang di kampung lama walaupun berjiran.Banyak kuih-muih yang saya kenal dari Chik Ma termasuklah Lempeng Daun Pisang ni.Setiap kali makan nampak Lempeng Daun Pisang ni pasti saya teringat Chik Ma.
Terima kasih Chik Ma kerana menjadi jiran yang cukup baik dan memberi kami cebisan kenangan yang masih boleh dijadikan ikutan.
Langkah kanan, jumpa lempeng pisang di sini. Pagi tadi, selepas usaha cari ubi kayu tak dapat, terfikir pula untuk melempeng buat minum petang. Akhirnya menjering pulak..ahaks!
ReplyDeleteTu la...nampak jering rebus cikgu menariknya...dah terbayang pula keenakan jering rebus cicah kelapa tu..mana nak cari jering tua yang cantik-cantik macam tu..
Deletetentu sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah.....
Deleteselamat hari merdeka dari wak diseberang ye., ;p
ReplyDeleteSalam Hari Merdeka Wak...
DeleteMasih kat Batam ke Wak?
Kak, Aida ingat nak buat la utk sarapan pagi sabtu ni, teringat masa pergi langkawi sblm pkp, ada org jual tepi pantai sebijik mcm yg kak buat..tq ye kak share resepinya di sini..
ReplyDeleteHehehe..try la Aida...Saya pun macam tak puas makan semalam...Macam nak buat lagi balik kerja nanti🤭
DeleteKita ingatkan Mak Ngah pi dataran semalam, rupanya ngelat, dok depan tv aje ya. Kak ipar sy suka buat lempeng daun pisang ni kalau kami balik kampung, kalau ada pisangnya la, hehe.
ReplyDeleteHihihi....
Deleteanak-anak pesan jangan dok pi berjalan jauh-jauh kalau depa tak ikut..🤭
Dulu anak kena dengar pesan mak..La ni dah terbalik pula🤣
sedapnya menu sarapan dia... mesti sedap aroma lempeng nya tu kan kak...
ReplyDeletedana pun layan perbarisan dekat tv je... kejap2 ambil gambar... meriah paling dana suka nengok aset2 negara dgn anjing k9 tu
Kan...saya pun suka tengok aset dan ajing-anjing yang cekap dan patuh arahan..
DeleteCute ja YDPA action main drum dan permaisurinya tak lekang dengan senyuman dan mini love tu😁
Sedapnyaaa...suka lempeng pisang gak....jarang buat sebab Mak Pah kencing manis kan..so x leh makan pisang..potasium tinggi...hehehe
ReplyDeleteOuh..kalau kencing manis tak boleh makan pisang ye..
DeleteTakpa,boleh buat lempeng kosong cicah asam pedas pun sedap SA...hihihi
Seronok mai sembang di dapoq MC. Boleh ikut sama kembali ke zaman kanak-kanak dulu hehe .. sy paling suka makan lempeng (kami panggil tepek) ni time hujan. Dok di hujung serambi makan sambil tgk ayaq hujan. Nostalgia!
ReplyDeleteMacam terbayang pula duduk.kat serambi sambil tengok ayaq hujan..thak..thak.. ayaq hujan menitik🥰
Delete