Monday, 8 August 2022

PISANG GORENG vs KOPI O PANAS

 

Pisang Goreng vs Kopi O Panas


Bukan goreng sendiri tapi minta TTK pi beli masa lalu kat Taman Ikan Emas.

Nampak peniaga tengah goreng dan bau harum.



Sebab nak makan berdua saja...Beli RM5=10 keping

Dulu banyak ni RM2.00 .Tapi sekarang bahan mentah semua dah mahal macamana depa nak jual murah.Pengeluar bahan mentah pun semua terkesan kos tinggi.Teringat zaman sekolah dalam buku teks ada petikan tentang membantu ibu menjual karipap dan pisang goreng.Pisang gorengnya 20sen untuk 4 keping.Karipapnya 10 sen sebiji.Masa tu saya akan pelik kerana tak pernah terfikir orang akan jual goreng pisang.Hidup dalam lingkungan kampung yang jauh dari pekan,saya memang tak pernah nampak orang jual pisang goreng.Setahu saya kat kampung pisang goreng mak-mak akan goreng sendiri.Buah pisang pun dari belakang rumah atau kebun sendiri.Pisang tak termakan bila masak bertandan-tandan.Ayam pun tumpang rezeki dapat makan pisang percuma.

Sekarang kat kampung pun payah dah nak tanam pisang.Serangan monyet dalam kelompok besar  babi menjadi-jadi hingga halaman rumah pun babi datang sondol waktu malam.Monyet pun sekali datang beratus ekor sampai orang pun naik takut.Kat kawasan pekan sikit tiada masalah monyet dan babi tapi masalah lain pula.

Kata mak taman dekat rumah sana,yang tanam pisang,elok buah dah nak boleh tuai..esok pagi bangun tinggal pokok saja.Buah dah hilang.Pokok pisang Pakcik tanam pun menerima nasib yang sama..


Eh,bebel pulak...Jom makan pisang goreng cicah sambal kicap sambil hirup Kopi O ni

9 comments:

  1. Samalah minum petang kita
    Cuma wak pisang tanduk goreng sendiri
    Kebetulan ada pisang tanduk dan pisang nangka yang masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...sedapnya pisang tanduk...
      Sini jarang jumpa mungkin sebab mahal pisangnya..Susah penjual pisang goreng nak.letal harga

      Delete
  2. Cerita pasal monyet ni, memang orang kampung saya turut menderita. Sejak Puncak Alam dibuka, semua keturunan monyet dan yang sewaktu dengannya berhijrah masuk kampung-kampung. Allahu.... habis semua pucuk dan buah dikekah. Tak cukup lagi, monyet masuk dapur cari makanan. Monyet tak takut dengan orang perempuan, tapi kalau orang lelaki sergah di lari. Sudahlah serangan monyet tak habis-habis, banjir pulak selalu berlaku. Entahlah, kata orang kampung, sistem perparitan sudah terkepung oleh kawasan yang dimajukan. Air terperangkap, tak boleh mengalir ke tempat yang sepatutnya.
    Eh, terbebel panjang pulak.
    Minggu lepas beli pisang goreng. Nipis-nipis pisangnya, mungkin sebiji di belah 5. Beli RM2 dapat 6 keping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai pulak
      monyet tu kacau perempuan saja.Tapi memang betul..kat tempat saya pun sama.Tapi Malaysia tak la seteruk India.Semalam baca kat Uttar Predesh India,bayi 4 bula maut dicampak monyet dari (kalau tak salah tingkat 4 rasanya).
      huhuhu

      Delete
  3. Tadi balik ambil Ahnaff sekolah, singgah beli pisang goreng. Rm1= 4 keping. Cekodok pun sama. Rm1= 4biji. Kalau kopi, saya suka kopi 434. Memang setia ngan kopi tu. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain kopi cap gantang...kopi 434 juga memenuhi citarasa saya juga

      Uii...murah tu 4 seringgit..
      Sini 2 seringgit..huhuhu
      Tapi tu la minyak pun mahal ya ampun

      Delete
  4. Lama dah tak beli goreng pisang, taktau harga terkini dah. Tapi betullah MC, semua barang naik harga sekarang ni. Beli ke masak sendiri ke memang terasa. Tapi itulah, hidup perlu diteruskan dak?
    Selamat menikmati goreng pisang ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi PH..
      Tadi dengar Buletin Utama menteri kata minyak masak dh turun.Botol 5kg dah jadi RM35.70.
      Turun tu bermaksud minyak botol tu sekilo RM7++
      10 tahun dulu tak terfikir minyak yang harganya sekilo tak sampai RM2 akan naik setinggi sekarang

      Delete
  5. Yang pelik, benda takde kait ngan minyak masak pun naik harga.

    ReplyDelete