Lupa dah pasal kacang ni..Sekali tengok dalam draf...eh,belum publish..
Kata mak nama dia macam tu sebab segugus kacang ni dapat sebelanga..
Kalau selak daunnya baru nampak gugusan buah kacang belanga ni.
Kacang Belanga Rebus.Rebus macam rebus ubi atau jagung tu.Tambah sikit garam..
Ada yang panggil kacang itik..
Saya pernah cerita tahun lepas dalam post KACANG BELANGA...kat sini pasal abang D ada bagi mak dua biji benih kacang belanga ni..
Mak dah tanam rupanya..
Pic ni saya ambil masa Raya Haji baru ni...dah hampir sebulan..
Patutnya pokok kacang ni dipasangkan para-para untuk dia memanjat.Tapi mak kata sengaja tak pasang para-para sebab tak nak bagi pokok tu memanjat tinggi...takut nanti jatuh supaya mudah nak petik kacangnya.
Benih kacang belanga ni yang saya bagi Pak Man tukang kebun tu,tak tau apa khabar.Masa balik KL ni saya ada bawa balik beberapa gugus kacang ni dan rebus bagi kat cleaner..bagi kat Pn Wong dan bagi juga kat Kak Zam..depa teruja sebab belum pernah makan .
Depa ingatkan kacang edamame...tapi saya bagitau ni bukan edamame walaupun nampak seakan...
Masa bagi kat cleaner,saya pesan kat depa suruh ajak Pak Man tukang kebun tu sekali merasa kacang ni.Bila saya tunjukkan video pokok kacang tanaman mak ninkat Pak Man..Pak Mak kata agaknya dia dah termesin pokok tu sebab rupa pokok kacang ni macam pokok kacang hantu yang tumbuh meliar dalam semak..
Memang daun pokok kacang belanga ni agak kesat dan kasar pokoknya seakan kacang semak samun saja.
Pokoknya penuh melingkar atas longgokkan dan timbunan ranting-ranting kayu..
Kalau sekali pandang memang tak nampak buahnya yang terselindung di balik semak-semak daunnya.
Saya tak tau berapa lama nak rebus...Cuma nak tau dah empuk ke belum,kena la ambil sebiji dan rasa tengok.Kalau dah lembut empuk gebu tandanya dah masak la.
Actually ...kacang ni memang kulit dia tebal.
Kata mak saya dulu-dulu arwah tok ada ja tanam dalam huma(kebun).
Kata mak,buah yang muda biasa direbus buat ulam...
Abang D pulak cakap kacang yang muda boleh masak kari dengan ayam atau daging.Tapi..
teringin pula saya nak petik buah muda & cuba masak sayur tumis goreng tapi masa balik Raya Haji tu sekejapan sangat..takdan nak apa sangat
Baru tahu kacang hantu tu betul2 wujud, hahaha.
ReplyDeleteAlamak...
Deletesepatutnya bukan kacang "hantu"
tapi kacang"gila"
iaitu tumbuhan tutup bumi
kejap hantu kejap gila🤣🤣🤣
Baru pertama kali dengar. Nie
ReplyDeletekalau tak salah ada yang panggil kacang itik juga..
Deleteatau mungkin ada nama lain
Tak pernah pula sy jumpa kacang belanga ni. Kalau kacang sepat (buahnya nipis mcm sweet peas) tu kenallah.
ReplyDeleteKalau ada benih boleh tanam ni, nampak mcm senang tumbuh.
Kacang sepat lebih nipis dan buahnya lebih lembut.Yang ni buah muda pun agak kasar.
Deletepokoknya senang tumbuh..
In sha Allah nanti kalau balik kampung lagi mungkin buahnya dah masak boleh bawa sini poskan untuk kawan-kawan.Kalau ada saya update..
Dapat ilmu baru : kacang belanga. Patutlah disebut belanga sebab saiznya pun besar cuma tak adalah rupa belanga ye Mama Cella. Eh, tetiba teringat kacang edamame pula yang kita selalu ratah sorang-sorang tu.
ReplyDeleteYa saiznya besar dan kulitnya tebal.Bijinya
Deleteputih berbanding edamame yang bijinya hijau.Rasa juga sedikit berlainan daripada kacang edamame.Kacang ni empuk gebu seakan kacang poi( hihihi boleh google kacang poi).
Tetiba kita pun teringin pula edamame..lama dah tak beli
Daunnya serupa macam pokok kacang penutup bumi
ReplyDeleteBetul Wak..
Deletesekali pandang memang salaing tak tumpah..
First time tgk kacang belanga. Tak boleh imagine rasanya macamana.
ReplyDeleteRasa biji kacangnya yang sudah direbus seakan kacang poi
DeleteJuga kalau pernah makan " mocai kotta" memang sama rasa dia