Thursday, 4 August 2022

MASAK NASI IMPIT KUAH KACANG BERDAGING

 Semalam punya semalam punya semalam saya masak Nasi Impit Kuah Kacang Berdaging...


Tekak teringin nak makan nasi impit dengan kuah kacang yang afa daging..

Malamnya masak kuah kacang berdaging ni..
Rebus sekali nasi impit..
Esok pagi bahagia rasa tak payah kelam kabut nak masak pagi.Tapi saya tak bawa bekal nasi impit ni..Saya hanya bawa bekal keledek rebus tu.


Kuah Kacang Berdaging.
Saya hanya c&p resipi dari oldpost..Cuma kali ni dagingnya tak sampai ½kg..hanya dalam 200gm gitu ja.

KUAH KACANG +DAGING

½kg  kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
( rebus hingga empuk)
1 asam keping
1keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk

Bahan Blend:
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
segenggam ikan bilis bersih

1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak
4. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak lagi hingga mendidih
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik dan pekat
7. Sesuaikan rasa

Biar mendidih perlahan agak lama supaya pecah minyak.


Kuah kacang yang pecah minyak baru feel nak makan.Tapi apapun ikut selera masing-masing.Dulu kat tempa kerja lama ada sorang kawan lain cara dia masak kuah kacang..
Kak Siti Jauyah,trademark kuah kacangnya warna putih tidak merah.Saya tak pasti cara masak dan resipinya.Tapi saya masih ingat rasa kuah kacang tu seakan kacannya direbus.Selepas pindah tempat kerja tidak lagi saya dapat merasa kuah kacang  warna putih air tangan Kak Siti Jauyah.


Pic nasi impit dalam pinggan ni semua by TTK..
Kuah dalam periuk tu saya snap sendiri


Tak jemu-jemu makan nasi impit padahal dulu zaman kanak-kanak tak pernah saya kenal nasi impit ni sebab makntak pernah pun masak.Kalau raya kami hanya kenal ketupat palas dan lemang..kemudian + ketupat daun buluh.Kali pertama makan nasi impit kat KL masa masih study kat kolej tahun 90-an dulu.Tapi sejak dah lebih 20 tahun..nasi impit kuah kacang..rendang..dan juga kuah lodeh menjadi makanan kegemaran mak saya dan kami juga..


9 comments:

  1. Selamat menjamu selera
    nampak sedapnyer

    ReplyDelete
  2. Ada saya terjumpa resipi kuah kacang dalam buku masakan Singapura. Kacang yang ditumbuk direbus bersama perencah selama 90 minit. Pernah saya cuba untuk makan dengan sate. Memang agak berbeza rasanya dengan kuah kacang ikut resipi sendiri. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...lepas dah goreng rebus pula yer...patutlah walau teksturnya macam kacang rebus tapi bentuknya masih kasar- kasar dan tak benyek..
      Macam kuah kacang sate samuri pun nampak putih tapi depa bagi sambal cili kering kosong yang berminyak tu.Bila campur jadi macam kuah kacang biasa kan

      Delete
  3. Suka resipi ni sbb bahan2 nya simple je, tak de letak lengkuas & halia. Nampak sedap pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi
      Saya ni kadang masak main lebur ja ikut apa bahan yang ada.

      Delete
  4. Feveret jugak nihh, kuah kacang. Sedap.
    Kak, orang Kedah memang tak berapa pandai makan nasi impit kan. Adik ipar saya orang Pendang, mula² kawin dulu dia memang tak makan nasi impit atau ketupat nasi. Raya pertama kat Selangor, dia pi order lemang n ketupat palas. Siann dia. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...ramai ja spesis adik ipar Jaja tu termasuk PI @ Tanah Jauhar nun..
      Nanti slow-slow boleh terima tu kalau selalu dicuba..
      Orang kampung saya pun dulu tak reti makan nasi impit atau ketupat daun kelapa.Tapi bila ramai dah kahwin dengan orang luar Kedah...sekarang kebanyakan rumah pun dah pandai makan...hihihi

      Delete
  5. Tertelan-telan ailio kita menengoknya.

    ReplyDelete